Monday, January 10, 2011

Kisah hidup Sang Murabbi pengasas PKS



Filem ini berkisah tentang perjalanan dakwah Ustaz Rahmat Abdullah. Berawal dari persepsi positif Ustaz Rahmat muda tentang profesi guru, yang merupakan rekfleksi cita-citanya saat masih duduk di bangku sekolah dasar. Setiap kali ditanya orang, apa cita-citanya, ia akan menjawab dengan mantap: menjadi guru!. Filem tidak rugi untuk ditonton oleh pejuang jamaah Islam. Boleh ditonton di youtube.

Ust. Rahmat Abdullah Sang Murabbi Pengasas Parti Keadilan Sejahtera

SIRI 1

Ust. Rahmat Abdullah, yang seringkali dipanggil Bang Mamak oleh penduduk Kampung Kuningan ini juga dikenali dengan panggilan syeikh tarbiyah oleh jamaahnya lahir di Jakarta 3 Julai 1953.

Meskipun lahir dari pasangan asli Betawi/Jayakarta, namun ia selalu menghindari sebutan Betawi yang dianggapnya berbau penjajah Belanda.

Beliau lebih bangga menyebut Jayakarta, kerana baginya itulah nama yang diberikan Pangeran Fatahillah kepada tanah kelahirannya.

Satu sikap yang tak lain lahir dari semangat anti kolonialisme dan imperialisme, serta kebanggaan (izzah) terhadap warisan perjuangan Islam.

Pada usia 11 tahun, Rahmat kecil meneruskan hidupnya tanpa asuhan seorang ayah, kerana pada masa itu beliau telah menjadi seorang anak yatim.

Ayahnya hanya mewariskan pada dirinya perusahaan percetakan-Sablon, yang diusahakan bersama kakak dan adik untuk menampung semua perbelanjaan dan beban hidup yang mesti ditanggungnya.

Meskipun begitu, Rahmat bukanlah remaja yang cengeng. Walaupun harus bekerja membanting tulang mencari rezeki, ia tetap tidak mahu tertinggal dalam pendidikan.

Beliau memulakan pendidikan awalnya secara rasmi apabila masuk ke sekolah Dasar Negeri di Daerah Kuningan, yang pada masa itu masih merupakan perkampungan Betawi, belum ada bangunan-bangunan pencakar langit.


Sama seperti generasinya pada masa itu, Rahmat kecil setiap pagi mengaji (belajar membaca Al Qur-an, membaca tulisan Arab, kajian aqidah, akhlaq & fiqh dengan kaedah membaca kitab berbahasa Arab, belajar terjemah dan syarahan ustadz) . Sebelah petang baru pergi ke sekolah dasar.

Pada tahun 1966, setelah lulus Sekolah Dasar, yang tahun pengajiannya dipanjangkan setengah tahun kerana terjadi peristiwa G-30-S/PKI, Rahmat masuk SMP. Tapi kali ini ia terpaksa keluar lagi kerana wujud dilema dalam dirinya.

Sememangnya, di satu segi keaktifan dirinya sebagai aktivis demonstran anggota KAPPI & KAMI yang dikenali sebagai angkatan 66, namun di hari Jumaat sekolahnya bermula pukul 11.30, tepat pada waktu solat Jumaat.

Oleh sebab itu, pada awal tahun pengajian berikutnya (1967/1968) Rahmat memutuskan berpindah ke Ma’had Assyafi’iyah, Bali Matraman. Selepas melalui ujian dan temuduga, ia harus memasuki kelas II Madrasah Ibtidaiyah (sama sepertia Sekolah Dasar).

Namun Rahmat tidak puas dengan keputusan itu, ia mencuba merayu kepada seorang ustad, untuk melakukan ujian sekali lagi sehingga ia berjaya memasuki kelas III.

Permulaan belajar di Ma’had ini, cukup memberi kesan kepada Rahmat. Apatah lagi ia harus belajar pada seorang ustaz senior Madrasah Tsanawiyah (Tingkat SMP) yang sangat streng dalam berbicara dan mengajar dengan bahasa Arab. Namun tidak berapa lama, ternyata guru kelas ini turut sama-sama belajar bersamanya.

Akhirnya, Rahmat terus meloncat naik ke kelas V, di sinilah ia belajar ilmu nahwu dasar yang sangat ia sukai kerana dengan ilmu itu dipelajari setiap misteri intonasi dan narasi penyiar Shauth Indonesia, yang sering disiarkan oleh radio RRI dalam bahasa Arab.

Siaran inilah yang menjadi kesukaan Rahmat. Walupun hidupnya serba kekurangan, namun kerana sedar tentang pentingnya komunikasi dan informasi, Rahmat merelakan wang belanja makannya untuk dikumpulkan sedikit demi sedikit susah payahnya mencari pelanggan Sablon, untuk membeli radio. Padahal masa itu, radio adalah lambang status bagi orang-orang kaya zaman itu.

Selepas kelas V, Rahmat melanjutkan pengajian di Madrasah Tsanawiyah Assyafi’iyah. Di MTs ini ia mempelajari ushul fiqh, musthalah hadits, psikologi & ilmu pendidikan, di samping terus mempelajari ilmu nahwu, sharf dan balaghah.

Namun, pelajaran yang paling ia sukai adalah talaqqi. Biasanya talaqqi ini dilakukan bersama dengan para masyaikh (kiai) serta bimbingan terus sang orator pembangkit semangat yang selalu memberikan inspirasi Rahmat muda iaitu KH Abdullah Syafi’i. (bersambung ) Ontoplist.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...