AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.
Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.
Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.
Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, "Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam.""Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab." Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.
4 comments:
salam.bila tgk gambaq ni.sungguh mengharukan kesian depa.cadangan aku negara islam buat satu kesatuan bola sepak muslim mcm fifa.fifa tu dah muak tengok peha pompuan depa kot? ahak!
Assalamualaikum sdra/i,mungkin saya terlambat komen benda lama tapi tak mengapa.Pandangan saya kenapa kita teriya2 nak bersukan terikut2 barat? Kalau kita kaji asal usul bolasepak ni,mungkin lelaki Islam & Mukmin pun tidak patut melakukannya.Saya dah lebih 10tahun tak ambil minat pasal bolasepak ni selepas mendapat tahu ia bermula drpd semasa Saydina Husein dibunuh,kepalanya dipenggal musuh Islam & mereka menendang2 kepalanya Itu lah asalnya permainan bolasepak ini dicipta olih puak kafirun.Kalau kita kaji lagi dgn perjudiannya,mendewa2kan pemainnya & banyak lagi kemungkaran yg bersangkut dgnnya maka wajib kita tolak bersangkutpaut dgn permainan ini.WallahuAklam.Mohon maaf jika saya menginggung sesiapa yg terbaca.Wassalamualaikum
Salam.Saudara semua,islam tidak pernah melarang umatnya bermain.Yang dilarang ialah cara berpakaian semasa bermain dan mestilah bersikap sederhana terhadap sesuatu.Tidak timbul masalah muslim @ muslimah tidak boleh bermain bola.Apa yg perlu mestilah mengikut etiqa.Nabi sendiri pernah bergusti.Tak kan bermain bola dilarang pulak.
Apapun kepada bola sepak wanita Iran,mereka mencetuskan revolusi yg ditakuti musuh islam.
Salam!
Sebagai umat yang sedang memanjat dari tangga kedua ke tangga pertama dari segi populasi dunia, maka sudah masanya kita memgambil inisiatif membentuk liga sukan sendiri. Ia boleh dibuat secara tertutup untuk umat islam sahaja ataupun boleh saja dibuka kepada penyertaan bukan islam, dengan syarat mereka wajib mematuhi etika islam. Yang penting Syariat Islam diutamakan.
wassalam
Post a Comment