Friday, January 7, 2011

Kisah seorang buta dan seorang lumpuh

Salam,
http://islamfeminis.files.wordpress.com/2007/04/desa-iran.thumbnail.jpg?w=500
Gambar hiasan

Ini bukan kisah benar tapi kisah teladan untuk sama-sama kita memikirkannya kerana berkait dalam kehidupan manusia.

Pada suatu hari seorang lumpuh pergi ke sebuah warung dan duduk di sebelah seseorang yang sudah sejak tadi di warung.

” saya tidak boleh datang ke pesta keramaian, ” keluhnya, ” Sebab kakiku yang lumpuh sebelah ini aku tidak boleh berjalan cepat.”

Orang yang di sebelahnya itu mengangkat kepalanya. ” saya pun diundang,” katanya,”tetapi keadaanku lebih buruk dari saudara. saya buta, dan tidak boleh melihat jalan, meskipun saya juga diundang.”

Orang ketiga yang mendengar percakapan kedua orang tersebut, berkata, ” tetapi, kalau kamu berdua sedar, kamu berdua mempunyai cara untuk pergi ke sana. yang buta boleh berjalan,

Manakala yang lumpuh boleh dipapah oleh yang buta kerana yang buta boleh berjalan, dan yang lumpuh menunjukkan jalan.” dengan cara itulah mereka boleh mencapai ke pesta keramaian.

Dalam perjalanan, keduanya sempat berhenti disebuah warung lain. mereka memberitahu tujuan mereka kepada dua orang lain yang duduk bersedih di warung.

kedua orang itu, yang seorang pekak,yang seorang lagi bisu. keduanya juga diundang ke pesta keramaian. yang bisu boleh mendengar, tetapi tidak boleh bercakap kepada temannya yang pekak. Yang pekak boleh bercakap, namun tidak ada orang yang boleh mendengar masalah mereka.

Kedua orang itu tak ada yang boleh datang ke pesta keramaian sebab kali ini tidak ada orang ketiga yang boleh mendengar masalah mereka, kemudian menerangkan bagaimana cara mereka menyelesaikan masalah itu.

Dalam kehidupan,sama ada dalam jamaah,organisasi,keluarga dan masyarakat, kadang-kadang kita dihadapkan pada satu masalah, dan kita mempunyai banyak kekurangan.

Di sinilah diperlukan seseorang yang mampu memberikan pandangan, sehingga kekurangan atau masalah kita dapat jalan keluarnya, sehingga akan boleh saling mengisi kekurangannya antara satu sama lain.Tanbihun.com

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...