Wednesday, April 6, 2011

Kisah Islamnya Parieska

Ketika Hasrat Terhadap Islam Itu Muncul, Abdullah Masih Belia

Abdullah Ramadhan

Ramai orang berketurunan Cina yang tinggal di Bangka Belitung, salah seorang daripadanya ialah Parieska, pemuda yang dilahirkan pada tahun 1987 yang hidup membesar di Bangka. Interaksi antara rakyat Tionghua Bangka dengan Masyarakat Melayu yang rapat dirasainya sejak kecil telah membawa banyak perubahan dalam hidupnya.

“Dua kebudayaan (Melayu dan Tionghua) mempunyai hubungan yang baik, jika orang Melayu merayakan hari lebaran orang Tionghua juga turut serta merayakannya, begitu juga semasa orang Tionghua merayakan Tahun Baru orang melayu turut bersilaturahim. “ cerita Parieska

Pengenalan Parieska, kini 24 tahun, dengan Islam telah bermula sejak berada di bangku sekolah dasar. Ia yang berkeyakinan Kong Hu Chu seamasa itu mengikuti pelajaran Agama Islam kerana sekolah negeri tempat beliau belajar tidak menyediakan pilihan agama dalam kurikulum yang ada.
 
 
Parieska tidak merasa keberatan. Malah beliau merasa senang kerana tak ada perbezaan dalam pelajaran dengan kebanyakan kawan-kawan sekolah yang beragama Islam. 

“Ayah saya orang Budha sedangkan ibu beragama katolik, tidak ada kedua agama tersebut dalam kurikulum sekolah saya.” Ujar Parieska.

Ketika ia mempelajari Islam di sekolahnya, muncullah rasa tertarik terhadap Islam. Bahkan suatu hari ketika mendengar azan maghrib berkumandang ia rasa sangat terpanggil dan ingin ikut melaksanakan ibadah solat.

Beliau sempat mengutarakan keinginannya untuk masuk Islam. Tetapi kerana Parieska masih di sekolah dasar maka keinginannya tidakdianggap serius oleh orang-orang di sekitarnya.

“Mungkin saya masih kanak-kanak” kenangnya

Lulus sekolah dasar, Parieska melanjutkan pelajaran di SMP Swasta. Di sana ia mempelajari agama yang dianuti ibunya, Katholik. Namun, pelajaran Islam yang dipelajarinya semasa di sekolah dasar begitu memberi kesan, hingga Parieska berdebat mengenai konsep triniti dalam agama tersebut dengan salah seorang guru agamanya.

Sejak ia mempelajari Katolik, ia ditawari untuk masuk Katolik. Gurunya mengatakan bila Parieska masuk Katolik maka ia tetap diperbolehkan melaksanakan ibadah agama Budha.

“Mereka menganggap Konghucu sama dengan katolik, dengan menjanjikan kebebasan bagi orang Tionghua dalam menjalankan ibadahnya serta diikuti dengan ibadah digereja. Jadi kedua agama itu tidak ada yang beza," tutur Parieska.

Namun otak Pareieska sukar menerima logik itu kerana beliau meyakini tuhan kedua agama itu jelas berbeza. Kesedaran itu ada dalam diri Parieska semasa masih di SMP.

Kegemarannya membaca buku juga ikut membantu pencarian Parieska. Ia tak pernah berhenti mencari ilmu agama Islam. Ia mempelajari Agama Islam dari Literatur, buku pelajaran hingga ke majalah-majalah Islam.

“Saya banyak membaca mengenai kisah hidup orang-orang yang memilih Islam, juga kisah tentang tokoh-tokoh besar yang masuk Islam. Yang semakin memotivasi saya” cerita Parieska.

Banyaknya ilmu yang diperolehi membuatkan ia makin yakin dengan ajaran Islam. Beliau juga tidak mendapat jawapan rasional mengenai ajaran Triniti, hasrat untuk masuk Islam semakin kuat. Sedangkan pada masa itu beliau masih terlalu muda.

“Sewaktu berada di SMP saya pernah nekad masuk mushola, kerana rasa keinginan saya terhadap Islam” ujar Parieska.

Perasaan ingin tahunya akan kebenaran Islam seolah terjawab oleh mimpinya

"Semasa itu saya mimpi sujud ke arah kiblat dengan berlinangan air mata, ketika itu saya merasa sangat tenang dan hati saya sejuk. “ kenang anak kedua dari tiga bersaudara ini

Tangis dalam mimpinya ternyata betul-betul terjadi. Lantas Parieska terbangun dan mendapati beliau sedang menangis. Setelah kejadian yang aneh itu, Parieska pun menceritakan kepada salah seorang kawan disekolahnya.Kawannya sangat menyokong keinginan Parieska untuk memeluk Islam, bahkan ia menyuruh Parieska untuk segera melaksanakan niatnya itu.

“Saya ingat kawan saya berkata ‘Parieska kalau kamu ingin masuk Islam segeralah laksanakan, jangan tungggu lama-lama kerana umur tidak ada yang tau, boleh sahaja kamu mati esok dan kamu akan rugi dan sangat menyesal’ perkataan itu yang membulatkan tekad saya” kenangnya

Semasa itu juga Parieska menyampaikan keinginannya memeluk Islam kepada salah seorang guru agama Islam di sekolahnya. Tanpa menunggu lama akhirnya Parieska mengucap dua kalimat syahadat di hadapan kawan-kawan nya. Peristiwa penting berlaku tepat tiga hari sebelum hari lebaran.

“Ketika itu kawan-kawan serta guru saya menangis terharu, saya merasa bahagia telah menjadi sebahagian dari orang-orang Islam” Ujar Parieska

Setelah rasmi menjadi seorang Muslim, Parieska mengganti namanya menjadi Abdullah Ramadhan.

Keputusan besar dalam hidupnya itu segera diceritakan kepada orang tuanya, Ayahnya tidak menyalahkannya kerana ia dianggap sudah dewasa. Tetapi tidak bagi ibunya yang sangat menentang keputusan Abdullah.

“Setiap kali belajar bacaan solat saya selalu mengurung diri di bilik agar tidak terganggu, tetapi ibu saya juga tidak pernah menyerah untuk menghalang saya mempelajari Islam, acapkali ia menendang pintu bilik saya.” Kenang Abdullah

Dengan tekad kuatnya untuk terus mempelajari Islam, Abdullah berusaha walaupun mendapat tindakan buruk dari ibunya. Namun tak ada sedikitpun rasa benci terhadap ibu yang menentangnya

"Saya tidak mahu menjadi anak yang durhaka. Keinginan saya adalah mangajak ibu memeluk Islam.” Lanjutnya

Walaupun sering mendapat tekanan dari ibunya, Abdullah tetap menunjukkan sikap anak yang berbakti kepada orang tua, tidak pernah ia membentak atau berlaku tidak sopan. Hal itulah yang membuat orang tuanya boleh menerima Abdullah sebagai muslim.

Ilmu agama yang telah diperoleh Abdullah membuatnya mampu mengajak kakaknya untuk memeluk Islam di tahun 2005.

“Tidak hanya kakak saja, adik saya yang baru pulang setelah menjalankan misi gereja saya ajak berdialog mengenai Islam dan akhirnya ia memilih Islam. Alhamdulilah kami bertiga sudah Islam” ujarnya.

Tidak ada kata berhenti bagi Abdullah dalam mempelajari Islam, pada masa ini ia telah menghafal 2 juz al-Quran. Hanya satu keinginan besar Abdullah yang ingin ia tunaikan iaitu mengajak orang tuanya masuk Islam. Ia mengaku akan berusaha mencapai impiannya setelah merasa cukup ilmu serta mampu membantu kedua orang tuanya.voa-Islam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...