Tuesday, July 31, 2012

Kamus Ramadhan 4 : Rukhsah Al-Fitri , Zakat Al-Fitri , Sahur

http://al-ikhwan.net/wp-content/uploads/2012/07/sahur.jpgرُّخْصَةُ الْفِطْرِ

Rukhsah Al-Fitri (Dispensasi/Berbuka)

Di antara kemudahan ajaran Islam adalah Allah swt. memberi dispensasi bagi  musafir untuk berbuka pada siang hari di bulan Ramadhan, baginya berat berpuasa atau tidak.

Dari Hamzah bin Amru Al-Aslami ra, berkata: “Wahai Rasulullah saw: Saya mendapati bapa saya kuat untuk berpuasa semasa musafir, maka apakah itu dosa? Nabi bersabda: “Itu merupakan keringanan dari Allah, maka bagi siapa yang mengambil maka baik baginya dan bagi siapa yang suka untuk berpuasa maka tidak ada dosa atasnya.” (Muslim)

“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang mengambil rukhsah yang diberikan, sebagaimana Allah membenci orang yang melakukan maksiat.” (Muslim)

Syaikh Abdul Aziz bin Baz berkata: “Bahawa yang utama bagi orang yang berpuasa adalah berbuka secara mutlak jika dalam perjalanan, namun bagi yang ingin berpuasa dipersilakan dan tidak ada dosa atasnya. Tidak ada perbezaan antara orang yang musafir dengan menggunakan kereta, unta,  perahu  kapal laut, atau pesawat terbang, kerana semuanya mencakupi bahagian dari musafir yang boleh mengambil rukhsahnya.” (Majmu’ fatawa, syikh bin Baz, 4/178, ringkasan)
ز
زَّكَاةُ الْفِطْرِ

Zakat Al-Fitri (Menunaikan Zakat Fitrah)

Allah swt. mensyariatkan zakat fitrah sebelum ditunaikan solat Eidulfitri.

 “Zakat fitrah untuk membersihkan jiwa orang yang berpuasa dari laghwu (senda gurau) dan rafats (perkataan kotor), sekaligus memberikan makan kepada orang-orang miskin. Bagi siapa yang menunaikannya sebelum solat maka ia merupakan zakat fitrah yang makbul dan barangsiapa yang menunaikannya setelah solat Eidulfitri, maka ia merupakan sedekah biasa.” (Baihaqi dan ditashih oleh Al-Albani).

Di antara hukum-hukumnya adalah:
  1. Wajib atas setiap jiwa seorang muslim untuk mengeluarkannya, dan juga anggota keluarganya iaitu anak-anaknya, isteri-isterinya dan pembantunya (atau orang yang berada dibawah tanggungannya).
  2. Pembantu yang memiliki kewajiban berzakat atas dirinya, maka disunnahkan bagi orang yang  mengambilnya sebagai pembantu untuk membayarkan zakatnya.
  3. Besarnya zakat adalah satu sha’, berupa makanan pokok suatu negeri; seperti tamr, sya’ir, bur (gandum), dzurrah (jagung) atau aruz (beras). Satu sha’ sama dengan 3 kg.
  4. Orang yang yang berada dalam kandungan tidak diwajibkan untuk dikeluarkan zakatnya, namun disunnahkan.
  5. Sunnahnya diserah terus kepada orang-orang miskin di daerah tempat muzakki tinggal dan tidak memindahkannya ke daerah lain.
  6. Boleh mengeluarkannya satu atau dua hari sebelum idul fitri, atau pada malam ke 28 dan ke 29.
س
سَّحُوْرُ

Sahur (Makan Sahur)

“Perbezaan antara puasa kami dan puasa ahlu kitab adalah makan sahur.” (Muslim)

“Bersahurlah, kerana dalam sahur itu ada berkah.” (Muttafaq alaih)

“Makan Sahur adalah barakah, maka jangan tinggalkan walau hanya menikmati dengan satu teguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya selalu bersama orang-orang yang makan sahur.” (Ahmad dan di hasankan oleh Al-Albani)

Sunnah sahur adalah di akhirkan:

“Tiga perkara yang merupakan akhlak nabi saw.: Menyegerakan berbuka, mengakhirkan sahur dan meletakkan tangan di atas tangan kiri dalam solat.” (Thabrani dan di shahihkan oleh Al-Albani)

 “Sebaik-baik sahur adalah tamar (Kurma).” (Ibnu Hibban dan di shahihkan oleh Al-Albani) (bersambung - Kamus Ramadhan 5) - al-ikhwan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...