Friday, April 8, 2011

Tulahan : PRN Sarawak - Belum pun menang PAS sudah catat kejayaan

Salam,
Penamaan calon bagi pilihanraya Sarawak sudah berlangsung, PAS akan bertanding lima kerusi berbanding satu kerusi semasa pilihanraya Sarawak 2006. Walaupun sedikit berbanding parti dalam PR yang lain, namun bagi penulis sudah memadai.

PAS sebenarnya sudah ada kawasan yang agak kuat di Miri, Sibu dan Bintulu, namun PAS tidak bertanding di kawasan berkenaan kerana memberi peluang kepada parti lain dalam PR berdasarkan jumlah pengundi mengikut kaum.

Semua kerusi yang PAS tandingi jika diikut dari sejarah terletak di bahagian pertama Sarawak atau berdekatan. Sarawak asal sebelum kedatangan James Brooke.


 
Harapan PAS untuk memenangi kerusi untuk kelima-lima kerusi mungkin agak mustahil tetapi untuk mendapat satu atau dua kerusi adalah tidak mustahil terutama di kerusi Beting Maro dan Sadong Jaya.

Majoriti undi yang dimenangi Beting Maro dan Sadong Jaya semasa pilihanraya 2006 walaupun hanya lebih 800 undi tidaklah kecil kerana jumlah pengundinya kecil. Undi asas yang sudah ada bagi PAS berdasarkan pilihanraya 2006 ialah 40.6 % bagi Sadong Jaya dan 40.4 % bagi Beting Maro.

PAS memerlukan tambahan 10 % undi bagi kedua-dua DUN untuk memenangi DUN berkenaan. Tambahan undi boleh dicari dengan kerja kuat petugas PAS di kedua-dua DUN. 10 hari berkempen perlu digunakan sepenuhnya untuk menemui semua pengundi meminta mereka memberi peluang kepada PAS.

Kekuatan PAS di kedua-dua DUN ini ialah calonnya muda dan anak tempatan malah diminati oleh ramai pengundi berbanding calon BN yang tidak disukai pengundi. Pengundi di kedua-dua DUN ini juga sudah biasa dengan parti dari semenanjung sejak tahun 2006 lagi. Malah , PAS sudah ada cawangan di kedua-dua DUN berkenaan.

Rumah panjang yang berada di kedua-dua DUN ini juga sudah boleh menerima kehadiran calon dan petugas berkempen. Berbeza semasa pilihanraya tahun 2006.

Memandangkan jumlah pengundi yang kecil, maka peluang untuk menemui semua pengundi dalam masa 10 hari amat cerah.

PAS juga berpeluang untuk menang di kerusi Subayau yang ditandingi Pesuruhjaya PAS Sarawak Haji Adam Ahid. Memang undi asas untuk PAS hanya 25 % tetapi Haji Adam Ahid bukanlah sebarangan calon. Beliau amat berpengaruh kerana mempunyai keluarga yang besar terutama di Sebuyau, Sebangan, Sungai Apin, Seruyu dan Tebelu.

Peluang PAS di Tanjung Datu dan Muara Tuang amat tipis, hanya keajaiban yang mungkin boleh memenangkan PAS. Undi asas PAS di sini sangat kecil dan kedua-dua calon BN adalah tokoh besar , kaya serta berpengaruh di sini.

Penulis ada juga meletak sikit harapan semasa penangguhan pengumuman calon Muara Tuang kerana kegagalan calon BN mengemukakan penyata pilihanraya lepas. Harapannya, PAS akan menang percuma kerana kesilapan calon BN. Pun begitu dalam hati tak yakin SPR akan beri laluan kemenangan dan ternyata benar SPR sudah diprogramkan untuk bantu BN.

Kes yang sama berlaku di Bukit Selambau Kedah semasa PRU 12, calon PKR gagal kemukakan penyata yang sama. SPR tak tunggu sehingga 1.40 petang sebaliknya tepat jam 11.00 pagi terus batalkan pencalonan calon PKR berkenaan.

Hari penamaan calon di Sarawak, banyak blog yang namakan SPR sebagai celaka kerana terlalu nampak menyebelah. Memang dah banyak kes , SPR ni memang bertindak macam CELAKA.

Walaupun harapan PAS di Muara Tuang dan Tanjung Datu adalah sangat nipis, tetapi PAS sebenarnya sudah mencatat kejayaan besar kerana sudah meletakkan tapak di kedua-dua DUN.

Penulis ada bertanya seorang pimpinan PAS Perak yang bertugas di Muara Tuang tentang keadaan kempen di sana. Pada masa itu hari kedua beliau sampai sebelum hari penamaan calon.

Beliau beritahu PAS tidak ada cawangan di sini, petugas tempatan terlalu kurang, banyak bergantung dari petugas semenanjung. Memang nampak terlalu sukar namun sesuatu yang di luar dugaan adalah pada malam pengumuman calon diisytiharkan juga dua cawangan PAS dapat ditubuhkan.

Esok malam diisytiharkan lagi sebuah cawangan PAS ditubuhkan dan sehingga hari ke tiga berkempen sudah lima cawangan PAS ditubuhkan. Inilah kejayaan sebenar PAS walaupun peluang menang sangat tipis.

Penulis yakin akan lebih banyak cawangan akan dapat ditubuhkan sehingga hari pengundian. Pastinya, PAS tidak akan bermasalah untuk bertanding di Muara Tuang pada pilihanraya akan datang sebagaimana yang berlaku di Beting Maro.

Harapan PAS untuk menang memang sukar tapi akan berlaku pengurangan majoriti yang besar di Muara Tuang. Tak mustahil pada pilihanraya akan datang PAS akan mampu merampas kerusi ini.

Bagi penulis, penambahan cawangan dan pengurusan cawangan adalah perkara penting yang patut di beri penekanan dalam usaha meluaskan sokongan di kalangan rakyat.

Malah bukan sahaja semasa pilihanraya, usaha ini sepatutnya menjadi agenda penting setiap PAS Kawasan di kawasan masing-masing.

Wadah PAS adalah peluang petugas parti sebagai da'i meluaskan medan dakwah dan salah satu cara berdakwah adalah dengan menambahkan mad'u melalui penambahan cawangan.

Syabas kepada PAS Perak kerana berjaya menubuhkan banyak cawangan PAS di Muara Tuang. Tahniah juga kepada semua petugas PAS terutama petugas PAS Perak yang sanggup datang berkempen mengorbankan masa, tenaga dan belanja. Anda hebat sebab tak ramai yang berkemampuan seperti anda.

Wassalam.

1 comment:

Tulahan said...

luaskanmata said...

Komen terdahulu :

Salam,

Maklumat pembakar semangat. Pohon untuk saya copy bagi disebarkan.

Salam jihad.
April 8, 2011 5:37 PM

Tulahan said...

u can copy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...