Saturday, January 15, 2011

Tsunami darat di Queensland, apa khabar rakyat Malaysia ?



Maklumat dari sahabat - sahabat di Queensland

Banjir paling besar di Queensland. Terakhir berlaku pada tahun 1974. Queensland mengalami tsunami darat terutama di Towwomba.

Lebih 500 rakyat Malaysia kebanyakannya pelajar dan keluarga tinggal di Queensland

Banyak rumah mereka telah ditengalami air yang merosakkan harta benda. Ada rumah yang paras air banjir sehingga ke bumbung rumah.

Pelajar Malaysia yang rumah ditengelami banjir mengalami kerugian besar kerana rumah, perabut, pakaian, barangan dapur , buku-buku telah musnah.

Ramai juga pelajar Malaysia yang sedang bercuti semester berada di Malaysia , rumah mereka ditengelami air.


Ramai yang masih menumpang di rumah rakyat Malaysia lain yang masih bernasib baik.

Hari ini, rakyat Malaysia bergotong royong telah bersama-sama membersihkan rumah yang penuh dengan lumpur keras selepas banjir surut.

Harapan rakyat Malaysia terutama yang rumah mereka ditengalami air, agar ada bantuan dari pihak kerajaan menampung kerugian yang mereka alami.

Bersyukur kepada Allah kerana tiada rakyat Malaysia yang terkorban.

Terima kasih kepada yang menghulur sumbangan, menyatakan simpati.

Terima kasih kepada Tuan Guru MB Kelantan yang turut sama mengutuskan rasa simpati dan berdoa untuk keselamatan rakyat Malaysia di Queensland

Lihatlah gambar kemusnahan di Queensland


http://www.ema.gov.au/www/ema/rwpgslib.nsf/GraphicFilesPersonal/(A96D9A49EA98CFE780B96F6EE5A027F4)~Flood+Brisbane+large/$FILE/Flood_Brisbane_large.jpg

http://www.geelongadvertiser.com.au/images/uploadedfiles/editorial/pictures/2008/02/18/Mackay_flood_aerial_1.jpg
http://www3.pictures.gi.zimbio.com/Flood+Waters+Rise+Queensland+Worst+Floods+1v00hZKZWVpl.jpg
http://resources2.news.com.au/images/2010/03/04/1225836/824730-queensland-floods.jpg

http://www.abc.net.au/reslib/200801/r218204_853158.jpg
http://www.boncherry.com/blog/wp-content/uploads/2011/01/flood3.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcZvdvthKAkm-P5ui2nNlTbb9qJVULHcG-5RlVnaRJ5P8jI68amgtOmCo9YTsmsuQStWDbkIunqwIqIv5GCh1dl4KiUv4N51wfvg5Obi-8tdM3DTJBQGLsmUBpsVx3WAHeLk2R53wTVAWr/s320/queensland%252520flood.jpg

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...