Salam,
Membaca tulisan Dr. Mariah di sini, penulis
rasa simpati kepada mereka yang bernama wakil rakyat terutamanya wakil rakyat
PR. Simpati lebih lagi kepada wakil rakyat PR di negeri pemerintahan BN, yang
dinafikan peruntukan.
Ada YB yang bergolok bergadai kerana nak
tunai kehendak rakyat. Ada YB yang hutang keliling pingang kerana nak penuhi
permintaan rakyat.
Beruntunglah YB jika jamaah kawasan banyak
membantu, bantu jaga kebajikan rakyat dan aktif adakan aktiviti bersama rakyat.
YB hanya tumpang sampaikan kepada penerima, YB cuma hadir dalam aktiviti yang
jamaah kawasan jalankan.
Lebih mantap lagi bila YB pun turut turun
padang cari dana kebajikan untuk rakyat, YB pun turut sama merancang aktiviti
bersama rakyat.
Malanglah bagi YB jika jamaah kawasan juga
bergantung harap kepada YB. Semua YB yang kena, dah la kena tolong rakyat .
Jamaah kawasan pun mengharap dana dari YB untuk bergerak.
Lebih malanglah bagi YB yang tak mahu
bersama jamaah kawasan , dah rasa yakin boleh bergerak sendiri. Tak mahu dikawal
jamaah kawasan. Bila tidak ada yang
mengawal, tidak ada yang memantau maka tidak ada yang menegur.
Tahu sahaja bila dah bergerak sendiri. Dana
kena cari sendiri, aktiviti kena buat sendiri. Jika terdesak, nak minta tolong
jamaah kawasan dah malu.
Akhirnya, terpaksa berhutang sana sini. Hutang sana
bayar hutang sini, hutang sini bayar hutang sana. Diri sendiri yang terpaksa
tanggung, nak buat macam mana.
Sungguhpun begitu, ramai wakil rakyat jamaah yang berjaya melepasi ujian ini
walaupun ada yang gagal bertahan.
Bagaimana nak tahu wakil rakyat jamaah itu
berjaya ? bila jamaah masih mahu kekalnya sebagai calon, bila ahli jamaah
sayang kepadanya, bila rakyat tidak benci kepadanya. Nak tahu wakil rakyat yang
tak berjaya ? sebaliknyalah.
Walaupun , susahnya jadi YB. Masih ramai
yang teringin nak jadi calon, ramai yang berharap terpilih jadi calon.
Penulis cuma berharap janganlah ada dalam
jamaah mereka yang pasang pengikut untuk berkempen supaya terpilih jadi calon.
Jangan ada yang tak terpilih jadi calon sanggup
perlekeh calon yang dipilih jamaah. Jangan pula berpakat dengan pengikut sama
naik reka cerita bukan-bukan untuk
burukkan calon yang dipilih.
Jangan ada yang terasa hati sebab tak
terpilih jadi calon sehingga lemah semangat nak buat kerja bantu jamaah.
Sekarang masa untuk berkerja memenangkan
jamaah bukan masa melemahkan jamaah, memburukkan calon pilihan jamaah.
Jadi YB memang la popular, dikenali,
dihormati. Pi mana-mana ramai yang menyambutnya, ramai yang mengelilingi. Namun
kena ingat jadi YB juga besar amanahnya .
Bagi yang dah teringin dan yang dah
terpilih , ingatlah bila kita mati amanah sebagai YB itu akan ditanya Allah.
Bersediakah YB dihadapan Allah jika
amanah tidak ditunaikan. Takutlah dengan azab Allah.
Jadi berfikirlah 1000 kali sebelum nak pasang cita-cita nak jadi YB. Jangankan jadikan keingginan nak jadi YB sebagai matlamat utama sehingga bila tak terpilih jadi lemah semangat , dah tak mahu bekerja untuk jamaah.
Boleh nak jadi YB tapi bukan Yang Berhormat tetapi Yang Bekerja. Bekerja untuk jamaah , bekerja untuk menangkan Islam. Nak jadi YB ini tak perlu fikir lagi, dah jadi kewajipan.
Penulis lebih suka bersama dengan ahli dan pemimpin jamaah Yang Bekerja kerana mereka ikhlas bekerja, berkorban masa , tenaga dan wang ringgit demi menangkan jamaah.
Jadi pilihlah nak jadi Yang Berhormat atau Yang Bekerja. Jangan pula pilih jadi Yang Bermasalah.
Boleh nak jadi YB tapi bukan Yang Berhormat tetapi Yang Bekerja. Bekerja untuk jamaah , bekerja untuk menangkan Islam. Nak jadi YB ini tak perlu fikir lagi, dah jadi kewajipan.
Penulis lebih suka bersama dengan ahli dan pemimpin jamaah Yang Bekerja kerana mereka ikhlas bekerja, berkorban masa , tenaga dan wang ringgit demi menangkan jamaah.
Jadi pilihlah nak jadi Yang Berhormat atau Yang Bekerja. Jangan pula pilih jadi Yang Bermasalah.
Wassalam
No comments:
Post a Comment