Disebutkan oleh Al-Qadhi Abu Ali At-Tanukhi, dia
mengatakan: Dahulu kala hiduplah seorang lelaki yang terkenal zuhud dan
kuat ibadatnya, dialah Labib Al-Abid.
Dia datang ke pintu gerbang negeri
Syam dari arah barat kota Baghdad, sebuah tempat yang menjadi laluan
banyak orang.
Labib kemudian berkata kepadaku: Dahulu aku adalah seorang hamba Rom, milik salah seorang tentara. Dialah yang merawat dan mengajarku cara bermain pedang sehingga aku pun mahir memainkannya sehingga merasa benar-benar perkasa.

Demi menjalin persaudaraan dan untuk mengawal
hartanya, walaupun aku telah dimerdekakan sepeninggalannya, aku kemudian
menikahi isterinya. Aku yakin, Allah SWT. telah mengetahui bahawa apa
yang kuperbuat itu tiada lain sekadar untuk menjaganya. Aku tinggal
bersamanya beberapa tahun.
Selama hidup berumahtangga dengannya, suatu hari kulihat seekor ular menyelinap dalam bilik kami. Aku lalu memegang ekornya untuk kubunuh, tetapi ular itu berpatah balik menyerangku dan berjaya mematuk tanganku hingga menjadi lumpuh.

Setelah tanganku yang satu mengalami lumpuh, selang beberapa waktu kemudian tanganku yang satu lagi menyusul
lumpuh pula tanpa sebab- sebab yang jelas. Seterusnya kedua kakiku juga
lumpuh, mataku menjadi buta dan terakhir aku menjadi bisu. Kemalangan
ini ku alami selama satu tahun.
Demikianlah keadaanku yang sangat buruk, kecuali hanya telingaku yang masih mampu menangkap segala percakapan. Aku terbaring tiada berdaya:

Aku selalu diberi minum semasa aku merasa tidak dahaga, sementara itu
dibiarkan kehausan semasa aku kenyang, dan dibiarkan ketika aku merasa
lapar. Setelah berlaku satu tahun, datanglah seorang wanita menjumpai
isteriku.
Dia bertanya kepada isteriku, Bagaimana keadaan Abu Ali Labib? Dia tidak hidup dan tidak juga mati, sehingga hal ini membuatku bimbang dan hatiku menjadi sangat sedih, jawab isteriku.
Mendengar hal itu, dalam hatiku lalu mengadu kepada Allah dan berdoa. Dalam keadaan menderita sakit yang seperti ini sedikit pun dalam jiwaku tidak merasakan sesuatu.
Pada suatu hari, aku merasa seakan-akan menerima pukulan sangat kuat yang hampir membuatku binasa. Hal itu terus berlaku hingga tengah malam atau mungkin sudah lewat tengah malam, kemudian sedikit demi sedikit rasa sakitku ini mula hilang, akhirnya aku dapat tidur.
Keesokan hari ketika terjaga dari tidur, kurasakan tangan ini telah berada di atas dada, padahal selama ini kaku tidak berdaya di atas tempat tidur kerana mengalami kelumpuhan.

Kucuba untuk bergerak dan
ternyata berjaya. Melihat hal ini, aku merasa gembira dan yakin bahawa
Allah akan memberikan kesembuhan.
Kucuba menggerakkan tanganku yang lain dan ternyata dapat kugerakkan pula. Aku juga mencuba memegang salah satu kakiku dan berjaya memegangnya, dan kukembalikan tanganku pada keadaan semula, hal ini kulakukan pula pada tanganku yang lain.

Selepas itu aku ingin mencuba
membalikkan tubuhku dan ternyata dapat kubalikkan dan bahkan aku mampu
duduk lagi.
Kemudian, aku bermaksud untuk berdiri dan ternyata aku juga
mampu melakukannya, lalu ku cuba lagi turun dari pembaringan, yang selama
ini tubuhku terbaring. Tempat tidurku itu berada di sebuah bilik yang
ada di rumahku.
Dalam kegelapan aku cuba untuk mencari pintu bilik dengan meraba-raba dinding bilik, sebab mataku belum dapat melihat dengan terang. Akhirnya aku berjaya mencapai teras rumah dan di sana aku dapat memandang langit dan bintang-bintang yang berkedip.

Kerana perasaan kegembiraan yang
tiada terkira hampir menghentikan detik jantungku, dan segera terlontar
dari bibirku rasa syukur kepada-Nya: Wahai Zat Yang Maha Kaya
Kebaikan-Nya! Hanya Milik-Mulah segala puji.
Setelah itu aku pun
berteriak memanggil isteriku dan dia segera datang menemuiku lalu
berkata, Abu Ali? Sekarang inilah aku menjadi Abu Ali yang
sebenarnya. Dan kini nyalakanlah lampu, kataku kepadanya.
Isteriku segera pula menyalakan lampu, dan kemudian kuperintahkan kepadanya untuk mengambilkan sebuah gunting. Dia pun datang dengan membawa gunting yang kumaksud, dengan gunting itulah kupotong misaiku.

Isteriku lalu berkata kepadaku, Apa yang hendak kamu lakukan? Bukankah
teman-temanmu telah mencelamu? Selepas ini, aku tidak akan melayani
seorang pun kecuali hanya Tuhanku semata-mata, jawabku.
Seterusnya
kugunakan seluruh waktuku untuk menghadap kepada Allah SWT. dan tekun
beribadat.
Al-Qadhi Abu Ali meneruskan ceritanya kembali, bahawa Abu Ali
Labib Al Abib adalah seorang yang mustajab doanya.
No comments:
Post a Comment