Saturday, August 23, 2014

Tulahan : Yang kita ada kuasa, buat la sunguh-sungguh



Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTQKxESeXtJL4EB4b1isyDeu3geiBWCluB2mt8TwPys9mfG3a-bWrcTpqedsgNRn8cgMHML98VQ0zpgeBShKWCyoVwkyylxrnYYobxgtnRmFcldW7VfO6QxBt8vLJSPt4QtFTJXrEMIcM/s1600/IMG_0016.JPG

Sudah lama tak menulis , banyak isu yang dah berlaku penulis tak ulas. Kadang-kadang terasa nak menulis juga mahu bagi pandangan sendiri. Bila tengok banyak sangat yang tak berkenaan bagi pandangan , penulis tak mahu serabutkan lagi.

Bila berlaku isu MB Selangor , penulis akur dengan arahan SU Agong supaya pimpinan dan ahli tidak buat kenyataan selain yang berauthoriti.

Ramai pimpinan dan ahli yang akur dengan arahan ini, tapi ramai juga yang tak ambil kisah seolah-olah arahan SU Agong bukan arahan wajib.

Macam mana ahli nak ikut arahan bila ada beberapa orang AJK Pusat yang hari-hari keluar kenyataan melalui facebook salahkan pimpinan parti kawan, salahkan sesama pimpinan. Lagak macam hero mempertahankan Presiden tapi tak sedar tindakan mereka menjatuhkan reputasi Presiden di mata umum.

Sedang Ketua Penerangan pun diam akur arahan, tapi ada AJK Pusat yang dah beraksi macam ’Ketua Penerangan’. Hebat bercakap pasal wala’, thiqah kepada pengikut tapi diri sendiri tak wala’ kepada arahan. Tak tahu la wala’ ni tak wajib kepada orang tertentu.

Ada pemimpin di sebuah negeri , punya nak londehkan pimpinan parti kawan sanggup bongkar kes balak, khazanah negeri yang diberi kepada pimpinan parti kawan. Konon nak malukan, nak kata ”padan muka hampa” tapi tak sedar tindakannya telah membuka aib pemerintahan parti sendiri.

Umno boleh senyum ada bukti parti lawan memerintah tak telus, SPRM pun dah buka fail siasatan. PRU 14 nanti, Umno akan kempen ” tuduh Umno rasuah, tapi depa lagi teruk” . Nak marah apa , Umno dah ada bukti, sendiri yang dedah.


Penulis ada sentuh perkara ini semasa pertemuan Aidilfitri dengan adik-adik alumni jamaah sekampus. Bila bercakap bab pimpinan, tiba-tiba penulis sebak rasa sedih bercerita tentang pimpinan yang dah lama bersusah untuk jamaah dihentam, dilabel , dihina oleh ahli-ahli, adik-adik baru yang kadang-kadang baru setahun bekerja bersama jamaah.

Rasa malu penulis kepada adik-adik kerana tiba-tiba saja air mata menitis kenangkan pimpinan yang dulu tidurnya berbantalkan lengan di markas, pemimpin yang tiada sumber kewangan tetap untuk sara keluarga kerana berjuang untuk jamaah, pemimpin yang sanggup merengkok dalam penjara demi perjuangan. 

Hari ini senang sahaja mereka dihentam , dihina , difitnah bukan oleh pihak lawan tapi oleh ahli-ahli sendiri, adik-adik yang masih baru, yang belum pun menerima dugaan dalam jamaah.

Penulis bagi nasihat agar adik-adik yang masih baru hendak berjuang di luar kampus supaya turun padang buat kerja di kawasan. Buatlah apa kerja yang diberi, tak perlu fikirkan sangat masalah dalam jamaah.

Biar masalah jamaah diuruskan oleh pimpinan, bagi kepercayaan kepada mereka. Tak perlulah hendak menjadi penghukum pimpinan dalam whatsapp dan facebook. Banyakkan kerja, kurangkan bercakap.

Penulis bagi tahu mereka supaya jangan takut untuk turun membantu jamaah di kawasan. Mereka perlu membantu supaya jamaah kawasan aktif bergerak terutama dalam ruang kuasa yang ada.

Sebenarnya, banyak kuasa dan ruang yang jamaah di kawasan boleh lakukan tanpa mendapat keizinan dari pemerintah. Malah Umno/bn pun tak halang untuk jamaah lakukan. Berapa ramai anak-anak ahli yang tak solat, berapa ramai anak ahli yang terlibat dengan gejala sosial.

Adakah jamaah di kawasan adakan program untuk mereka seperti kursus solat, kem motivasi akhlak? . Program dakwah untuk anak ahli tak perlu pun minta izin pemerintah, semuanya di bawah kuasa jamaah di kawasan. Penulis tahu hanya beberapa jamaah di kawasan yang buat, itu pun sekali dalam setahun.

Program kebajikan membantu rakyat tak dihalang pemerintah. Jamaah di kawasan boleh sahaja laksanakannya, dana boleh dicari untuk tampung kos membuat kebajikan kepada rakyat. Ramai je orang yang mahu memberi sumbangan jika ada usaha mencari dana kebajikan.

Persoalannya , adakah program kebajikan dilaksanakan jamaah di kawasan?. Adakah hanya mengikut musim?. Benar ada jamaah di kawasan yang melaksanakannya tapi banyak jamaah di kawasan yang tak mengutamakannya. Tak percaya, tanya berada dana lujnah kebajikan jamaah di kawasan, dari situ boleh tahu aktif atau tidak jamaah di kawasan melaksanakan program kebajikan.

Penulis hanya sentuh dua program dakwah yang boleh dilaksanakan jamaah di kawasan. Banyak program dakwah yang boleh dibuat tanpa perlu izin pemerintah, semuanya bergantung kepada jamaah di kawasan.

Semua tahu jamaah tak dapat laksanakan hukum hudud kerana tak dapat izin pemerintah, perlu pinda perlembagaan. Jika sudah tahu begitu, tumpulah kepada usaha dakwah yang jamaah ada kuasa melaksanakannya. Disamping berusaha agar hukum hudud dapat keizinan pemerintah, aktifkanlah program dakwah yang tak perlu pun izin pemerintah.

Wassalam

1 comment:

randy said...

Hi, very interesting post thanks for sharing. Can I contact your through your email. Thanks!

Randy
randydavis387 at gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...