Monday, May 30, 2011

Tulahan : Timbalan Presiden - Peluang Mat Sabu ada tapi tidak secerah Ust. Tuan Ibrahim

Salam,

http://3.bp.blogspot.com/-8cz0mYMp-II/Td3fNCi_kxI/AAAAAAAACVc/l-Kbtp_M65A/s400/calon%2BTP%2BPas.jpg

Musim sejuk dah bermula di negara orang putih ini, pakai baju sejuk pun masih sejuk sampai ke kaki. Malaysia pula sekarang ni panas, bukan sahaja cuaca suasana politik pun panas juga. Panas dengan ura-ura pilihanraya dah dekat, tunggu Najib dapat tarikh setelah berbincang dengan Rosmah.

Tak boleh bincang dengan Mahyuddin, kalau ikut Mahyuddin nak cepat bulan Julai ni dah. Lebih cepat pilihanraya, lebih luas peluang Muhyiddin mengintai kerusi no.1. Najib pun tahu, jadi pilihanraya bukan bulan Julai mungkin hujung tahun lepas bentang bajet.

Panas juga dengan pemilihan PAS pada tahun ini. Tapi bagi penulis bukan panas kuat cuma panas suam. Yakinlah, habis pemilihan semua elok semula untuk bersatu menumbangkan BN.

Pemilihan lepas , penulis menjadi perwakilan kawasan tapi tahun ini kempunan la sebab dok negara orang. Namun, masih boleh ikut live kerana talian internet di sini yang pasti tak tersekat-sekat macam negara sendiri.

Pencalonan kawasan dah selesai, nama calon yang bertanding pun dah diketahui. Sekarang perwakilan cuma nak pilih sahaja pemimpin tertinggi PAS dalam muktamar.

Jawatan Timbalan Presiden jadi tumpuan, Ust. Nasha sekali lagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.



Semasa pemilihan lepas , ramai yang menjangkakan Husam akan bertanding satu lawan satu dengan Ust. Nasha memandang pencalonan yang Husam terima besar. Semua menganggap peluang Husam cerah , tambahan pula beliau adalah Naib Presiden yang kuat bekerja dan menonjol.

Namun, Abang Mat Sabu juga mahu mencuba jawatan berkenaan, undi untuk Husam pecah kerana Abang Mat Sabu juga ada pengundinya. Ust. Nasha akhirnya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

Pemilihan kali ini lain pula ceritanya, peringkat awal Abang Mat Sabu dijangka bertanding satu lawan satu dengan Ust. Nasha. Husam kelihatan tak berminat , kawasannya sendiri mencalonkan Abang Mat Sabu. Ada juga yang mahu Ust. Tuan bertanding, tapi Ust. Tuan juga bagi tahu tak mahu bertanding Timbalan Presiden.

Bila pencalonan kawasan ditutup, ternyata pencalonan Abang Mat Sabu adalah tertinggi kerana kawasan yang nak calonkan Husam calonkan beliau, kawasan yang nak calonkan Ust. Tuan pun ada yang calonkan beliau.

Peluang Abang Mat Sabu memang besar jika bertanding satu lawan satu dengan Ust. Nasha. Namun, Ust. Tuan yang mengetahui pencalonan kawasan kepada beliau adalah kedua besar walaupun beliau sudah menyatakan tidak mahu bertanding berubah fikiran untuk bertanding.

Ramai yang berkata, ada rombongan jumpa Ust. Tuan, tak patut Ust. Tuan buat U-Turn, Ust. Tuan masuk sebab nak pecahkan undi Abang Mat Sabu. Penulis tak mahu ulas semua itu kerana bagi penulis Ust. Tuan berhak bertanding kerana banyak kawasan yang mencalonkan beliau.

Banyak kawasan sangat mahu Ust. Tuan bertanding Timbalan Presiden walaupun Ust. Tuan dah bagi tahu tak mahu bertanding. Bayangkan jika Ust. Tuan awal-awal lagi bagi tahu mahu bertanding tentulah pencalonannya akan lebih tinggi. Tindakan Ust. Tuan menerima pencalonan bertanding harus dihormati, sebagaimana beliau menghormati kawasan-kawasan yang mencalonkan beliau.

Penulis sangat menyokong Abang Mat Sabu terutama pendiriannya berkaitan perlunya ketelusan dalam kepimpinan PAS yang memerintah negeri, tegasnya beliau menentang rasuah dan penyelewengan harta rakyat.

Kenyataan Abang Mat Sabu ,PAS ganti UMNO bukan ganti perangai buruk UMNO adalah antara kenyataan yang penulis cukup sokong. Abang Mat Sabu juga mempunyai kemampuannya mengerakkan rakyat berdemontrasi dan cukup keras menolak kerjasama dengan UMNO. Memang penulis cukup berharap , ciri-ciri ini ada kepada Timbalan Presiden PAS.

Jika dikira undian dalam blog atau fb, Abang Mat Sabu pastinya adalah pemenangnya. Tapi, berapa orang sangatkah perwakilan kawasan yang membaca blog. Anak muda memang mahukan Abang Mat Sabu, tapi anak muda juga bukan perwakilan. Habis , peluang Abang Mat Sabu macam mana?

Bagi penulis peluang Abang Mat Sabu kali ini ada tetapi tidak secerah Ust. Tuan. Pencalonan kawasan untuk Abang Mat Sabu memang tinggi, tetapi bukan semua perwakilan kawasan yang mencalonkan beliau akan mengundi Abang Mat Sabu. Tambah-tambah lagi kawasan yang pada mulanya nak calonkan Ust. Tuan, bila Ust. Tuan tolak calonkan Abang Mat Sabu.

Setengah pandangan mengatakan undi Ust. Nasha dan Ust. Tuan akan pecah kerana kedua-duanya ulama, macam undi Husam dan Abang Mat Sabu pecah dulu. Betul pecah tapi undi yang pecah adalah undi yang diterima Ust. Nasha dulu akan pergi kepada Ust. Tuan manakala undi yang diberi kepada Husam dulu akan banyaknya akan diberi kepada Ust. Tuan.

Kenapa macam tu ? kerana undi kepada Husam dahulu bukan kerana tak mahu kepada ulama sebaliknya hanya tidak mahu kepada Ust. Nasha sahaja.Undi yang dulu mengundi untuk Abang Mat Sabu akan kekal tetapi tambahan dari undi yang dulunya mengundi Husam adalah kecil.

Semua kena faham bahawa perwakilan kawasan yang datang muktamar mengundi bukan kerana pengaruh 'Geng Ulama' atau 'Erdogan'. Perwakilan kawasan yang datang sudah ada calon yang hendak mereka undi, datanglah juru kempen mana pun. Siapa yang mereka akan undi sudah ada dalam kepala mereka. Macam mana penulis kata begitu? sebab penulis dah banyak kali jadi perwakilan.

Jangkaan penulis untuk jawatan Timbalan Presiden

1. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

2. Tuan Haji Muhammad Sabu

3. Ust. Nasharuddin Mat Isa

Ini semua jangkaan sahaja, penyokong ketiga-tiga calon jangan lah marah. Tunggu jangkaan untuk Naib Presiden , N3 akan datang....

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...