Tuesday, April 20, 2010

Pindahkan pengundi, Ubn tak perlu tunggu persempadanan semula kawasan pilihanraya

Salam,
Apabila penulis membaca kenyataan komponen tak rasmi Ubn seperti di sini. penulis mula terfikir bahawa bukan pengundi Parlimen Hulu Selangor sahaja yang dipindahkan lokaliti tempat mengundi ke Parlimen Selayang malah mungkin sudah berlaku di seluruh negara.

13,000 bukan jumlah yang kecil, malah jika sebahagian besar daripada 13,000 adalah pengundi itu adalah pengundi PR. Maka, Ubn tak perlu susah berkempen serahkan sahaja kepada komponen tak rasmi dah dapat keluarkan beribu pengundi PR.

Komponen tak rasmi Ubn bagi alasan pemetaan dibuat dan lokaliti berkenaan berada dalam Parlimen Selayang, jadi boleh tukar lokaliti berkenaan ke Parlimen Selayang. Inilah kenyataan mudah untuk lepaskan diri, hakikatnya bukan begitu.

Sebelum PRU 12, penulis dan kawan2 di Parit Buntar pernah buat bantahan kepada SPR terhadap satu lokaliti yang terletak dalam Parlimen Bagan Serai. Bukti diberi memang jelas mereka sendiri mengakuinya, tapi diberi pelbagai alasan untuk keluarkan lokaliti berkenaan.


Sehingga PRU 12 berjalan, lokaliti berkenaan masih berada dalam Parlimen Parit Buntar. Selepas PRU ke 12, barulah lokaliti berkenan ditukar ke Parlimen Bagan Serai. Penulis yakin lokaliti tidak ditukar sehingga selesai PRU ke 12 kerana menguntungkan Ubn.


Sekiranya, alasan pemetaan ini memberi peluang Ubn mencapai kemenangan melalui pemindahan pengundi. Penulis berharap, semua jentera pilihanraya jamaah dan PR wajib membuat semakan dan bantahan setiap kali daftar pemilih dibuka untuk bantahan.


Syukurlah, PRK Hulu Selangor membuka mata kita tentang taktik kotor ini. Penulis tahu, Ubn menghadapi masalah untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya kerana kekurangan undi dua pertiga ahli Parlimen. Katak2 pun masih belum cukup, jadi inilah cara terbaik mereka untuk pindahkan pengundi.


Jentera pilihanraya jamaah dan PR kena perhati semua lokaliti yang menjadi sempadan antara dua kawasan parlimen. Hanya dengan menukar lokaliti sahaja Ubn boleh mengaut beribu undi dan mengurangkan beribu undi, tak perlu tunggu buat sempadan pilihanraya.


Kesilapan jentera PKR di Hulu Selangor adalah tak buat semakan dan bantahan semasa di buka untuk beberapa kali. Hanya bila berlaku PRK ini baru disedari. Tapi bukan jentera PKR sahaja tak buat semakan dan bantahan, jentera jamaah pun sama ja lah.


Namun, walaupun dibuat semakan dan bantahan. Mampukah jentera jamaah dan PR nak buat bantahan kalau melibatkan beribu pengundi. Kalau 13 000 pengundi dibantah, seorang pengundi RM 10.00 kiralah berapa ratus ribu RM kena sediakan untuk buat bantahan.


Semuanya menyusahkan PR untuk buat bantahan dan penulis pasti taktik kotor ini akan digunakan dengan kuasa komponen tak rasmi Ubn ini. Bila dibuat bantahan, mereka akan jawab pemindahan lokaliti dibuat mengikut undang2 pilihanraya.


Biasanya, bila PR buat cadangan untuk kebaikan dan ketelusan pilihanraya. Komponen tak rasmi Ubn akan beri alasan diluar bidang kuasa mereka. Mereka jawab begitu sebab cadangan PR tidak menguntungkan Ubn.


Habis kuasa mereka guna untuk apa ? Untuk menangkan Ubnlah. Jika ia menguntungkan Ubn, komponen tak rasmi akan gunakan kuasa mereka yang ada walaupun mendapat bantahan PR.


Penulis harap gerakan untuk pilihanraya adil dan telus perlu dihidupkan semula. BERSIH perlu diaktifkan kembali untuk memperjuangkan pilihanraya yang adil dan telus.
 

Wassalam.  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...