Sunday, January 1, 2017

Muawiyah, insan terpalit fitnah

 
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;

" Islam itu ibarat sebuah kota yang dipagari tembok yang memiliki satu pintu. Fitnah tidak akan menimpa Islam selagi pintu itu masih tertutup, dan aku khuatir apabila pintu itu terbuka, fitnah akan menimpa Islam."

Umar Ibnu al-Khattab bertanyakan apakah pintu itu? Namun baginda tidak menjawab. Kemudiannya beliau menemui Ali Ibnu Abi Thalib bagi bertanyakan soalan yang sama. Ali Ibnu Abi Thalib kemudiannya menjawab: " Wahai Umar, engkaulah pintu itu! Terbukanya pintu itu adalah apabila engkau wafat."

Ternyata hadis baginda Rasulullah S.A.W benar-benar terjadi. Selepas Khalifah Umar Ibnu al-Khattab syahid, umat Islam dilanda keresahan dalam mencari pengganti sehinggalah Uthman Ibnu Affan dibai'ah sebagai khalifah seterusnya.

Kemuncak fitnah berlaku pada enam tahun terakhir pemerintahan Khalifah Uthman sehingga membawa kepada pembunuhan beliau. Fitnah ini seterusnya menggelapkan sisi sejarah peribadi dua tokoh Bani Umayyah iaitu khalifah Muawiyah Bin Abu Sufyan dan Khalifah Yazid Bin Muawiyah.


ABU ABDURRAHMAN AL-UMAWI MUAWIYAH IBNU ABU SUFYAN
( 602-680 Masihi)

Khalifah Muawiyah Bin Abu Sufyan Bin Harb Bin Umaiyah Bin Abdul Manaf adalah Khalifah pertama Dinasti Umaiyah dan merupakan Khalifah kelima bagi umat Islam. Beliau merupakan putera kepada Abu Sufyan Bin Harb dan Hindun Binti Utbah. 

Muawiyah diriwayatkan telah memeluk Islam sebelum peristiwa Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) tetapi menyorokkan keislamannya daripada pengetahuan Abu Sufyan.

Sayyidina Muawiyah Bin Abu Sufyan telah dilantik sebagai Gabenor Syiria bermula pada zaman Khalifah Umar Ibnu Khattab pada tahun 640M.

Menjelang tahun 647M, beliau telah berjaya membentuk armada laut yang mampu menahan serangan tentera Byzantine. Angkatan ini juga berjaya menakluk Cyprus (649M), Rhodes (654M) dan berjaya mengalahkan tentera Byzantine di Lycia pada tahun 655M.

Muawiyah merupakan pemberontak dan penderhaka, BENARKAH?

Kita sering dimomokkan bahawa Muawiyah merupakan seorang pemberontak dan menderhaka kepada Khalifah Ali Bin Abi Thalib R.A, benarkah segala tuduhan tersebut?

Pernahkah kita terfikir, mengapakah Sayyidina Muawiyah enggan membai'ah Sayyidina Ali sebagai khalifah?

1) Muawiyah sebagai Wali Darah.

~ Sayyidina Muawiyah mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Khalifah Uthman Bin Affan R.A. Khalifah Uthman Bin Affan R.A merupakan anggota Bani Umaiyah sebagaimana halnya Sayyidina Muawiyah. Selepas Khalifah Uthman Bin Affan R.A syahid dibunuh para pemberontak, Muawiyah merasakan dirinya bertanggungjawab untuk membela dan menuntut keadilah terhadap pembunuhan Khalifah Uthman. 

Hal ini kerana putera-putera Khalifah Uthman masih kecil dan Muawiyah sebagai anggota Bani Umaiyah yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pentadbiran Islam meletakkannya untuk berada dibarisan hadapan sebagai Wali Darah, iaitu penuntut pembelaan terhadap pembunuhan khalifah.

2) Muawiyah menganggap pelantikan khalifah baru tidak boleh dilakukan sebelum hukuman terhadap pembunuh khalifah tidak dilakukan.

~ Sebagai Wali Darah terhadap pembunuhan khalifah, Muawiyah merasakan perlunya hukuman dijatuhkan keatas pembunuh khalifah sebelum pengganti khalifah dilantik. Pada pandangannya, perkara ini perlu bagi menegakkan keadilan terhadap pembunuhan khalifah.

      Namun, bagi pihak Sayyidina Ali, beliau menghadapi masalah dalam menjatuhkan hukuman terhadap para pemberontak yang menyerang Khalifah Uthman. Hal ini kerana jumlah pemberontak dan identiti mereka yang menceroboh dan menyerang Khalifah Uthman adalah samar-samar dan terdapat keraguan. 

Hal ini menyukarkan Sayyidina Ali dalam usahanya menyiasat dan mencari pembunuh sebenar khalifah. Pada waktu tersebut, beliau sendiri menghadapi masalah berhadapan dengan musuh dalam selimut yang berpura-pura mentaati beliau. Hal ini menyebabkan beliau sukar untuk menjatuhkan hukuman.

     Bagi Sayyidina Ali, perpecahan dalam kalangan umat Islam menyukarkan beliau mengadili kes pembunuhan Khalifah Uthman, sebaliknya beliau mengutamakan penyatuan ummah bagi memudahkan beliau mengadili kes tersebut.
         Sayyidina Ali sememangnya terkenal sebagai sahabat Rasulullah S.A.W yang cukup berhati-hati dalam mengadili sesuatu masalah. Tindakan beliau yang seolah-olah melambatkan hukuman keatas golongan pemberontak pada zaman Khalifah Uthman digunakan sebaik-baiknya oleh kaum Munafiqin untuk menghasut Sayyidina Muawiyah bagi menentang Sayyidina Ali.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Ali, puak Syiah yang memusuhi Islam semenjak kejatuhan Kekaisaran Parsi bertindak menjadi batu api memecahbelahkan umat Islam. Sebahagian mereka bertindak menjadi pengikut Sayyidina Ali dan sebahagian lain menyokong Sayyidina Muawiyah. 

Golongan pendukukung kedua-dua tokoh ini yang sebenarnya mereka-reka cerita sehingga membawa kepada peperangan antara kedua-dua sahabat Rasulullah S.A.W ini.



3) Muawiyah bukan pemberontak

Pemberontak seharusnya golongan yang bergerak menuju kepada pemimpin dan memerangi pemimpin tersebut.

~ Jika dikatakan bahawa Muawiyah merupakan pemberontak, seharusnya Muawiyah bergerak dari Syam menuju ke Kufah bagi memerangi Sayyidina Ali R.A. Namun, dalam rekod sejarah, Muawiyah secara jelas tidak memberi bai'ah dan tidak pula bergerak menuju ke Kufah bagi memerangi khalifah, sebaliknya menetap di Syam dan mendesak Sayyidina Ali untuk menjatuhkan hukuman keatas pembunuh Khalifah Uthman.
     Bagaimanapun, dalam kes ini Sayyidina Ali yang berkuasa menjadi Amirul Mukminin telah bertindak mempersiapkan pasukan tentera dan bergerak menuju ke Syam bagi memerangi Muawiyah sehingga tercetusnya Perang Siffin.
    Sejarah juga mencatatkan bahawa, selepas kewafatan Khalifah Ali, kekhalifahan beralih kepada puteranya, Hassan Bin Ali. Hanya untuk beberapa bulan, Khalifah Hassan Bin Ali telah menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah dengan syarat Muawiyah perlu memerintah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, Ahlul Bait perlulah diberi penghormatan yang sepatutnya dan jawatan khalifah perlu diserahkan kepada Hassan setelah Muawiyah wafat.
Jika Muawiyah pemberontak, mengapakah Sayyidina Hassan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah?

Mengapa Khalifah Ali membawa pasukan memerangi Muawiyah?

Perlu diingatkan bahawa pada waktu tersebut, perkhabaran yang disampaikan sering mengandungi fitnah dan pembohongan. Tindakan Sayyidina Ali ini perlu ditimbang berdasarkan faktor luaran dan dalaman yang mendorong berlakunya Perang Siffin.

Perang Siffin berakhir dengan perdamaian iaitu melalui Tahkim. Jika Muawiyah dilihat sebagai pemberontak yang menggugat ummah, seharusnya Khalifah Ali telah memerangi Muawiyah sehabis-habisnya. Tetapi tindakan sebaliknya telah terjadi.
Tindakan Khalifah Ali mengakhiri Perang Siffin melalui Tahkim menyaksikan terbentuknya satu golongan yang disebut sebagai Khawarij. Mereka terdiri daripada penyokong Khalifah Ali yang menentang Tahkim.
Persoalanya, mengapakah mereka menentang Tahkim sekiranya mereka menyokong khalifah? Mengapakah mereka menolak Tahkim yang dilihat sebagai langkah terawal menyatupadukan ummah?
Hal ini sudah tentu kerana mereka khuatir ummah akan bersatu setelah Khalifah Ali dan Sayyidina Muawiyah berdamai. Kaum Khawarij juga direkodkan telah melakukan kekacauan dan pemberontakan sebagai protes terhadap majlis Tahkim.

Makam Khalifah Muawiyah Bin Abu Sufyan

Keutamaan Sayyidina Muawiyah

Rasulullah S.A.W bersabda: " Tentera pertama umatku yang berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga.

Hadis Nabi ini berjaya direalisasikan oleh Muawiyah apabila mengetuai armada laut pertama umat Islam pada tahun 28H pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman Ibnu Affan R.A.

Baginda Khatimul Anbiya' juga pernah mendoakan Muawiyah dengan doa

"Ya Allah jadikanlah dia (Muawiyah) sebagai pemimpin yang terpimpin dan pimpinlah (manusia) dengannya."

juga dengan doa ; " Ya Allah ajarlah dia dengan Kitab dan hisab dan jauhilah ia dari azab."

Muawiyah pernah dicela dihadapan Sayyidina Umar Ibnu al-Khattab R.A lantas Umar membelanya. Beliau berkata; " Jangalah kamu mencela pemuda Quraisy ini (Muawiyah). Dia adalah seorang yang boleh ketawa ketika marah. Janganlah diambil sesuatu padanya selain atas persetujuannya dan tidak boleh diambil apa-apa yang ada diatas kepalanya melainkan dari bawah kedua tapak kakinya."

Sayyidina Umar Ibnu al-Khattab juga sering berkata jika berjumpa dengan Muawiyah;

" Dialah Kaisar bangsa Arab."

 Sayyidina Ali Bin Abi Thalib pernah berkata;

" Janganlah kalian membenci (pemerintahan) Muawiyah. Seandainya kalian kehilangan dia, kalian akan menyaksikan beberapa kepala terlepas dari badannya (mati dibunuh)."

Akhirulkalam, biarpun artikel ini cuba membela Muawiyah daripada fitnah terhadap dirinya, saya tidak menafikan bahawa tetap ada pada diri Muawiyah itu beberapa khilaf sebagaimana layaknya seorang manusia itu melakukan kesilapan. 

Namun, harus diingatkan juga betapa beliau telah melakukan sumbangan yang besar terhadap peradaban dan Islam itu sendiri. Beliau juga berjaya menutup sementara pintu fitnah yang melanda umat Islam bermula kewafatan Khalifah Umar Ibnu al-Kattab sepanjang pemerintahannya

putegha.blogspot

1 comment:

Zull Fikar said...

Perkenalkan nama saya zull fikar. Dan saya ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH JONOSEUH atas bantuannya selama ini dan saya tidak menyangka kalau saya sudah bisa sukses dan ini semua berkat bantuan MBAH JONOSEUH,selama ini, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang2 dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya usaha Restoran sendiri,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH JONOSEUH atas bantuan nomor togel dan dana ghaibnya, dan saya yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jadi jangan ragu-ragu untuk menghubungi MBAH JONOSEUH karna beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendapatkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita atau rekayasa tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH JONOSEUH di 0823 4444 5588 dan ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang ke 2 kalinya terimah kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...