Sunday, January 1, 2017

Tulahan : Setahun bersama parti baru

Salam,


Hari ini dah masuk 1 Januari 2017, usia sudah semakin bertambah. Semalam baru selesai proses lebih 50 ahli baru parti baru untuk bulan Disember. Sama macam parti lama, penulis urus kemasukan ahli baru dan penubuhan cawangan untuk parti baru.

Berbeza dulu ahli sudah sedia ada, kini kena usaha cari ahli baru untuk tubuh cawangan. Semasa dalam parti lama penulis usaha tubuh dari 30 cawangan sedia ada kepada 54 cawangan dalam masa 7 tahun.

Tak tahulah kini status cawangan-cawangan dalam parti lama. Berjumpa juga dengan beberapa orang ajk cawangan parti lama. Mereka ok ja bersembang walaupun tahu penulis dah masuk parti baru. Mereka bagi tahu masalah cawangan, masalah tiada yang ambil tahu macam yang dibuat penulis dulu.

Penulis bagi tahu, mereka tidak boleh harap semua orang macam penulis. Penulis minta mereka  usaha sendiri jangan terlalu bergantung kepada kawasan. Dalam ramai-ramai yang jumpa hanya ada sorang yang macam nak marah, angkat tangan kepada dia pun buat tak nampak. Penulis tak kisah pun, biarlah dekat dia kerana tanggungjawab penulis dah selesai.

Mungkin selama dia dalam parti lama tak pernah dengar hukum memutuskan silaturahim. Rugilah berjuang dalam parti berjuang agama tapi disaluti dosa besar memutuskan silaturahim. Tidak boleh salah dekat dia sebab ada pemimpin besar mengajar akhlak buruk itu

Sekarang dalam parti baru kena usaha lebih untuk tubuh cawangan. Sasaran menubuhkan cawangan di setiap pusat mengundi sebelum PRU 14 . Setakat setahun ini sasaran itu 70 peratus sudah dicapai untuk satu DUN. Kena fikir strategi dan tambah usaha untuk satu DUN lagi .

Jika PRU 14 berlangsung 2018 , sasaran ini mungkin tercapai. Jika PRU 14 tahun 2017, berat juga nak hadapi pilihanraya. Pun begitu kehadiran Bersatu mengurangkan masalah kekurangan petugas untuk pilihanraya. Bersatu bukan sahaja membantu meningkatkan undi Melayu kepada parti baru malah mampu menampung kekurangan petugas pilihanraya.

Kekuatan sesebuah parti sebenarnya banyak bergantung kepada kekuatan akar umbinya. Sombongnya parti lama adalah kekuatan akar umbinya. Setahun parti baru ini bergerak, sudah lebih 150 kawasan ditubuhkan. Sudah beratus cawangan didaftarkan tidak termasuk yang masih diperingkat penaja.

Konvensyen pertama parti baru ini dikagumi pemerhati politik kerana menghimpun perwakilan yang sebegitu ramai. Parti yang sudah berusia lebih 15 tahun pun tidak mencapai tahap ini , malah masih bergantung kepada parti lama. Tunggulah 5 tahun lagi, lihatlah nanti perkembangan parti baru ini walaupun pernah diejek pemimpin parti lama hanya akan bertahan 3 bulan.

Ramai yang menyokong parti baru di kawasan penulis cuma belum dizahirkan. Buktinya, akhbar parti baru sudah dijual sama banyak dengan akhbar parti baru. Bandingkan jualan akhbar parti baru yang baru setahun sudah menyamai jualan akhbar parti lama yang berusia lebih 60 tahun. Walaupun , akhbar parti baru diterbitkan setiap minggu jualannya sentiasa meningkat. 

Tidak kisahlah parti baru masih angkuh dengan bilangan ahlinya yang ramai, namun apa guna jika penyokong yang menjadi pengundi sudah beralih kepada parti baru. Biarlah ahli parti baru bertambah pada kadar sekarang kerana penyokong yang akan mengundi parti baru sentiasa bertambah pada kadar yang besar

Bulan lepas, banyak program kebajikan dibuat. Program bantuan kelengkapan sekolah dapat diberi kepada 200 pelajar terpilih. Program sumbangan barang keperluan turut diadakan di beberapa lokasi. Program kebajikan yang dilaksanakan samalah macam program kebajikan dalam parti lama, malah bilangan penerima lebih dari parti lama.

Cuma satu program iaitu cakna rakyat yang belum sempat dibuat. Doktor sukarela dah ada, dana untuk program ada, lokasi program pun ada. Masa sahaja tidak ada, kerana penumpuan program lebih kepada penambahan ahli dan cawangan.

Tahun 2017, harapan penulis lebih banyak program kebajikan dapat dijalankan, lebih ramai yang dapat dibantu. Semoga semakin ramai yang mohon jadi ahli parti baru, supaya mudah menambah cawangan untuk mencapai sasaran.

Dakwah di kampung pun kena teruskan dengan pelbagaikan strategi menarik orang kampung berjamaah di surau. Kena banyakkan sentuhan peribadi kepada orang-orang yang tak mahu solat dan berjamaah di surau. Semoga Allah mempermudahkan usaha penulis ini.


Wassalam

1 comment:

Mat Safian said...

Syabas! teruskan usaha. Parti bukanlah agama, ia wadah. Benda ni yg ahli2 PAS tak paham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...