Salam,
Bulan sudah penulis ada bersembang dengan Adun kawasan
penulis. Penulis beritahunya bahawa dia kira beruntung jadi Adun di kawasan
penulis yang ramai ahli jamaah. Selepas jadi wakil rakyat, dalam masa 3 bulan
pejabat tak ramai yang datang macam tempat lain.
Penulis kemudian cerita kepadanya tentang seorang Adun
jamaah di Kuantan yang sampai sekarang, tiap-tiap hari mesti ada yang datang ke
pejabat Adun berkenaan minta bantuan. Kawasan Adun berkenaan tak macam di
kawasan penulis, kerana ramai orang keris yang susah dan melarat.
Orang-orang keris ni dah anggap wakil rakyat tempat
minta bantuan macam kerajaan. Mereka tak fikir dah bahawa wakil rakyat
pembangkang tak dapat peruntukan, yang mereka tahu minta dan minta. Penulis
bukan cerita bohong tapi, penulis dengar sendiri kuliah Adun ini dan baca buku
nukilan Adun ini.
Penulis bagi tahu Adun kawasan penulis, dana yang
disumbang kepada fakir miskin dan anak yatim di kawasan penulis setiap kali
Ramadan hampir RM 100 ribu untuk satu parlimen. Namun, Adun ini cari dana lebih
RM 200 ribu untuk satu DUN semasa Ramadan lepas.
Macam-macam ujian Adun ini hadapi sejak mula jadi Adun
sampai sekarang. Mula jadi Adun berlaku ribut, berpuluh buah rumah rosak dan
hilang bumbung. Jika di kawasan penulis, jamaah dan wakil rakat hanya mampu
bagi sedikit sumbangan kepada mangsa tapi Adun ini sanggup berusaha cari dana beratus
ribu untuk baiki hampir semua rumah yang kena ribut.
Ramai akan bertanya, macam mana Adun ini mudah mendapat
dana sumbangan luar? Kerana barakah sumbangan orang ramai yang diberi kepadanya,
tidak disimpan lama-lama. Sebaliknya , diserah kepada yang berhak ke atas
sumbangan itu. Ibarat makanan yang kita makan perlu dikeluarkan untuk masuk
makanan lain. Bacalah buku nukilannya kalau nak tahu.
Penulis dah banyak kali cakap perkara ini di kawasan
penulis, penulis bagi tahu bila sumbangan yang diberi oleh orang ramai,
disalurkan kepada yang berhak. Allah akan membuka hati manusia memberi
sumbangan dan menambah sumbangan.
Namun, masih ramai yang tak faham dan buat-buat tak
faham. Payahnya nak dikeluarkan sumbangan kepada yang memerlukan sedangkan
masih banyak dana sumbangan yang disimpan. Benar, jangan terlalu mudah dikeluarkan
tapi jika ada yang berhak tidak menerima haknya. Apa kita nak jawab dihadapan
Allah kelak?
Jangan takut dana kebajikan semakin kurang kerana Allah
akan memberi pertolonganNya. Yang penting kita sebagai pejuang Islam kena yakin
kepada pertolongan Allah.
Buktinya, sudah ada iaitu Adun jamaah yang penulis
ceritakan tadi. Walaupun , diuji dengan banjir besar yang melanda penduduk
dalam Dun yang diwakili. Namun, lihatlah beliau mengendalikannya, lihatlah
betapa ramai yang memberi pertolongan dan sumbangan.
Terkini, penulis pun rasa malu apabila Adun ini dapat
memberi sumbangan pakaian sekolah kepada lebih 500 pelajar miskin dan anak
yatim dalam Dunnya. Sedangkan, kawasan penulis satu parlimen hanya mampu beri
sumbangan kepada 200 pelajar miskin dan anak yatim setiap tahun.
Sepatutnya, wakil rakyat jamaah di mana sahaja kena
contohi Adun ini. Tak kira susah dan sukar macam mana pun beliau tetap akan
berusaha bantu rakyat di kawasannya.
Sesetengah wakil rakyat, bila dah jadi wakil rakyat
mula nak tunjuk lagak. Satu penggal ok lagi, bila naik dua penggal dah mula tak
mahu ambil tahu masalah rakyat.
Urusan hanya yang nasional-nasional, bila bagi tahu
masalah rakyat macam-macam alasan. Letih la, banyak urusan luarlah, ada
persidangan dewanlah.
Bila dah lama jadi YB, mula nak pakai kereta
besar-besar, mula nak guna keistimewaan pakai cermin gelap. Mula nak melancong
sana, melancong sini. Rakyat dah mula dilupa kerana dok ingat mai pilihanaraya,
dia akan menang lagi.
Sampai ada yang dok tunjuk kuasa dengan staff sendiri,
tak hormat dah staffnya tu tua daripadanya. Bila nak marah, tinggi suara dengan
staff. Bukan apa , kerana rasa staff dok makan gaji dengannya. Bila sendiri
buat salah, diletaknya kesalahan kepada staff.
Hinggakan kadang-kadang, gajinya dah masuk dibiarnya
staff tertunggu-tunggu bila YB nak bagi gaji. Dia ingat, staff tak ada anak
bini nak bagi makan, dia ingat staff ada duit macam dia. Sedangkan staff
berharap dengan duit gaji tu nak selesaikan urusan kewangan anak bini.
Harap tiadalah wakil rakyat jamaah yang berperangai sebegini.
Namun, jika ada tunggulah masanya kerana Allah Maha Adil.
Wassalam
No comments:
Post a Comment