Friday, November 28, 2014

Tulahan : Lima bulan berdakwah di bumi sendiri



Salam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjePi43QvfBPren0bZPJRyUePfOP8_tDJzrefzk_3wPV560VOtbZZdu39lR-1K1lcV8suH0EY-q1hKb06GCt5kvIsfBy20E-QZbfDp5vSDaLcbVQ3nXb85x0EX1wOOY3bY116l14isOYKA/s320/doa+tangan.jpg


Dah lebih lima bulan penulis tak tinggal bersama isteri dan anak-anak. Jika dulu, penulis balik dua minggu sekali ke kawasan. Sekarang , dua minggu sekali penulis balik bertemu isteri dan anak-anak.

Yang tak faham dakwah, tak faham perjuangan, tak boleh terima tindakan penulis tinggalkan isteri dan anak-anak.

Yang faham pula anggap penulis pindah untuk lebih senang berjuang dengan jamaah kawasan. Mereka tidak tahu tujuan sebenar penulis pindah.

Memang bagi yang tak faham, penulis bagi alasan nak jaga ayah dan emak yang sudah menjangkau umur 80 tahun di kampung. Sesetengah mereka , ada yang buat fitnah adik beradik penulis yang lain tidak jaga ayah dan emak sebab itu penulis balik ke kampung.

Mereka salah, sebenarnya selama ini adik beradik penulislah yang banyak jaga ayah dan emak terutama kakak dan dua abang penulis yang tinggal dekat sekitar bandar di luar kampung.

Penulis rasa jasa mereka kepada ayah dan emak lebih daripada penulis yang selalu berjauhan sehingga beberapa tahun di luar negara.

Benar, alasan hendak tinggal bersama ayah emak merupakan antara alasannya tapi alasan utamanya adalah kerana mahu berdakwah supaya mereka yang selama ini tidak sujud kepada Allah agar sujud kepada Allah.

Penulis mahu laksanakan tanggungjawab berdakwah mengajak orang kampung penulis yang tidak solat supaya solat, penulis mahu makmurkan semula surau kampung penulis dengan solat jamaah.

Penulis bersyukur ahli keluarga penulis kekal dengan solat. Keluarga orang kampung yang lain termasuk keluarga orang jamaah ramai yang tidak solat , malah kalau ada yang solat , solat mereka tidak penuh.

Jika solat waktu tak penuh, boleh bayang hanya beberapa orang sahaja yang solat Jumaat. Itupun berselang minggu. Pulak tu solat Jumaat di masjid kampung sebelah.

Bukan penulis tidak cuba berdakwah sebelum ini, penulis dan abang penulis pernah cuba 15 tahun lalu tapi ada halangan dari orang Ubn yang berpaut kepada seorang Imam tua di kampung.

Walaupun Imam tua ini bermasalah, orang Ubn tidak kisah asal boleh halang penulis jadi imam di kampung. Selepas itu, penulis tinggal jauh dari kampung.

Balik pun sekali sekala, tapi penulis tak tinggal jamaah di kampung. Bila masa dekat raya, penulis salurkan bantuan kepada orang kampung susah atas nama jamaah. Bila masa pilihanraya, penulis bagi bendera dan poster untuk orang jamaah pasang di kampung.

Sejak pertengahan bulan enam penulis pindah ke rumah orang tua penulis di kampung. Kebetulan pula Imam tua harapan orang Ubn baru saha meninggal dunia. Orang Ubn terkejut bila tengok penulis ke surau semasa kuliah seorang ustaz Ubn.


Selepas itu, penulis terus ke surau. Hampir dengan bulan Ramadhan bila penulis balik ke kampung. Orang Ubn dah buat jadual siapa imam, siapa bilal untuk bulan Ramadhan. Mereka tidak tahu penulis akan tinggal di kampung.

Biasalah di mana-mana pun sama, bila dah dekat Ramadhan orang Ubn akan datang ke surau untuk berterawih. Penulis pun tahu, bila bukan bulan Ramadhan tak ramai yang datang ke surau.

Walaupun orang Ubn tahu penulis kuat jamaah, tapi mereka hormat kepada penulis kerana penulis tak pernah bermusuh dengan mereka seperti orang jamaah lain di kampung.

Mereka pun tahu tiada siapa yang mereka boleh harap untuk halang penulis kerana Imam tua sudah meninggal dunia. Tidak dapat tidak , walaupun penulis tidak minta , setiap kali tiba masa nak solat mereka suruh penulis jadi imam.

Penulis tunjukkan bahawa penulis tidak sama seperti Imam tua dulu, bila ada masa tertentu penulis suruh orang Ubn jadi imam. Tapi selalunya mereka tolak mungkin rasa segan terutama penulis yang jadi makmum.

Maka sebulan terawih, bila penulis ada di kampung, penulis akan jadi imam. Selang semalam selepas solat Witir , penulis akan beri tazkirah mengenai agama terutama solat dan Ramadhan.

Sehari sebelum Syawal , dua tiga orang Ubn buat perancangan secara tak nampak supaya penulis tidak baca khutbah raya. Selepas solat Isyak malam terakhir Ramadhan , orang Ubn jumpa penulis suruh penulis jadi imam solat raya, khutbah dibaca orang kampung yang jadi bilal tua masjid kampung sebelah.

Penulis kata kepada orang Ubn, “ Nanti saya bincang dengan dia” . Bila selesai solat terawih , penulis jumpa bilal itu, bagi tahu dia seeloknya imam solat yang baca khutbah.

Penulis bagi tahu kepada bilal itu, tahun ini penulis akan jadi imam dan baca khutbah. Tahun depan , penulis balik raya di rumah mertua, bilal itu boleh jadi imam dan baca khutbah.

Bilal tua itu tidak bantah sebab dia pun kenal penulis dan tahu sejarah penulis di kampung itu. Hari raya itu setelah 15 tahun , penulis jadi imam dan berkhutbah di surau.

Sebelum ini, penulis tidak dibenarkan kerana orang Ubn ada imam tua. Penulis selalu berkhutbah di surau kampung sebelah.

Penulis berkhutbah ikut teks majlis agama, cuma penulis tambah peringatan tentang kepentingan solat kerana tahu ramai yang tidak solat datang solat hari raya.

Selepas hari raya, penulis mulakan usaha dakwah ajak orang kampung solat. Tumpuan penulis adalah anak muda di kampung. Penulis jumpa mereka, cakap elok-elok , ajak mereka datang surau sebab penulis nak ajar mereka solat.

Penulis hanya bertemu dengan orang tua jamaah di kampung, penulis tidak jumpa orang tua Ubn kerana beri tumpuan kepada anak muda anak orang Ubn dan anak orang jamaah.

Peringkat awal , ada hari ramai datang, ada hari kurang kerana anak muda kampung ramai yang kerja kuat. Kait sawit, tanam pisang, kerja buruh, jaga lembu.

Penulis tidak ajar solat terus tapi lebih kepada soalan, apa yang menyebabkan mereka tidak solat. Penulis minta mereka bagi tahu setiap waktu solat , apa sebab mereka tidak solat.

Dari situ, penulis tahu mereka tidak solat kerana segan dengan ayah emak yang tidak solat, segan dengan kawan-kawan yang tidak solat, tak tahu bacaan dalam solat dan sibuk dengan kerja harian.

Penulis bagi cadangan kepada mereka supaya dapat atasi alasan mereka tidak solat. Contohnya, jika mereka tidak solat subuh kerana tidak tahu bacaan qunut, penulis bagi tahu mereka tak perlu baca qunut kerana sunat, yang wajibnya solat. Jika tidak tahu lafaz nak solat, penulis minta mereka tinggalkan, yang rukun niat bukan lafaz.

Setiap malam , penulis isi masa antara Maghrib dan Isyak dengan pengisian. Selasa malam , penulis ajar tentang solat, Rabu malam penulis baca Sirah, Khamis malam ajar dan baca tahlil dengan betul, Jumaat malam baca Yaasin.

Sabtu malam, Ahad malam dan Isnin malam jika penulis tidak balik ke rumah bertemu isteri dan anak-anak , penulis akan balik buat kerja jamaah di kawasan.

Kerja berdakwah dengan orang muda kampung yang tidak solat tidak sama semasa penulis berdakwah sehingga tertubuhnya jamaah di luar negara. Anak muda kampus di luar negara , mereka ramai solat, yang tidak solat boleh dibilang dengan jari. Justeru mudah nak bawa mereka istiqamah dengan Islam, mudah nak ajak mereka duduk dalam jamaah.

Tapi di kampung, penulis berhadapan dengan anak muda yang tidak solat, bukan mudah nak tarik hati mereka untuk ke surau. Ramai anak muda yang diajak, yang hadir separuh sahaja. Namun, penulis tidak pernah putus asa.

Kadang-kadang , walaupun hanya dua orang penulis tetap teruskan aktiviti selepas Maghrib sebelum Isyak. Dua tiga bulan awal, hanya dua tiga orang berjamaah Maghrib, Isyak dan Subuh .

Penulis tidak tinggal berdoa memohon kepada Allah untuk lembutkan hati  mereka untuk solat. Hanya Allah yang boleh membuka hati mereka, penulis hanya mampu berusaha.

Penulis juga berhadapan dengan orang kuat jamaah yang tidak mahu ke surau kerana tidak setuju dengan orang Ubn. Penulis terpaksa pujuk, bagi tahu yang sekarang penulis sentiasa ada di surau, imam tua pun dah tiada. Tidak ada alasan untuk orang kuat jamaah ini tidak ke surau.

Ada anak orang jamaah yang sedang tunggu posting jadi ustaz tinggal di kampung, tapi penulis tidak bergantung harapan kepadanya. Sebab penulis sudah ada pengalaman dengan ustaz yang kerja kerajaan. Bila diajak berjuang pelbagai alasan diberi, tapi sebenarnya mereka takut kerana sudah berakujanji dengan kerajaan.

Begitu juga dengan ustaz ini, penulis ajak tapi bantuan yang diberi tidak sesuai dengan ilmu agama yang beliau perolehi di universiti. Sepatutnya dia ke hadapan, namun dia mungkin takut dengan orang Ubn.

Pun begitu, ada kadang-kadang dia datang meramaikan jamaah di surau. Bila dia datang, penulis akan suruh dia jadi imam, kadang-kadang suruh ketuai bacaan yasin dan ajar tajwid.

Penulis berharap kepada orang kuat jamaah dan ustaz ini untuk datang ke surau bila penulis tiada di kampung. Bolehlah mereka jadi imam, solat jamaah tetap berjalan bila penulis tiada di kampung. Masalahnya, bila penulis tiada mereka juga tidak ke surau.

Bila imam tiada, masalah berlaku dan ini melemahkan semangat mereka yang sudah ada keinginan solat berjamaah. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa . Setelah lima bulan penulis di kampung, orang kampung yang berjamaah di surau bertambah. Kadang-kadang capai berbelas orang. Solat subuh pun dah capai sepuluh orang.

Mungkin ramai yang kata tak ramai sepuluh orang. Penulis nak bagi tahu, kampung penulis hanya ada kurang 50 buah rumah dan tidak pernah selama penulis hidup di kampung itu, ada sepuluh orang solat subuh berjamaah.

Penulis bersyukur kerana Allah sudah memakbulkan doa penulis membuka hati orang kampung menunaikan solat lima waktu. Walaupun tidak semua, tapi ramai yang sudah mula solat. Ada yang dulunya tidak solat Jumaat, kini sudah pergi solat Jumaat.

Dakwah penulis di kampung, masih belum selesai. Ramai lagi yang perlu didakwahkan supaya mereka sujud kepada Allah. Kena ada pendekatan untuk mereka yang tegar tidak mahu solat.

Masih banyak tugas dakwah penulis, disamping tugas jamaah yang banyak di kawasan. Baru hari ini sempat menulis sedikit catatan perjuangan.

Walaupun kerja dakwah penulis kecil berbanding mereka yang meninggalkan anak isteri berjuang di Tanah Arab , namun hanya itu kemampuan penulis. Penulis tidak mampu berdakwah kepada orang bukan Islam , cukuplah penulis berdakwah kepada orang Islam supaya sujud kepada Allah. Semoga Allah menerima amal ini.

Wassalam

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

....


Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO... Jahat dan tiada hati perut langsung!!... Kesian Betul!!
( Lihat Bukti Di Youtube )

https://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE

https://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04

https://www.youtube.com/watch?v=0tRzqwkqrC0

https://www.youtube.com/watch?v=0NuxFlS80bg

https://www.youtube.com/watch?v=SviwJnhNA-Q

https://www.youtube.com/watch?v=RowxovebgI4


Sabar ye Anak2 Muda Johor... Kalian perlu tabah..




Sumber Berita

>> Klik Di Sini <<






(( Loceng Amaran!! ))- Selepas Penjarakan Anwar. UMNO Bersiap Sedia Untuk PENJARAKAN Azmin Dan Wan Azizah Pula!!!??

Dakwaan BerNiat Jahat - Dakwa, Saman, Tangguh 90x. Peguam BODOH!!! ??

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Agenda Jahat UMNO - UMNO Mahu Musnahkan Perpaduan PR Utk Terus BKUASA!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Generasi lama, generasi muda dan generasi baru perlu berhati2 dgn tektik UMNO sekarang yg menggunakan media mereka..

Matlamat mereka hanya satu... Mahu kekal berkuasa...

Oleh itu, mereka perlu memastikan Pakatan Rakyat berpecah agar rakyat sudah tidak percaya kpd Pakatan Rakyat lg.. ( Konon nya lah )

Jadi di bawah adalah tektik mereka yg dianggap berkesan... ( Konon nya lah )

1. UMNO akan cuba habis2an agar PAS keluar dr PR... Semua cerita mereka palsu belaka..

2. UMNO akan menggunakan Anwar habis2an sbg liabiliti PKR... Sebenarnya mereka takut dgn kekuatan Anwar..

3. UMNO yg sudah hilang pengundi Cina, akan melabel DAP mcm2... Jahat mereka tak sedar, nak kata DAP pulak jahat...


Jadi, sy mohon sgt, jgn mudah percaya dan tertipu dgn permainan jahat mereka...

Tolong ye :-)


Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...