Friday, September 9, 2011

6 jawapan Meryem Connie tentang Islam dan tudung

Wanita Sweden, Meryem Connie, menjadi penganut Islam sejak beberapa tahun ini. Ia semula seorang ateis. Perkenalannya dengan pemuda Turki, yang kemudian menjadi suaminya, mengenalkannya juga pada Islam.

http://1.bp.blogspot.com/-PZ4U_3ESO_w/TcN5AkdgbXI/AAAAAAAAAfg/6qsQ6rSZYrI/s1600/jilid+52l-Meryem+Connie.jpgMeskipun suaminya tak pernah memaksanya bertukar agama, namun kesedaran muncul belakangan, bahawa Islamlah agama yang dicarinya. Berikut ini jawaban Meryem berkaitan keislamannya, seperti dimuat di media tempatan, Afton Bladet:

Bila anda mulai mengenal Islam?
Suami saya yang mengenalkannya. Dia berasal dari Turki dan Muslim. Saya kemudian mencari pengetahuan sendiri tentang agama ini.

Mengapa kemudian tertarik menganut Islam?
Islam adalah agama yang paling logik dan realistik. Logis, kerana konsep ketuhanan agama ini boleh diterima akal. Kitab sucinya penuh dengan sains dan pengetahuan.

Islam juga sangat menghargai perempuan. Malah dalam perkahwinanpun, perempuan masih boleh memilih. Ketika kita merasa tak mungkin lagi serasi dengan pasangan kita, kita boleh menuntut hak kita: bercerai. Sangat realistik. Hal ini jelas dalam Al-quran bahawa pemaksaan tidak akan muncul dengan cara apapun.
Memakai tudung, apakah anda tak merasa kepanasan?
Semua orang berfikir bahawa memakai pakaian menutup aurat tersebut sangat panas dengan memakai tudung sepanjang hari semasa berada di luar rumah. Yang saya rasakan,adalah sebaliknya. Matahari tidak membakar kulit pada masa panas terik. Ketika hawa sejuk, tidak terlalu merasa kesejukan.
 
Di Swedin,tudung bukan hal biasa. Anda tidak merasa kesukaran dengan ini, terutama di tempat kerja?
Saya sedang cuti hamil sekarang (wawancara dilakukan beberapa bulan lalu, red). Saya fikir tidak ada masalah, setelah saya masuk nanti.

Mengapa anda menggunakan nama Muslim?
Ketika anda memulai sesuatu dengan cara apapun, pasti akan dilakukan dengan sungguh-sungguh? Apa lagi memulai hidup baru dengan keyakinan baru.

Apakah anda akan membawa anak-anak anda menjadi Muslim?
Saya akan mengajarnya dalam Islam. Tapi tidak dengan paksaan. Saya ingin puteri saya mengenakan tudung semasa dia besar nanti, misalnya, tapi saya tidak boleh memaksa dia untuk melakukan itu. Saya hanya ingin anak saya tampil percaya diri, gembira, dan mampu menimbang perkara baik dan buruk. (republika.co.id)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...