Salam,
Bila penulis menulis tentang anak muda di kawasan
penulis, nampak bersifat tempatan. Namun, apa yang berlaku di kawasan itulah
juga berlaku di seluruh negara.
Apabila penulis mengikuti secara live
perbahasan pemuda jamaah. Pembahas juga menyentuh persoalan mendekati anak muda.
Pemuda pusat dilihat tidak mendepani isu, tidak berada di tengah-tengah anak
muda, tidak berada di medan realiti.
Anak muda sekarang mahu pemimpin mereka
bukan sekadar bercakap tapi berada di depan. Mereka mahu pemimpin yang berani,
pemimpin yang menjuarai isu rakyat.
Pada masa sekarang , isu-isu rakyat dibawa dan dijuarai oleh parti lain dalam PR dan NGO tertentu. Tidak ada seperti
Mazlan Aliman dalam pemuda dalam isu felda, tidak ada seperti Mahfuz Omar dalam
pemuda dalam isu AES.
Anak muda mahu pemimpin pemuda seperti
Cikgu Bard. Anak muda melihat bagaimana Cikgu Bard masuk lokap, dibelasah teruk
polis , di maki hamun samseng UMNO. Anak muda mencari siapa pemimpin pemuda
pusat yang sama seperti Cikgu Bard.
Apabila Cikgu Bard dan NGO anak muda Samm
mendedahkan isu demi isu, berdepan muka dengan pemimpin UMNO menyeleweng. Anak
muda bertanya di mana pemuda pusat? Tidak hairanlah ramai anak muda jamaah
memilih untuk menyertai Samm.
Jika pun tidak ada pemimpin pemuda seberani
Cikgu Bard untuk berdepan fizikal memimpin anak muda. Anak muda mahu pemuda
pusat menjuarai isu-isu rakyat seperti pemimpin muda PKR Rafizi Ramli.
Sebenarnya, bukan tidak ada pemimpin pemuda
pusat yang berani. Suatu ketika dulu, pemuda pusat juga banyak menjuarai
isu-isu rakyat . Nama Suhaizan Kayat memang dikenali banyak mendedahkan banyak
isu-isu rakyat.
Sekarang pun nama Suhaizan masih kedengaran
tapi hanya di Johor . Bila kita mendengar rumah rakyat hendak diroboh, di situ
ada Suhaizan Kayat.
Penulis sangat bersetuju dengan pembahas
Perak yang meminta pemimpin pemuda pusat bukan hanya menjadi pemimpin di pusat
tetapi juga berada bersama anak muda di kawasan.
Bila mereka di kawasan, barulah pemuda
pusat memahami kehendak anak muda, menjadi ikon anak muda di kawasan sendiri.
Pembahas Perak bukan bercakap kosong kerana
beliau sekarang adalah ikon anak muda di
kawasannya. Pelbagai aktiviti, pelbagai usaha mendekati pemuda dari pelbagai
tahap akademik, pekerjaan, taraf hidup.
Benar juga pandangan pembahas NS bahawa Pemuda pusat sekarang dilihat lebih memberi penumpuan kepada anak muda kampus.
Anak muda kampus diberi perhatian sedangkan mereka bukanlah mewakili majoriti
anak muda .
Masalah yang berlaku di kampus , pemuda
pusat anggap perkara sama berlaku kepada pemuda di kawasan. Persaingan jamaah yang
hebat di kampus sehingga menwujudkan persaingan fikrah . Itulah juga yang
dibawa Pemuda pusat ke kawasan sehingga menimbulkan masalah pimpinan jamaah di
kawasan.
Pemuda pusat kena faham, anak muda jamaah
di kawasan jika ditanya mereka jamaah Jim, Ikram , Isma . Semua itu mereka
tidak kenal jadi tak perlulah lakukan apa yang dilakukan di U dalam dan luar
negara. Sekat pemimpin itu dan ini kerana kononnya fikrahnya songsang.
Sedangkan mereka yang disekat Ajk pusat dan negeri.
Kawasan penulis sendiri, Ahli Parlimennya
berlatar belakang Jim. Namun, sejak dia jadi Ahli Parlimen tidak ada seorangpun
Ajk pemuda, muslimat, kawasan mahupun cawangan yang berubah fikrah menyokong
Jim/Ikram.
Penulis tahu , tumpuan Pemuda pusat kepada
kampus kerana tahu pimpinan kampus inilah akan menjadi pemimpin jamaah pada
masa depan. Tapi, perlu ingat berapa peratus pemimpin jamaah kampus ini yang
bergiat dengan jamaah.
Pengalaman membuktikan, ramai yang keluar
kampus tidak berani berjuang . Adakah
fikrah mereka sudah jelas jika
tidak berani berjuang?. Sepatutnya, pemuda pusat perlu selesaikan
masalah kenapa pimpinan kampus ini jadi begitu takut.
Masalah ini bukan sahaja melanda lulusan akademik biasa, malah lulusan
al-Azhar dan lulusan agama U
tempatan. Manakah lebih baik
Kerani cabuk kerja di pejabat kerajaan yang berani berjuang dengan seorang ustaz sekolah kerajaan yang takut
akujanji?
Pembahas Penang sama juga seperti pembahas
Penang zaman Hafiz Nordin. Ucapannya, jamaah mesti mendominasi PR, perjuangan
bukan hanya untuk Putrajaya tapi mencapai keredhaan Allah. Jika zaman Hafiz
Nordin, penulis tanya berapa kerusi jamaah menang di Penang. Jika hanya 1
kerusi bagaimana nak dominasi PR.
Penulis kemukakan soalan kepada pembahas
Penang. Berapa orang pemuda penang daftarkan sebagai pemilih untuk menang
pilihanraya. Jika pemuda penang dah daftar ramai pengundi sehingga boleh menang banyak kerusi barulah
boleh bercakap jamaah dominasi PR.
Penulis kerap sekarang mendengar ucapan
perjuangan mesti bertujuan mencapai redha Allah. Kena ingat , anggota jamaah
yang giat daftar pemilih baru, walaupun kerja itu namanya tak islamik namun kerja
itu juga mampu capai keredhaan Allah.
Bagi mencapai kemenangan banyak kerusi yang
membolehkan jamaah mendominasi PR. Adakah pemuda penang sudah dekati anak muda
di setiap Dun yang jamaah akan tandingi?.
Bukan hanya bagi kuliah agama tetapi
aktiviti yang menjiwai anak muda. Berdakwah bukan hanya kuliah tapi lebih dari
itu. Anak muda di Penang dahagakan
sentuhan dakwah Pemuda Penang jadi dekati mereka dengan hikmah.
Menjiwai anak muda bukan menghukum mereka.
Jika kita dekati anak muda yang merokok tak perlulah kita bawa hukum haram bagi
perokok. Larilah mereka, kenapa kita sentiasa nampak yang negatif pada anak
muda sehingga anak muda takut dengan pemuda jamaah.
Pembahas Terengganu mungkin tidak
menyelongkar sejarah apa yang dibuat oleh Dr Muhaimin semasa mendekati artis
zaman Yb Salehudin sebagai Ketua Pemuda. Selak balik sejarah pendekatan pemuda
pusat dengan artis. Benar , semasa itu kurang artis tapi pendekatan bersama
artis tetap ada.
Sekarang, memang ramai artis bersama
jamaah. Adakah itu peranan pemuda pusat sekarang ? Tahniahlah pemuda pusat
terbitkan filem pendek Oley dengan pembabitan artis. Namun , untuk berlakon ini tak
perlulah Ketua Pemuda, Timbalan dan Ajk nak berlakon juga. Bagilah kepada artis
dan anak muda lain yang boleh berlakon.
Kepimpinan pemuda pusat kena turun ke medan
realiti. Juarai isu rakyat, berdepan
dengan polis, berdepan dengan penguasa zalim, dekati anak muda , dekati anak
muda bermasalah juga pondan di Chow Kit.
Percayalah anak muda akan menjadikan ketua pemuda dan mana-mana pemimpin pemuda
sebagai ikon jika pemuda pusat mendepani isu rakyat dan menjiwai anak muda.
Jika tidak , pemimpin pemuda pusat akan
hanya menjadi ikon dalam kelompok sendiri. Hanya menjadi sebutan, kekaguman
anak muda kampus yang bergiat dengan jamaah.
Bukanlah maksud penulis mahu Ketua Pemuda dan
ajknya kena masuk penjara seperti Mahfuz dan Salehudin. Bukan maksud penulis mahu
Ketua Pemuda dan ajknya dibelasah seperti yang terjadi kepada Cgu Bard. Itu
bukan doa penulis.
Namun, jika itu yang terjadi kerana
keberanian Ketua Pemuda dan ajk
berhadapan dengan regim zalim. Bukankah itu menandakan kepimpinan pemuda jamaah
yang benar-benar melaksanakan apa yang dicakapkan.
Bukahkah dalam usrah, tamrin, ijtimak tarbawi
anak muda disuntik semangat jihad untuk berani berhadapan dengan kezaliman
pemerintah. Bukankah syahid menjadi cita-cita.
Peranan kepimpinan pemuda sekarang adalah
bersama anak muda semua tahap umur pemuda, tahap pendidikan, tahap pengetahuan
agama, taraf hidup dan pekerjaan. Bukan hanya menjurus kepada kelompok – kelompok
tertentu sahaja.
Berilah tugas penyatuan fikrah, pembersihan
fikrah songsang kepada Dewan Ulama. Fahamilah ingatan seorang pembahas supaya
kepimpinan pemuda jangan jadi ‘ Tua
sebelum masanya’.
Wassalam
1 comment:
UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?
2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
~ BUKTI 3 ~
~ BUKTI 4 ~
Post a Comment