Setiap peralihan waktu solat
sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan
dicerap melalui perubahan warna alam.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh
alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan
frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini
kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang
mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (serentak ruang
dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat
kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya
saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna
alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan
kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Kemudian
warna alam akan berubah kepada warna oren,iaitu masuknya waktu Asar
di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya
dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang
ini terpisah. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan
oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang
waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini
kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat
Maghrib dahulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian
di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebenarnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.
Begitulah
secara ringkas perkaitan waktu solat dengan tubuh manusia. Manusia
kini memang telah menyedari akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah
faktor penyebab munculnya bermacam-macam meditasi yang dicipta seperti
taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Dan
Kita sebagai umat Islam patut bersyukur kerana telah dikurniakan syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak
menyerap tenaga alam ini lewat berbagai macam teknik yang mulai tumbuh
tadi.
Hakikat ini seharusnya menyedarkan kita bahawa Allah s.w.t
mewajibkan solat atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya
sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah
amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat lalai dalam menjaga
solatnya. Semua yang terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala
makhluknya.
3 comments:
salam bro, tmakasih kerna prihatin dgn komen saya pasal warna....artikel ni pun ada kaitan dgn warna juga ya....amat menarik, kupasan sdr ini adakah bersumber kan kajian sains, sebab belum pernah dengar lagi point2 sebegini di ketengahkan...apa2pon ia amat menarik utk difikirkan.
tmakasih atas info sebegini, saya memang amat suka baca sesuatu yg dibaru dan lain dr yg lain..salam
maybe the colour setting in your computer not comparetible to the blog.
in certain computer is ok.
thanks for your concern
Assalam ..terima kasih atas artikel ini ..dapat ilmu baru..semoga kita semua tak lalai menunaikannya
Post a Comment