Saturday, November 17, 2012

Tulahan : Ketua Pemuda tak perlu berlakon, turun ke medan realiti


Salam,

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2011/05/tantawi.jpgBila penulis menulis tentang anak muda di kawasan penulis, nampak bersifat tempatan. Namun, apa yang berlaku di kawasan itulah juga berlaku di seluruh negara.

Apabila penulis mengikuti secara live perbahasan pemuda jamaah. Pembahas juga menyentuh persoalan mendekati anak muda. Pemuda pusat dilihat tidak mendepani isu, tidak berada di tengah-tengah anak muda, tidak berada di medan realiti.

Anak muda sekarang mahu pemimpin mereka bukan sekadar bercakap tapi berada di depan. Mereka mahu pemimpin yang berani, pemimpin yang menjuarai isu rakyat.

Pada masa sekarang , isu-isu rakyat dibawa dan dijuarai oleh parti lain dalam PR dan NGO tertentu. Tidak ada seperti Mazlan Aliman dalam pemuda dalam isu felda, tidak ada seperti Mahfuz Omar dalam pemuda dalam isu AES. 

Anak muda mahu pemimpin pemuda seperti Cikgu Bard. Anak muda melihat bagaimana Cikgu Bard masuk lokap, dibelasah teruk polis , di maki hamun samseng UMNO. Anak muda mencari siapa pemimpin pemuda pusat yang sama seperti Cikgu Bard.

Apabila Cikgu Bard dan NGO anak muda Samm mendedahkan isu demi isu, berdepan muka dengan pemimpin UMNO menyeleweng. Anak muda bertanya di mana pemuda pusat? Tidak hairanlah ramai anak muda jamaah memilih untuk menyertai Samm.


Jika pun tidak ada pemimpin pemuda seberani Cikgu Bard untuk berdepan fizikal memimpin anak muda. Anak muda mahu pemuda pusat menjuarai isu-isu rakyat seperti pemimpin muda PKR Rafizi Ramli.

Sebenarnya, bukan tidak ada pemimpin pemuda pusat yang berani. Suatu ketika dulu, pemuda pusat juga banyak menjuarai isu-isu rakyat . Nama Suhaizan Kayat memang dikenali banyak mendedahkan banyak isu-isu rakyat.

Sekarang pun nama Suhaizan masih kedengaran tapi hanya di Johor . Bila kita mendengar rumah rakyat hendak diroboh, di situ ada Suhaizan Kayat.

Penulis sangat bersetuju dengan pembahas Perak yang meminta pemimpin pemuda pusat bukan hanya menjadi pemimpin di pusat tetapi juga berada bersama anak muda di kawasan. 
 
Bila mereka di kawasan, barulah pemuda pusat memahami kehendak anak muda, menjadi ikon anak muda di kawasan sendiri.

Pembahas Perak bukan bercakap kosong kerana beliau sekarang adalah ikon anak muda  di kawasannya. Pelbagai aktiviti, pelbagai usaha mendekati pemuda dari pelbagai tahap akademik, pekerjaan, taraf hidup.
Benar juga pandangan pembahas NS bahawa Pemuda pusat sekarang dilihat lebih memberi penumpuan kepada anak muda kampus. Anak muda kampus diberi perhatian sedangkan mereka bukanlah mewakili majoriti anak muda . 

Masalah yang berlaku di kampus , pemuda pusat anggap perkara sama berlaku kepada pemuda di kawasan. Persaingan jamaah yang hebat di kampus sehingga menwujudkan persaingan fikrah . Itulah juga yang dibawa Pemuda pusat ke kawasan sehingga menimbulkan masalah pimpinan jamaah di kawasan.

Pemuda pusat kena faham, anak muda jamaah di kawasan jika ditanya mereka jamaah Jim, Ikram , Isma . Semua itu mereka tidak kenal jadi tak perlulah lakukan apa yang dilakukan di U dalam dan luar negara. Sekat pemimpin itu dan ini kerana kononnya fikrahnya songsang. Sedangkan mereka yang disekat Ajk pusat dan negeri.

Kawasan penulis sendiri, Ahli Parlimennya berlatar belakang Jim. Namun, sejak dia jadi Ahli Parlimen tidak ada seorangpun Ajk pemuda, muslimat, kawasan mahupun cawangan yang berubah fikrah menyokong Jim/Ikram.  

Penulis tahu , tumpuan Pemuda pusat kepada kampus kerana tahu pimpinan kampus inilah akan menjadi pemimpin jamaah pada masa depan. Tapi, perlu ingat berapa peratus pemimpin jamaah kampus ini yang bergiat dengan jamaah.

Pengalaman membuktikan, ramai yang keluar kampus tidak berani berjuang . Adakah  fikrah mereka sudah jelas jika  tidak berani berjuang?. Sepatutnya, pemuda pusat perlu selesaikan masalah kenapa pimpinan kampus ini jadi begitu takut. 

Masalah ini bukan sahaja melanda  lulusan akademik biasa, malah lulusan al-Azhar dan lulusan agama U  tempatan.  Manakah lebih baik Kerani cabuk kerja di pejabat kerajaan yang berani berjuang dengan  seorang ustaz sekolah kerajaan yang takut akujanji?

Pembahas Penang sama juga seperti pembahas Penang zaman Hafiz Nordin. Ucapannya, jamaah mesti mendominasi PR, perjuangan bukan hanya untuk Putrajaya tapi mencapai keredhaan Allah. Jika zaman Hafiz Nordin, penulis tanya berapa kerusi jamaah menang di Penang. Jika hanya 1 kerusi bagaimana nak dominasi PR.

Penulis kemukakan soalan kepada pembahas Penang. Berapa orang pemuda penang daftarkan sebagai pemilih untuk menang pilihanraya. Jika pemuda penang dah daftar ramai pengundi  sehingga boleh menang banyak kerusi barulah boleh bercakap jamaah dominasi PR.  

Penulis kerap sekarang mendengar ucapan perjuangan mesti bertujuan mencapai redha Allah. Kena ingat , anggota jamaah yang giat daftar pemilih baru, walaupun kerja itu namanya tak islamik namun kerja itu juga mampu capai keredhaan Allah.

Bagi mencapai kemenangan banyak kerusi yang membolehkan jamaah mendominasi PR. Adakah pemuda penang sudah dekati anak muda di setiap Dun yang jamaah akan tandingi?.

Bukan hanya bagi kuliah agama tetapi aktiviti yang menjiwai anak muda. Berdakwah bukan hanya kuliah tapi lebih dari itu.  Anak muda di Penang dahagakan sentuhan dakwah Pemuda Penang jadi dekati mereka dengan hikmah.

Menjiwai anak muda bukan menghukum mereka. Jika kita dekati anak muda yang merokok tak perlulah kita bawa hukum haram bagi perokok. Larilah mereka, kenapa kita sentiasa nampak yang negatif pada anak muda sehingga anak muda takut dengan pemuda jamaah.

Pembahas Terengganu mungkin tidak menyelongkar sejarah apa yang dibuat oleh Dr Muhaimin semasa mendekati artis zaman Yb Salehudin sebagai Ketua Pemuda. Selak balik sejarah pendekatan pemuda pusat dengan artis. Benar , semasa itu kurang artis tapi pendekatan bersama artis tetap ada.

Sekarang, memang ramai artis bersama jamaah. Adakah itu peranan pemuda pusat sekarang ? Tahniahlah pemuda pusat terbitkan filem pendek Oley dengan pembabitan artis. Namun , untuk berlakon ini tak perlulah Ketua Pemuda, Timbalan dan Ajk nak berlakon juga. Bagilah kepada artis dan anak muda lain yang boleh berlakon.

Kepimpinan pemuda pusat kena turun ke medan  realiti. Juarai isu rakyat, berdepan dengan polis, berdepan dengan penguasa zalim, dekati anak muda , dekati anak muda bermasalah juga pondan di Chow Kit.

Percayalah anak muda akan menjadikan  ketua pemuda dan mana-mana pemimpin pemuda sebagai ikon jika pemuda pusat mendepani isu rakyat dan menjiwai anak muda. 

Jika tidak , pemimpin pemuda pusat akan hanya menjadi ikon dalam kelompok sendiri. Hanya menjadi sebutan, kekaguman anak muda kampus yang bergiat dengan jamaah.

Kembalikanlah zaman Yb Mahfuz dan Yb Salaehudin yang menjiwai anak muda sehingga anak muda cukup kenal dengan bila disebut nama Mahfuz dan Salehuddin. 

Bukanlah maksud penulis mahu Ketua Pemuda dan ajknya kena masuk penjara seperti Mahfuz dan Salehudin. Bukan maksud penulis mahu Ketua Pemuda dan ajknya dibelasah seperti yang terjadi kepada Cgu Bard. Itu bukan doa penulis.

Namun, jika itu yang terjadi kerana keberanian Ketua Pemuda  dan ajk berhadapan dengan regim zalim. Bukankah itu menandakan kepimpinan pemuda jamaah yang benar-benar melaksanakan apa yang dicakapkan.

Bukahkah dalam usrah, tamrin, ijtimak tarbawi anak muda disuntik semangat jihad untuk berani berhadapan dengan kezaliman pemerintah. Bukankah syahid menjadi cita-cita.

Peranan kepimpinan pemuda sekarang adalah bersama anak muda semua tahap umur pemuda, tahap pendidikan, tahap pengetahuan agama, taraf hidup dan pekerjaan. Bukan hanya menjurus kepada kelompok – kelompok tertentu sahaja.

Berilah tugas penyatuan fikrah, pembersihan fikrah songsang kepada Dewan Ulama. Fahamilah ingatan seorang pembahas supaya kepimpinan  pemuda jangan jadi ‘ Tua sebelum masanya’.

Wassalam

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...



UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...