Sunday, May 22, 2011

Tulahan : Sokong kerana individu bukan jamaah

PATUTKAH KAMU MENYURUH MANUSIA SUPAYA BERBUAT KEBAIKAN SEDANG KAMU LUPA AKAN DIRI KAMU SENDIRI; PADAHAL KAMU SEMUA MEMBACA KITAB ALLAH, TIDAKKAH KAMU BERAKAL?. (Surah al-Baqarah ayat 44)



Salam,

Balik ke Malaysia, sempat dengan ceramah Abang Mat Sabu . Ramai yang hadir, kalau ikut derma ceramah boleh la dianggarkan lebih 3000 orang. Aura Abang Mat Sabu masih hebat, ceramah masih memukau.

Penulis jumpa ramai orang cawangan pada malam berkenaan, tanya khabar sebab dah lama tak balik Malaysia. Antara ramai-ramai tu ada la seorang SU Cawangan tanya penulis kenapa jamaah kawasan tidak ceritakan keburukan seorang yang bertaraf pimpinan yang memburukkan jamaah kawasan kepada ahli di cawangan.

Penulis cakap kepada dia, buat apa cerita keburukan orang , itu bukan cara jamaah kawasan. Dia bagi tahu, sebab tak bagi tahu cawangan maka ada ahli di cawangan yang termakan hasutan pemimpin ini lalu menyerang jamaah kawasan dalam mesyuarat agung.

Penulis bagi tahu dia, walaupun jamaah kawasan tak cerita keburukan pemimpin ini. Kebanyakan ahli dah tahu perangai buruk pemimpin ini. Orang dah bercakap di kedai kopi, orang dah bercakap semasa kenduri kahwin, orang dah bercakap di mana-mana.

Bukan jamaah kawasan yang pi jaja di cawangan, tapi ahli di cawangan sendiri dapat menyaksikan melalui apa dia buat dalam kawasan. Bukan ahli sahaja bercakap, orang yang tidak duduk dalam parti pun tahu, orang UMNO pun tahu.

Penulis tanya dia, sepanjang penulis berurusan dengan cawangan, turun ke cawangan ada atau tidak penulis cerita keburukan pemimpin ini atau pemimpin jamaah kawasan lain kepada ahli cawangan . Dia kata ''tidak, semuanya pasai cawangan, pasai kerja jamaah"


Penulis tanya dia lagi, mana lebih baik turun ke cawangan perburuk jamaah kawasan, perburuk orang itu, orang ini dengan turun untuk bantu cawangan. Dia kata, bantu cawangan lebih baik. Jadi , penulis bagi tahu dia tak perlu cerita keburukan pemimpin ini kerana semua orang dah bercakap.

Cumanya , penulis tak nafi masih ada yang termakan 'cucukan' pemimpin ini tapi bilangannya sangat kecil. Mungkin kerana mereka tak dapat maklumat betul atau mungkin kerana teruja dengan kehebatan pemimpin ini di media dan di luar kawasan.

Memang nampak hebat di luar, tapi perangai buruk tak dibuang . ' Cucuk' bukan berlaku kepada ahli dan ajk cawangan kawasan sendiri, 'cucuk' juga di kawasan lain. Burukkan jamaah kawasan kepada orang luar kawasan, seolah-olah dia yang betul. Maksudnya, 'cucuk' pula orang kawasan lain yang tak tahu cerita, orang luar pun pandang serong kepada jamaah kawasan.

Namun, sebelum berangkat balik ke negara orang putih , penulis bercakap dengan seorang pimpinan negeri dan dia memberitahu ada YDP sebuah kawasan bagi tahu dia bahawa mustahil lebih 30 AJK jamaah kawasan penulis tak betul dan pemimpin ini seorang yang betul. Tentu ada yang tak betul dengan pemimpin ini.

Berbalik kepada mesyuarat agung kawasan. Penulis memang ada mendengar ada seorang yang bertanya dengan soalan yang seperti sudah dapat diagak bagaimana soalan itu boleh ditimbulkan. Penulis tak ada dalam mesyuarat agung, hanya mendengar sekepas mesyuarat agung.

Penulis juga dapat maklumat, hanya beberapa orang AJK Kawasan yang boleh menjawab jika ada soalan berkaitan pemimpin ini diajukan. Bukan AJK Kawasan tak ada jawapan, tapi nak jaga nama baik pemimpin ini juga.

Kalau dibenarkan, banyak pula perkara buruk mengenai pemimpin ini akan terkeluar. Bila tak jawab, ada pula yang kata YDP dan AJK takut hanya Ketua Ulama sahaja yang jawab.

Inilah masalahnya jika ahli belum dapat tarbiyah yang cukup mengenai perjuangan. Jamaah ini seolah-olah parti politik sedangkan jamaah ini gerakan Islam, Gerakan dakwah. Oleh kerana, hanya memikirkan jamaah parti politik maka bila calon pilihan tak dipilih maka mula salahkan jamaah. Tak fikir dah keburukan calon pilihan.

Penulis pun hairan, masih ada ahli jamaah yang tahu keburukan perangai seseorang pemimpin tapi masih nak memberi sokongan, berkempen untuk naikkan pemimpin ini.

Jika tidak tahu mungkin boleh dimaafkan, tapi dah tahu malah ada yang cerita sendiri kepada penulis perangai buruk pemimpin yang disokong dan memang salah dari segi Islam tapi masih nak berkempen. Tarbiyah apa yang diterima ?Sedangkan kepada orang UMNO berkempen jangan pilih pemimpin berakhlak buruk.

Adakah tidak berdosa berkempen kepada pemimpin jamaah yang berakhlak buruk? Atau , dosa tolak tepi dulu sebab dia pemimpin jamaah.

Bukankah ini namanya menyokong kerana individu bukan kerana jamaah, sebab jika sayangkan jamaah pastinya tidak berkempen menaikkan pemimpin yang sudah diketahui berperangai buruk memimpin jamaah.

Persoalan tarbiyah inilah yang penulis minta Ketua Ulama dan jamaah kawasan beri penekanan. Harapnya, Liqa' ikut zon dapat memahamkan bukan sahaja AJK cawangan malah juga AJK Kawasan tentang jamaah sebagai gerakan dakwah.

Dakwah yang bermaksud menyeru atau mengajak manusia untuk melakukan kebaikan dan menuruti petunjuk, menyuruh berbuat kebajikan dan melarang perbuatan mungkar yang dibenci Allah dan RasulNya agar manusia mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Politik itu sendiri termasuk dalam dakwah.

Firman Allah,

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung"(Ali-Imran : 104)

Wassalam.

1 comment:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...