Saturday, April 9, 2011

Cerita aneh dan lucu manusia yang terlekat

Kejadian-kejadian yang aneh dan sangat jarang terjadi berikut ini mungkin kerana tidak sengaja, walaupun bukan kemalangan yang mengerikan. Kejadian-kejadian ini sangat lucu sehingga orang akan menggeleng kepala dan bertanya, " sampai macam tu"

1. Pencuri yang terlekat di lubang udara

Terlekat dalam sebuah lubang udara dan berteriak minta tolong, pencuri ini diselamatkan setelah dia terlekat di saluran semasa cuba masuk ke ruang kedai pizza. Masa yang diambil hampir 30 minit untuk melepaskannya dari tergantung di dalam lubang udara di Paesan's Pizza.

Timothy J. Cipriani menutup wajahnya dengan topeng semasa diselamatkan dari saluran udara yang terlalu sempit di restoran Guilderland 2513 Ave.

Kawan yang bersamanya mencuri menghilangkan diri dari tempat kejadian sebelum petugas tiba. Cipriani, 46, dituduh merompak dan memiliki alat curi setelah polis menyatakan mereka menemui alat berkenaan di bahagian bawah badannya yang berayun di atas alat mengoreng masih panas jam 1 pagi di Ciprian.

2. 18 orang yang terlekat dalam keadaan terbalik di roller coaster


Lapan belas orang yang naik roller coaster di Anhui, Cina, mendapat lebih kepuasan dari apa yang mereka harapkan dari bencana ini. Mereka terlekat secara terbalik selama setengah jam ketika angin kencang menyebabkan roller coaster berhenti meluncur.
 
Angin kencang menyebabkan roller coaster berhenti di bahagian atas loop di sebuah taman permainan di Anhui, bahagian timur China. Mereka tergantung terbalik selama kira-kira setengah jam dengan enam dari mereka jatuh sakit.Enam orang itu dihantar ke hospital.

Mesin tersebut dalam keadaan baik dan cuaca yang baik untuk coaster mulai beroperasi tetapi tiupan angin kuat yang tiba-tiba menghentikan roller coster itu, yang kemudian terkunci di loop dengan perangkat keselamatan, dengan penumpang tergantung terbalik.

Zhang Shengying, Timbalan Pengarah Wuhu Biro Kualiti dan Pengawasan Teknik, mengatakan siasatan menunjukkan bahawa kemalangan itu disebabkan oleh "cuaca ekstrim" di taman hiburan.

3. Pemuda berkerusi roda yang tersangkut di depan lori sejauh 6,5 KM


Seorang pemuda 21 tahun mendapat pengalaman yang akan dikenang seumur hidup ketika kerusi roda yang dia naiki tersangkut di depan semi lori trailer dan dibawa di jalan raya sepanjang 6,5 KM kilometer dengan kelajuan 80 km/Jam.

Ben Carpenter tidak cedera tetapi dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga. Dia telah berjaya diselamatkan dari kerusi rodanya. Carpenter, yang mengalami masalah otot, mengatakan kepada sebuah stesen TV bahawa beliau berfikir tidak akan selamat dalam perjalanan menakutkan itu.

Semasa Carpenter menyeberang di persimpangan di Paw Paw, sekitar 140 mil sebelah barat Detroit. Lampu berubah menjadi hijau semasa anaknya berada di depan sebuah lori, yang mulai bergerak. Kursi roda yang dia naiki tersangkut di lori tersebut.

Seorang yang melihat kejadian itu menelefonn polis dan sepasukan polis yang sedang menyamar kebetulan berada berhampiran dan melihat apa yang terjadi.

Mereka berjaya menyuruh pemandu lori berhenti ke tepi, pemandu lori juga kebingungan. Kerusi itu tidak rosak kecuali kehilangan sebahagian besar getah di roda.

4. Orang yang lekat dalam lumpur selama 4 jam kerana malu untuk minta tolong


Pada suatu malam, Xiao Chen, 25, terbenam sampai ke pinggang dalam lumpur di tepi Sungai Chang Jiang di China. Walaupun beliau mempunyai wisel, dia terlalu malu untuk meminta bantuan pertolongan.

Dia cuba untuk mengeluarkan dirinya keluar selama empat jam sebelum meminta bantuan dari nelayan yang lalu. Para nelayan kemudian memanggil bantuan profesional.

Masa yang diambil selama untuk mengeluarkannya. Tugas Pasukan Penyelamat dibuat lebih sukar kerana pemuda ini malu semasa diminta untuk menanggalkan seluarnya sendiri supaya lebih mudah ditarik dari lumpur.

5. Orang yang tersangkut dalam tandas semasa cuba untuk mengambil handphone


Seorang pemuda di Jiangsu, China, terlekat di tandas ketika handphonenya terjatuh dan beliau cuba mendapatkannya kembali.

Ketika para pekerja penyelamat tiba di lokasi, mereka menemui orang itu membongkok dalam tandas di bilik mandi, seluruh lengannya terendam sehingga ke bahu di saluran pembuangan.Pekerja memecahkan saluran tandas itu sambil berhati- hati supaya tidak melukai orang itu.

Setelah 10 minit, orang itu bolehperlahan-lahan menarik lengannya dari tandas dan mengambil handphonenya yang digenangi air.

Bersambung 5 lagi di N3 akan datang.................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...