Monday, January 3, 2011

Cerita dua 'permainan' guru di dalam kelas

Salam,
http://www.mshalim.com/english.jpg
Gambar hiasan

Hari persekolahan tahun 2011 sudah bermula di Malaysia. Guru-guru mula bertugas bukan sahaja melaksanakan tugas mengajar tapi tugas-tugas lain yang kadang-kadang tiada kaitan dengan tugas guru.

Guru-guru di Malaysia mempunyai banyak beban tugas yang terpaksa digalas. Jika sekolah satu sesi normalnya masuk 7.30 pagi balik 3.00 petang. Paling banyak tugas-tugas pengkeranian. Ambil kedatangan pelajar, kutip yuran, isi kad 001, kad kemajuan, laporan disiplin dan macam-macam lagi la.

Rakan penulis beritahu, banyaknya kerja guru sehingga tak sempat nak buat rancangan mengajar. Buku Rekod Mengajar bukan jadi rancangan mengajar tapi laporan mengajar. Hari Jumaat , baru buat laporan dalam buku rancangan tak kah bebankan guru sahaja.

Bukan salah guru, tapi salah kerajaan yang tak nak kaji berkesankah tidak Buku Rekod Mengajar pada masa sekarang. Atau hanya jadi bebanan kepada guru-guru. Bukankah lebih baik kaji satu kaedah lain untuk ganti Buku Rekod Mengajar, yang tidak bebankan guru. Belajarlah dari negara lain.

Tidak seperti di kebanyakan negara luar, tugas pengkeranian itu dilakukan oleh pejabat sekolah.Pelajar negara luar jika nak bayar yuran pi bayar ke pejabat , ada kerani yang kutip yuran pelajar. Guru tak perlu pening kepala diarah guru besar kutip dan peringat pelajar bayar yuran.

Kedatangan pelajar diambil oleh seorang kerani yang dilantik untuk pergi kelas ke kelas ambil kedatangan pelajar. Guru tak buang masa kira pelajar dalam kelas setiap hari , tak perlu isi buku kedatangan pelajar dan tak perlu susah hati buat surat peringatan kepada pelajar kerap tak hadir.

Beban tugas guru ini tidak akan selesai selagi pemerintah yang sama memerintah, dah lama guru merungut tapi tak dilayan pun. Sebab itu, patut sungguh Pakatan Rakyat janji nak bagi RM 500 sebulan kepada guru kerana memang patut guru dapat. Guru fahaman Umno pun kalau bagi depa sapu, la memang ada yang cakap tak percaya janji PR.

Tugas guru sebenarnya adalah mengajar di kelas, mendidik anak murid menjadi insan berguna. Guru mana yang tak mahu anak muridnya berjaya. Namun , kesempatan mendidik anak murid sering terbatas dengan bebanan tugas yang banyak.

Pelajar perlu bimbingan, tunjuk ajar, kasih sayang dari guru . Pelajar banyak masa bersama guru, jadi guru adalah agen merubah kelakuan dan pemikiran pelajar ke arah yang positif. Penulis paparkan satu kisah yang mungkin boleh guru-guru laksanakan kepada pelajar di hari mula kelas. Bacalah....

Seorang guru perempuan sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pensil.
Guru perempuan itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pensil. Jika saya angkat kapur ini, maka berkatalah “Kapur!”, jika saya angkat pensil ini, maka berkatalah “Pensil!”
Murid muridnya pun faham dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pensil!”, jika saya angkat pensil, maka katakanlah “Kapur!”.
Dan diulangkan seperti tadi, pastilah murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru perempuan tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya.
Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.
Mula-mula mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus dibudayakan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan waktu.
“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang salah, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, sentiasa dengan hiburan yang melalaikan sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”
“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. faham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “faham guru…”
“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.
“Ini ada al-Qur’an,saya akan meletakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?”
Murid-muridnya berpikir.Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
“Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya…Musuh-musuh Islam tidak akan menyerang anda dengan terang-terang…Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari tepi, sehingga anda tidak sedar.
“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibuatlah tiang yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin merobohkan rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tiangnya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kursi dipindahkan dulu, almari dikeluarkan dulu satu persatu, baru rumah dirobohkankan…”
“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menyerang terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan mempengaruhi anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda Islam, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka…
Dan itulah yang mereka inginkan.” “Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita… ”
“Kenapa mereka tidak berani terang-terang menyerang, cikgu?” tanya murid- murid.
“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.”
“Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar”.
“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…” Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing bermain di kepalanya…almerbaui
Selamat mengajar guru, didiklah anak muridmu menjadi manusia berakhlak mulia. Ingatlah, besar ganjaran pahalanya.
Wassalam

2 comments:

Alif Lam said...

Musuh2 Islam tdk akan jemu2 berusaha utk merosakkan Islam sehingga mereka menggunakan kaedah; kalau kami x boleh rosakkan engkau, biarlah kami rosakkan anak2 dan keturunan engkau..! Mohon izin tuan utk share isi kandungan berkaitan permainan yg mempunyai makna dan mesej yg sgt berharga..! :)

Mrmnj said...

as salam.. cerita yg amat bmanfaat.. mohon keizinan tuan, sy share cerita ini.. terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...