Salam, 
Kemerdekaan
 negara akan disambut 31 Ogos ini. Kali ini disensasikan dengan putar belit ceramah Timbalan Presiden PAS. Beliau bercakap perkara yang memang fakta sejarah, tapi putar belit melalui media massa pro UMNO menyebabkan orang ramai keliru.
Tapi ada baiknya, rakyat akan mencari maklumat sebenar kumpulan manakah yang benar-benar berjuang menuntut kemerdekaan  dan  kumpulan manakah yang mengambil jalan mudah mendapat kemerdekaan dengan memijak kumpulan yang lain?
Tak ramai yang naikkan jalur gemilang. Bukan 
tak patriotik tapi dok rasa kalau naikkan bendera macam sokong kerajaan 
B1N1.
Beberapa
 tahun dulu, penulis ada cipta pengkisahan sejarah kemerdekaan versi 
penulis. Penulis paparkan dalam blog ini untuk tatapan bersama.
 Pengkisahan
 Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan
 di sekolah, IPTdan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang
 bersemangat
Pengkisahan
 Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan
 di sekolah, IPTdan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang
 bersemangat
24 Ogos 1511 - Setelah
 hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan 
Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke
 tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis.
Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah.
Perjuangan
 mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan 
Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A 
Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka.
 1641 -
 Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota 
Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda 
pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. 
Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda.
1641 -
 Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota 
Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda 
pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. 
Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda.
1784 - Peristiwa
 sedih di Teluk Ketapang, Melaka. Raja Ali Haji terkorban bersama 
pengikutnya di tangan Belanda. Melaka tetap belum merdeka.
1824 -
  Perjanjian Inggeris-Belanda, bumi Melaka ternoda lagi, bangsa Eropah 
membahagi Gugusan Kepulauan Melayu, satu untuk engkau, satu untuk aku. 
Begitu mudah sekali seolah-olah Kepulauan Melayu kepunyaan datuk nenek 
mereka. Inilah padah kuasa di tangan penjajah. Mereka memecahkan peta 
rumpun Melayu nusantara.
Setelah
 Sultan Abdullah, Sultan Kedah ditipu dan dihina Francis Light untuk 
mengambil Pulau Pinang pada 1786, kemudian Sultan Husein, Sultan Johor 
diperdaya Stamford Raffles untuk mengambil Singapura pada 1819, kini 
bangsa Inggeris mendapat habuan Melaka dari perjanjian ciptaan mereka, 
adilkah?.
 
1874 -
 Kekayaan bahan mentah membuka mata penjajah. Bijih timah dan minyak 
adalah kekayaan tidak terkira nilainya. Inggeris mula mencipta alasan 
campurtangan di negeri-negeri Melayu, seumpama Amerika mencipta alasan 
untuk menyerang Iraq.
 Bermula
 dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 hingga 1895. Perak, Selangor, 
Negeri Sembilan dan Pahang menjadi mangsa kerakusan Inggeris untuk 
menjadi kaya.
Bermula
 dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 hingga 1895. Perak, Selangor, 
Negeri Sembilan dan Pahang menjadi mangsa kerakusan Inggeris untuk 
menjadi kaya.
Bermula
 dari Perjanjian Burney pada 1826 hingga Perjanjian Bangkok pada 1909, 
Siam diugut dan menjadi mangsa tipu helah Inggeris mendapatkan 
negeri-negeri bunga emas Siam. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu 
dipaksa tunduk kepada Inggeris.
1914 - 
  Hanya Johor kekal merdeka. Inggeris kehilangan alasan, ketiadaan 
punca. Paduka Sultan Ibrahim mula diperdaya menyingkirkan Dato’ Abd 
Rahman Andak, penghalang utama Inggeris berkuasa diJohor. Johor negeri 
terakhir ditakluk Inggeris.
Sejak
 pengambilan Pulau Pinang pada1786 hinggalah Johor pada 1914, semangat 
mendapatkan kemerdekaan terus membara di hati orang-orang Melayu.
 Mereka
 sanggup mati, sanggup dipenjara, sanggup diseksa dan sanggup dibuang 
negeri, namun undur tidak sekali. Lawan tetap lawan, perjuangan tetap 
diteruskan.
Mereka
 sanggup mati, sanggup dipenjara, sanggup diseksa dan sanggup dibuang 
negeri, namun undur tidak sekali. Lawan tetap lawan, perjuangan tetap 
diteruskan.
Dato’Maharajalela dan Dato’ Sagor mati di tali gantung Inggeris di Matang, Perak.
Tok
 Janggut dibunuh dengan buluh runcing. Mayatnya diseksa, diarak dengan 
kaki ke atas dan kepala ke bawah mengelilingi Pasir Putih, Kelantan.
Haji Abdul Rahman Limbong, 'Peguambela' rakyat Terengganu yang ditindas, dibuang negeri ke Mekah.
Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau diburu Inggeris dari Pahang sehingga ke Patani, Siam dan terpaksa menetap di sana.
Mereka ini adalah pejuang agama, pejuang bangsa dan pejuang tanahair. Mereka
 juga tokoh kemerdekaan. Namun darah mereka yang mengalir masih belum 
mampu membebaskan negeri-negeri Melayu dari belenggu penjajah.
Awal kurun ke–20 - Kesedaran
 untuk mendapatkan kemerdekaan dicetus kembali. Syed Sheikh Al-Hadi, 
Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Taha lulusan Al-Azhar, Mesir 
mencetuskan idea pembaharuan Islam melalui Kaum Muda.
Desakan dan tuntutan janji kemerdekaan dari Jepun oleh Ibrahim Haji Yaakub menyebabkan Jepun mengotakan janji mereka.
 Ibrahim
 Haji Yaakub bersama Sukarno dari Indonesia ke Jepun bagi merundingkan 
kemerdekaan bersama Indonesia dan Tanah Melayu dengan nama Negara Melayu
 Raya.
Ibrahim
 Haji Yaakub bersama Sukarno dari Indonesia ke Jepun bagi merundingkan 
kemerdekaan bersama Indonesia dan Tanah Melayu dengan nama Negara Melayu
 Raya.
Sukarno
 pulang dan mengisytiharkan kemerdekaan oleh Jepun. Kemerdekaan sudah 
hampir kepada Tanah Melayu, namun bom atom Amerika ke atas Nagasaki dan 
Hiroshima memusnahkan segalanya. Ibrahim Haji Yaakub tidak sempat 
mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.
1946 - Malayan
 Union diperkenalkan. Peluang Dato’ Onn mencetuskan kebangkitan 
orang-orang Melayu. Kongres Melayu SeMalaya mengumpulkan semua persatuan
 Melayu melahirkan umno. Tentangan orang-orang Melayu menguburkan 
Malayan Union.
April 1947 -
 PUTERA pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi dan AMCJA pimpinan Tan Cheng Lock
 gabungan parti-parti politik Melayu dan Cina mengemukakan Perlembagaan 
Rakyat bagi mengantikan Malayan Union tetapi ditolak Inggeris kerana 
menjejaskan kepentingan Inggeris di Tanah Melayu.
Jun 1948 - Pengisytiharan darurat. Inggeris menggunakan kesempatan ini untuk menangkap pemimpin Melayu yang tidak disenangi Inggeris Dr.
 Burhanuddin Helmi, Ishak HajiMuhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Ust.
 Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi disumbat ke penjara di bawah 
undang-undang kejam Inggeris.
Kini
 hanya umno 'anak didik British'  satu-satunya parti Melayu menjadi tempat pergantunggan 
orang-orang Melayu selepas banyak parti yang mendapat sokongan terbesar 
orang Melayu seperti PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin diharamkan dan 
ramai pemimpin Melayu ditangkap.
1955 -   Pilihanraya umum pertama di Tanah Melayu, Perikatan gabungan umno, MCA dan MIC menang besar dalam pilihanraya ini. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pengganti Dato’ Onn yang meletak jawatan, memimpin umno dan menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.
1 Jun 1956 - Tunku
 dan rombongan merdeka berangkat ke London dari Singapura menaiki kapal 
hingga Karachi dan kemudiannya menaiki kapal terbang ke London.
8 Feb 1957 -
 Tuntutan kemerdekaan dipersetujui dan ditandatangani di Lancester 
House, London antara Tunku dan Menteri Tanah Jajahan Inggeris, Alan 
Lennox Boyd, bagi pihak Inggeris. Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan
 baru dibentuk.
21 Feb 1957 - Rombongan
 Tunku tiba di Padang Merdeka, Melaka dengan disambut puluhan ribu 
rakyat yang menunggu pengumumuman tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.
9 Mei 1957 - Tunku sekali lagi pergi ke London untuk meneliti persiapan akhir kemerdekaan.
31 Ogos 1957 - 12.01
 dinihari di Padang Kelab Selangor bangunan Sultan Abdul Samad, bendera 
Inggeris Union Jack diturunkan buat kali terakhir dan diganti dengan 
bendera Persekutuan Tanah Melayu disaksikan ribuan penduduk.

Wasalam.
 

3 comments:
Selamat hari raya tuan punya blog.
fakts yang UMNO tak nak adalah pejuang komunis yang menentang British dicatatkan sebagai sejarah. Sejarah mesti diperbetulkan walaupun pahit untk di terima. thanks
(1)Dalam penulisan anda ini tidak menyentuh langsung pasal komunis.
(2)Dimana bukti pemimpin terdahulu mengambil jalan mudah untuk dapat kemerdekaan?
anda perlu bandingkan pula dengan apa yg komunis buat untuk dapat kemerdekaan. kalau ada???
(3)anda kata, kenyataan mat sabu diputar belit. so,apa kenyataan sebenarnya?
(4) pasal sejarah tanah melayu je rupanya.,...
pemimpin umnolah yang guna jalan mudah bersekongkol dengan british guna akta darurat tangkap pemimpin PKMM , sumbat dalam penjara, haramkan pertubuhan melayu popular masa itu
Post a Comment