Wednesday, March 9, 2011

Tulahan : Saman ekor, PAS pun tak bersunggguh

Salam,

http://www.star-motoring.com/getattachment/News/2010/Saman-ekor-has-to-go-on/009264918.jpg.aspx?width=427&height=286
Saman banyak untung pun banyak

Kes saman ekor dah sampai ke tahap membosankan, kerajaan pimpinan Umno tak hirau langsung kesusahan rakyat. Yang penting duit rakyat mesti dikaut sebanyaknya , peluang melalui kutipan kompaun saman ekor diguna sepuas-puasnya memeras rakyat.

Caranya mudah saja, JPJ senarai hitam kenderaan pemilik yang tak bayar saman. Jadi , rakyat tiada pilihan terpaksa bayar saman beribu RM kerana kereta, motor adalah keperluan. Tak bayar maknanya cukai jalan tak hidup, kena tahan polis kena saman lagi.

Rakyat terpaksa bayar, bukan orang PAS, PKR, DAP sahaja kena bayar. Orang Umno , MCA , MIC pun kena juga. Tak tahulah orang Umno, boleh tunjuk kad Umno maka tak perlu bayar, sebab tu mereka tak kisah.

Mungkin juga kerana kesetian tak berbelah bagi kepada Umno maka biar beratus, beribu RM melayang orang Umno rela. Bagi orang Umno biarlah hilang beratus RM kerana bayar saman , asalkan dapat RM 50 semasa pilihanraya. Itulah standard orang Umno.


Tak lama lagi kerajaan nak bagi syarikat swasta pula buat operasi saman ekor, syarikat swasta ini pula kroni punya. Belum lulus akta, tender dah diberi punya la hebat kerajaan Umno. Syarikat swasta kroni pastinya mahu kaut untung, nak untung saman kena banyak.

Kalau kurang saman maka untung sikit, walau macam mana sekalipun saman kena banyak. Sebelum swasta ini pun, polis buat banyak silap sehinggakan motor kapcai 120 cc boleh bawa selaju 500cc. Bila beri kepada swasta sahih ada motor kapcai 70cc yang hanya guna di kampung, tup!tup! terima saman bawa laju 1000 cc nun kat KL.

Saman tetap saman, polis selalu tak mengaku salah. Jika tak bayar , cukai jalan bukan sahaja kenderaan yang kena saman kena senarai hitam. Kenderaan lain yang tak kena saman pun cukai jalan tak boleh hidup sebab pemiliknya sama, alamatnya kena bayar juga.

Nak buat macam mana, kerajaan Umno dah rasa kuat menang tiga berderet PRK . Bagi Umno rakyat tak kisah kena saman ekor, sebab tu Umno masih menang. Rakyat tak kisah pun harga barang naik, harga minyak naik, cukai tanah naik. Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang bising.

Betulkah Pakatan Rakyat pun bersungguh nak bantu rakyat dalam kes saman ekor, nampak macam ala kadar aja. Benarlah PAS dah wujudkan KASE tapi setakat mana KASE membantu rakyat yang kena saman ekor.

Pernah dengar PAS Perak tawarkan peguam secara percuma kepada rakyat yang nak lawan di mahkamah. Ada ka rakyat yang berani lawan? jawabnya tak ada, kenapa? kerana kalau lawan, kes ambil masa nak berjalan, kereta nak pakai jadi bayar saman je la.

Betullah pandangan KASE bahawa kerajaan salah, itu hanya notis bukan saman dan kerajaan dah langgar perlembagaan. Sekadar bagi tahu rakyat, jangan bayar saman sebab tak sah. Rakyat mana nak ikut, tak bayar tak boleh guna kereta.

Tunjukkanlah kesungguhan PAS nak perjuang isu ini, entah-entah pemimpin PAS pun ramai yang dah bayar saman. Sebab tak bayar, kereta tak berjalan. Pemimpin PAS kena buktikan kepada rakyat, mereka juga jangan bayar saman dan mesti ada pemimpin PAS saman kerajaan berdasarkan saman kenderaannya.

Bila ada pemimpin PAS yang saman kerajaan, barulah betul tindakannya dan barulah nampak bersungguh PAS menangani isu saman ekor. Jika nak tunggu rakyat yang di bawah saman dulu payah la.

Kes pemimpin PAS saman kerajaan ini akan mendapat perhatian rakyat dan jika menang kes ini. Barulah rakyat ada keyakinan untuk saman kerajaan dan tuntut balik saman yang mereka sudah bayar.

Pakatan Rakyat pun janganlah berjanji dengan janji yang tak bersungguh. Setakat berjanji bila menang PRU 13 akan mansuh tak jadi. Boleh menangkah dengan janji sebegitu?. Kenalah bersungguh nak bantu rakyat, berjanjilah akan bayar semula semua saman ekor yang telah dibayar oleh rakyat.

Biarlah Umno nak kata negara akan muflis, dah memang perangai busuk Umno macam tu. Bila Pakatan Rakyat dah memerintah negara, penjimatan dari rasuah dan penyelewengan macam amalan kerajaan Pulau Pinang akan mampu mengembalikan semua saman ekor yang dibayar oleh rakyat.

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...