Selepas
itu Baginda Rasulullah (s.a.w) menutup pintu Kaabah sedang Baginda di
dalam Kaabah bersama Usamah dan Bilal, di situ Baginda berdiri dengan
membelakang pintu Kaabah.
Apabila Baginda melangkah ke depan dengan
jarak tiga hasta Baginda berhenti di situ, jadi dua tiang sebelah
kirinya dan satu tiang berada di sebelah kanan Baginda.
Di belakang
Baginda tiga tiang, kerana al-Haram di masa itu didirikan atas enam
batang tiang.
Baginda bersembahyang di situ, setelah Baginda
berjalan-jalan di dalam Kaabah, bertakbir di setiap penjurunya, menyebut
kalimah Tauhid, kemudian barulah Baginda membuka pintunya, di masa itu
Quraisy sedang memenuhi ruang masjid secara bersaf menunggu apa yang
hendak dilakukan oleh Rasulullah ke atas mereka.
Rasulullah memegang
lawang pintu Kaabah, sedang khalayak Quraisy menunggu di bawah, dengan
sabdanya:
“Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, benar
janjiNya, membantu hambaNya, mengalahkan golongan Ahzab sendiriNya,
ingatlah setiap warisan lama, setiap warisan Jahiliah samada harta benda
atau darah kesemuanya di bawah kakiku ini, kecuali penjaga Baitullah
dan pemberi minum kepada Jemaah Haji.
Ingatlah, pembunuhan secara
tersalah adalah hampir seperti dengan tindakan secara sengaja dengan
menggunakan cemeti dan rotan dendanya terlalu berat, iaitu seratus ekor
unta, empat puluh darinya sedang sarat mengandung.
Wahai
kalian Quraisy, sesungguhnya Allah telah pun melenyapkan dari kamu
kesombongan jahiliah, sikap bermegahan dengan baka keturunan, sebenarnya
manusia adalah dari Adam sedang Adam adalah dari tanah. Kemudian
Baginda membaca ayat al-Quran:
“Wahai
manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu sebagai lelaki dan perempuan,
dan Kami ciptakan kamu berbangsa-bangsa berqabilah-qabilah untuk kamu
berkenalan, sesungguhnya yang termulia dari kamu di sisi Allah ialah
yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Bijaksana ”
(al-Hujuraat: 13)
HARI INI KAMU TIDAK DITEMPELAK LAGI
Kemudian sambung Baginda dengan sabdanya:
“Wahai
kalian Quraisy, apakah yang kamu fikirkan akan ku lakukan terhadap kamu
semua?”
Jawab mereka: “Tentulah baik, kerana saudara seorang yang mulia
anak kepada saudara yang mulia”.
Maka jawab Rasulullah: “Sesungguhnya
aku berkata kepada kalian seperti Yusof telah berkata kepada
saudara-saudaranya:
1 comment:
Laba vietne : Zonahobisaya
Laba vietne : Sinopsis Film
Laba vietne : Zonahobisaya
Laba vietne : Profil
Laba vietne : Resep
Laba vietne : Zonahobisaya
Laba vietne : Zonahobisaya
Laba vietne : Zonahobisaya
Post a Comment