Salam,
Sebelum penulis masuk U , abang penulis masuk dulu kat U Malaya. Ada la seorang tua UMNO karat mai bagi nasihat kat ayah penulis " hang habaq kat anak hang, jangan dok masuk kumpulan dakwah nanti tak habis belajaq".
Itulah nasihat yang puak UMNO selalu tanamkan kepada anak - anak depa sebelum masuk U. Depa kalau boleh tak mau anak depa join kumpulan Islam dan faham depa join kumpulan jamaah kampus la.
Itulah nasihat yang puak UMNO selalu tanamkan kepada anak - anak depa sebelum masuk U. Depa kalau boleh tak mau anak depa join kumpulan Islam dan faham depa join kumpulan jamaah kampus la.
Penulis yakin bukan mak bapak UMNO je bagi nasihat tu, mak bapak PAS bagi nasihat yang sama takut anak depa kena buang U sebab terlibat lawan kerajaan. Yang sedihnya, ada juga pemimpin PAS bagi nasihat yang sama kepada anak depa.
Ada bukti ka? penulis terlibat dalam jamaah kampus, tahu ada anak pemimpin PAS mana tak mahu join jamaah, masuk jamaah bukan PAS sebab tak radikal dakwah cara berhikmah, atau jadi penentang kepada jamaah kampus.
Bila penulis terlibat dalam jamaah kampus bergerak sebagai aktivis kampus. Banyaknya dugaan yang terpaksa penulis kena hadapi angkara pentadbir U. Tak dapat duk asrama, kena pindah asrama, kena duk luar, ada spy dalam bilik asrama.
Macam-macam kena hadapi, bukan penulis sahaja tapi semua yang terlibat dalam jamaah kampus dapat merasai pengalaman ini. Ini bahana AUKU yang zalim sekat kebebasan mahasiswa.
Macam-macam kena hadapi, bukan penulis sahaja tapi semua yang terlibat dalam jamaah kampus dapat merasai pengalaman ini. Ini bahana AUKU yang zalim sekat kebebasan mahasiswa.
Penulis masih ingat, pernah kami Exco PMI kena panggil dengan NC kerana dituduh gagalkan konsert artis terkenal, kerana buat solat hajat. NC cakap " konsert tu, Majlis Fatwa Kebangsaan pun tak kata haram, kamu sahaja kata haram".
TNC yang marah kes itu, pernah cakap " kalau tak suka peraturan U ini , boleh cari U lain. Ramai lagi diluar yang nak masuk"
TNC yang marah kes itu, pernah cakap " kalau tak suka peraturan U ini , boleh cari U lain. Ramai lagi diluar yang nak masuk"
Ada beberapa ahli jamaah yang kena panggil balai kerana kes ini. Tapi , kami tetap teruskan perjuangan walaupun tahu bahaya ancaman AUKU.
Penulis cerita di kampus U penulis belajar, aktivis jamaah di kampus lain pun juga ada sejarah pahit maung mereka berjuang. Ada yang dibuang U, gantung semester, bayar denda , sekat keputusan exam dan macam-macam lagi hukuman yang U kenakan ikut AUKU.
Antara mereka , sudah ada jadi pimpinan tertinggi PAS. Mat Sabu, Husam, Salahudin, Ust. Idris antara contoh pimpinan kampus yang pernah tempuh dugaan AUKU. Banyak lagi pemimpin muda PAS , di luar sana yang faham mehnah di kampus.
Pimpinan PAS yang tak pernah terlibat sebagai aktivis kampus, terlibat dengan jamaah lain , terlibat selepas bekerja atau lepas pencen tak pernah rasa cabaran berjuang di kampus.
Bila keluar kampus, penulis masih ikuti perkembangan kampus. Syukurlah, adik-adik mahasiswa meneruskan perjuangan jamaah kampus walaupun tekanan AUKU bertambah kuat.
Mereka yang masih berjuang di kampus berharap kepada PAS jika berkuasa untuk memansuhkan AUKU ini., atau jika perintah negeri tak guna AUKU di pusat pengajian di bawah kerajaan negeri.
Mereka yang masih berjuang di kampus berharap kepada PAS jika berkuasa untuk memansuhkan AUKU ini., atau jika perintah negeri tak guna AUKU di pusat pengajian di bawah kerajaan negeri.
Jika kami semasa menjadi aktivis kampus berharap perkara yang sama, mereka pun berharap perkara yang sama kerana perjuangan memansuhkan AUKU adalah sama tidak berubah.Anak-anak muda ini meletakkan harapan kepada PAS, namun sebaliknya yang berlaku.
Semua yang penulis boldkan pada hari ini diucapkan bukan oleh pemimpin UMNO tetapi oleh pemimpin PAS sendiri. Sedih mengenangkan perkara ini, mungkin mahasiswa ini ada kesalahannya tapi bukanlah AUKU hukumannya, tidak adakah cara lain.
Mana suara bekas pemimpin Mahasiswa, bekas aktivis kampus yang sekarang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Yang dah jadi YB, yang dah jadi Setpol, yang dah pegang jawatan lain.
Jangan nanti mahasiswa bercakap , anak muda bercakap "PAS memang ganti UMNO tapi perangai buruk UMNO". Bukankah AUKU warisan buruk UMNO?
No comments:
Post a Comment