Wednesday, April 21, 2010

Tarik undi Melayu 40 peratus, PR menang di Hulu Selangor

Salam,


Sudah beberapa hari kempen PRK Hulu Selangor berjalan. Jangkaan telah dibuat oleh kedua2 parti PR dan BN, malah PERKOSA pun buat ramalan. PERKOSA ramal BN menang majoriti 3000 undi.

Pada awalnya , penulis tak mahu nak buat jangkaan parti mana yang menang. Tak mahu jadi macam PRK Bagan Pinang. Tapi ramai sangat yang minta jangkaan penulis, jumpa ja tanya macam mana Hulu Selangor sapa menang?

Jawapan penulis kepada yang bertanya, jika PKR dapat tarik undi Melayu lebih 40 % boleh menang. Namun, jika di bawah 40% BN yang akan menang.

Adakah Melayu undi penentu? bukan begitu. Semua pengundi Melayu, Cina , India , Orang Asli dan Undi pos boleh jadi penentu. Bagi penulis, PKR mampu menarik undi orang Cina sehingga 80 %. Semasa PRK Bukit Gantang, undi orang Cina kepada Nizar capai 85 %.

Itu calon PAS, sekarang calon PKR yang lebih terbuka bagi orang Cina dan partinya juga mempunyai pemimpin di kalangan orang Cina. Sentimen perkauman yang ditiup oleh Ubn semasa PRK ini lebih menjauhkan pengundi Cina dari BN. Malah MCA pun dah tak dapat tempat dihati orang Cina.

Orang India pula walaupun calon BN India tak semestinya akan undi calon BN. Tak boleh samakan macam di Bagan Pinang kerana semasa PRK Bagan Pinang, kedua2 kerajaan milik BN. PRK Hulu Selangor lain, kerajaan negeri milik PR.

Orang India di Selangor sudah merasai nikmat duduk di bawah kerajaan PR. Pemimpin India dari PKR dan DAP di Selangor pula adalah pemimpin yang selalu turun membantu orang India. Banyak masalah orang India yang ditinggal kerajaan Khir Toyo telah diselesaikan oleh kerajaan PR.

Orang - orang MIC di Hulu Selangor sebenarnya masih sayang kepada Palanivel, yang tak suka Palanivel hanya orang Umno. Semasa PRU 12, undi orang India kepada Palanivel masih tinggi dan undi ini tidak akan pergi kepada Kamalanathan yang dianggap calon pilihan Umno bukan pilihan orang India. Penulis jangka 55 - 60 % orang India akan diberi kepada Zaid.

Penulis juga masih anggap PKR sekarang mendapat sokongan yang tinggi dari golongan muda walaupun ramai pemimpinnya bertukar jadi katak. PRK Hulu Selangor akan membuktikan kenyataan Saifuddin bahawa setiap bulan keahlian baru PKR mencecah 40 ribu seperti yang pernah penulis sentuh.

25 April ini akan menentukan kebenarannya. Tunggulah.

Wassalam.

2 comments:

Pahat Pusako said...

saya rasa pengundi India akan memihak kepada BN atas alasan mrk perlukan MP baru dikalangan MIC. Mereka tau mereka minoriti dan kawasan itu telah diperuntukan kpd MIC. Faktor rasuah dan kebendaan boleh mempengaruhi mereka sbgm di Telok kemang. Orang China pula 50:50 tetapi saya cenderung nak kata mereka akan memihak kepada BN kerana kelucahan presiden MCA bukan isu besar ( dosa) bagi mrk tetapi keterbukaan Najib untuk melutut kepada kepentingan China. Orang melayu sejak dulu mmg tak boleh harap, kalau BABI jadi lambang calon lawan Bulan Purnama pun tentu mereka pilih babi. Dulu Ustaz Ismail Kamus jadi calon pu mereka boleh tolak. Perlu diingat di sana kawasan luar bandar sama seperti Sabak Bernam atau Tanjung Karang yg bermajoriti melayu totok jawa/minang. Daya fikir mereka masih karat biru!! betul saya cakap kerana pernah tinggal di Selangor. Saya sarankan kempen rumah ke rumah perlu digandakan atas pilih calon MELAYU.

lin said...

性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,ut聊天室

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...