Wednesday, October 19, 2011

Faustino lempar surau dengan batu sebelum memeluk Islam

 
Tidak ada mimpi bukan pula ajakan dari seseorang. Namun dalam lubuk hati terdalam, Faustino begitu tertarik dengan Islam. Perkenalan Muhammad Ilyas, nama baru Faustino, dengan Islam berlaku dalam keadaan biasa sahaja. 
 
Malah, dia pernah bertengkar dengan seorang Muslim yang pada masa itu sedang membina sebuah surau.

Ia tersinggung, apabila Muslim menganggap remeh peringatannya soal kemungkinan banjir. Apalagi, perbincangan berubah menjadi saling memburukkan ajaran agama masing-masing. Ia mengambil batu, melempar surau itu. 
 
Namun, setelah amarah reda, ia membenarkan orang Muslim berbincang itu tentang bahan perdebatan itu. Dia pun mulai banyak membaca buku dan berbincang. Dia pun tahu, fakta yang dikatakan orang Muslim itu dalam perdebatan panas itu ternyata benar.

Ringkas cerita, Ilyas pun berinisiatif mendatangi surau untuk bertemu abangnya yang telah menjadi penganut Islam. Pada masa itu, selesai undian pendapat, suasana Timor Leste sangat panas. Muslim dimusuhi. 
 
Pada masa itu, selepas tengah malam. "Mengapa kau ke sini," tanya abangnya, seperti dikatakan Faustino. Ia berwaspada, di belakang adiknya ada orang lain yang akan menyeretnya keluar, malah membunuhnya.
Melihat keadaan aman, abangnya meminta agar ia  pagi esok datang lagi, bertemu Pak haji, ketua takmir surau.

Pagi, pukul 09.00 di bulan Februari 2008, Faustino mengikrarkan dua kalimat syahadat.

Selepas memeluk Islam, ia memutuskan untuk pergi ke Dili untuk belajar Islam. 
 
"Sudah masuk Islam tapi tidak tahu apa-apa. Akhirnya saya lari ke Dili, ibukota Timor Leste, saya belajar disana,” katanya.

Sepanjang belajar di Dili, kemampuan Faustino tidak berubah. Ia goyah. Dalam keadan ini, seorang temannya yang telah lebih dulu menganut islam, mengirimnya satu keeping CD dialog Ustaz Nababan dengan seorang Nasrani. 
 
Dalam CD tersebut, diceritakan bagaimana Ustaz Nababan berjaya mematahkan setiap dalil dari kitab suci lama Nasrani. Dari CD itu, keimanan Ilyas yang goyah segera naik kembali.

“Saya makin mantap memilih Islam sebagai jalan kehidupan," kata pemuda yang kini dipanggil Ilyas itu.

Ilyas pun memutuskan untuk berhijrah ke Jepara pada tahun 2008. Di pondok itu, Ilyas kena belajar dengan anak kecil. 
 
“ Saya di pondok itu, ada dua teman dari Timor Leste, kami yang tertua. Dan kami sama sekali tidak boleh membaca huruf Arab, tapi Alhamdulillah, dengan belajar, saya pun boleh,” kenang dia.

Selepas dari pondok di Jepara, Ilyas pun ingin melanjutkan pendidikan di Jakarta. Ternyata, mencari pendidikan Islam di Jakarta begitu sukar bagi Ilyas. 
 
Sejumlah tempat dia kunjungi. Malah, dia sempat mengunjungi masjid Kubah Emas. Di masjid itu, Ilyas mendapat saranan untuk mengunjungi pondok AJ-Jamiah.

Namun sayang, pondok tersebut sudah penuh. Terasa mahu berpatah arang, Ilyas mengunjungi rumah ustaz Arifin Ilham. Malang lagi, Ilyas terpaksa menerima kenyataan pahit; yayasan hanya menerima anak yatim dan piatu.

Beruntung, ada yang membawanya bertemu Ustaz Nababan. Akhirnya, ia belajar di pondok Pembinaan Muallaf Annaba’ Center, Tangerang Selatan.

Sayangnya, cita-cita Ilyas di sekolah formal terbantut. Rahsia keislamannya yang pada awalnya ditutup rapat, bocor pada orang tuanya. Biaya pendidikan pun terhenti.

“Orang tua saya hanya tahu kalau saya kuliah di Jawa. Mereka tidak tahu bahawa saya sudah memeluk Islam,” kata dia. 
 
Kini, komunikasi antara Ilyas dan keluarganya terputus. Tiga bulan lalu, Ilyas cuba menghubungi keluarganya. Namun, tidak jua mendapatkan balasan.

Kuliahnya terhenti, kerana tak ada biaya lagi.

Dia berharap, suatu masa boleh meneruskan kuliah. Sambil terus menekuni jalan dakwah. "Insya Allah, saya mantap dengan Islam," katanya. republika.co.id

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...