Saturday, February 12, 2011

Tulahan : PAS kena wujudkan Lujnah baru kuasai media maya

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjayC1fSPo2wq67yb5VRNsBFMH1zdPbFA-dV_oGTn8E-gOdzGg4DYGL_Iwuk1BRWLbaZPeGBVcZd7Rj7T0hWMVs4TNxRXGxEWHoc1CufHRhViWoKARJEm4asdFSHCiAszqU60zCE8lW62o/s400/internet.jpg

Semalam penulis ada baca tulisan Polis Pencen mengenai kewajaran Web Rasmi Pakatan Rakyat menghadapi serangan bertali arus media massa pro BN terhadap PR. Penulis setuju dengan pandangan Polis Pencen bahawa maksimumkan peranan Harakahdaily kerana pengaruhnya besar di media maya.

Polis Pencen juga kritik laman rasmi PAS seperti Dewan Ulama dan Dewan Muslimat yang tidak dikemaskini. Malah , Polis Pencen seperti kecewa apabila mengungkapkan,

Tulisan sebegini hanya menyemak sahaja, mereka yang dipertanggungjawabkan tidak akan mengambil peduli.

Mungkin juga kerana Polis Pencen dah banyak menulis dan memberi pandangan membina tetapi tidak diambil perhatian mereka yang dipertanggungjawabkan.

Sebenarnya, banyak laman rasmi PAS yang dibangunkan di Malaysia namun hanya beberapa sahaja yang aktif dan dikenali oleh pengunjung blog. Kenapa tak dikenali ? Sebab tak kemaskini, kalau kemaskini pun seminggu atau sebulan sekali.

Penulis senaraikan antara yang popular, Tranungkite di bawah Dewan Pemuda PAS Dungun , Buletin Online yang rasanya bawah PAS Terengganu dan Intanhijau di bawah PAS Teluk Intan.

Tranungkite memang laman popular no 1 dalam Top Ranking, Buletin Online juga ada dalam Top Ranking , Intanhijau ada dalam senarai Cenangau.

Mungkin ada yang penulis tak tahu, tapi tak mungkin pengendali Top Ranking tak tahu sebab blog-blog popular mereka masukkan dalam Top Ranking.


Nak tahu laman atau blog tu aktif atau tidak selain tengok Top Ranking, tengok komen pencacai Umno . Jika banyak komen pencacai Umno, bagus la blog tu sebab pencacai Umno ni masuk blog yang popular je, yang tak popular tak mahunye dikomen sebab tugas mereka memang begitu.

Pencacai Umno ni akan buka blog kosong untuk mudah komen dalam blog orang lain. Antaranya, yang selalu keluar joecharlie, goodlistener dan ada beberapa lagi.

Penulis nak maklumkan bahawa PAS Pusat sebenarnya mempunyai laman rasmi yang aktif tetapi dalam Top Ranking namanya Berita Tempatan ()yang merujuk kepada laman PAS Parit Buntar. Sebenarnya , laman PAS Parit Buntar menggunakan domain laman PAS Pusat

Mungkin pengendali Top Ranking tak tahu, harap dapat tukar Berita Tempatan () jadi Laman PAS Pusat lepas ini. Ada sebab laman PAS Parit Buntar linknya dalam blog lain namanya Berita Tempatan (), WebMaster laman PAS Parit Buntar ada jawapannya.

Penulis bukan nak bercakap pasal Top Ranking, ucap terima kasih kepada mereka kerana bersusah payah memeriahkan keaktifan blogger.

Penulis nak sentuh pasal isu yang ditimbulkan Polis Pencen mengenai kegagalan laman rasmi PAS berfungsi membantu menyebarkan maklumat kepada rakyat.

Penulis ada terbaca dan terdengar Lujnah Penerangan PAS Pusat ada buat pertandingan laman rasmi PAS Kawasan. Tapi sampai hari , tak tahu apa ceritanya. Mungkin dah ada pemenang tapi penulis tak tahu.

Penulis juga dapat tahu baru-baru ini , Dewan Pemuda PAS Pusat ada buat pertemuan dengan bloggers di Temerloh. Tak tahu apa resolusi hasil pertemuan itu, mungkin dah ada yang dibuat.

Bagi penulis, satu perkara yang menyebabkan laman-laman rasmi PAS tidak aktif adalah kerana tiada yang sanggup memikul tugas mengaktifkan laman ini. Jika ada yang ambil peranan pun , tugas tidak dijalankan dengan sebaik-baiknya kerana menggangap mengaktifkan laman bukanlah keutamaan.

Lebih malang lagi, banyak PAS Kawasan yang tidak menganggap penting media maya ini. Maka , banyak kawasan bukan sahaja tidak aktif blog atau laman webnya, malah ada yang tidak ada langsung laman web atau blog.

Penulis pernah menulis mencadangkan diwujudkan Lujnah Blogger atau Media Maya supaya nampak kepentingan blog, facebook dan twitter di semua peringkat parti. Penulis tak mahu ulang, baca di sini

Ada yang tanya bolehkah laman atau blog PAS Kawasan aktif dan dikunjungi ramai pelawat sedangkan tidak ramai yang boleh mengendalikan blog di kawasan.

Penulis kata boleh melalui hubungan baik PAS kawasan itu dengan blogger pro PAS dalam kawasannya. PAS Kawasan berkenaan boleh lantik blogger berkenaan mengendalikan blog PAS Kawasan disamping mengaktifkan blognya sendiri.

Bukan sahaja PAS Kawasan, PAS Negeri, Dewan Pemuda Negeri dan Kawasan pun boleh buat. Penulis bagi buktinya blog PASPB yang baru diaktifkan pada bulan November 2010. Blog ini wujud pada tahun 2007 bagi mengantikan sementara laman PAS Parit Buntar yang diserang.

Selepas laman dibaikpulih, blog ini tak digunakan sehinggalah diaktifkan secara serius pada November 2010.

Penulis tahu blog ini dikendalikan oleh dua orang WebMaster dan dua-danya blogger. Seorang tugasnya bahagian teknikal, seorang tugasnya update blog. Mengapa blog ini boleh menarik ramai pelawat? kerana pengendalinya blogger.

Sebab itulah penulis cadang wujudkan Lujnah Media Maya dalam PAS. Nampak memang tak ada apa-apa media maya ini, namun anak muda kebanyakannya menggunakan media maya ini untuk mencari berita.

Mesir dan Tunisia adalah dua contoh bagaimana media maya menggerakkan rakyat terutama anak muda berhimpun dalam keadaan media utama dikongkong kerajaan.

Akhirnya , penulis ambil balik apa yang Polis Pencen tulis di akhir tulisannya sebab penulis pun dah banyak menulis tapi tak da respon pun. Mungkin ada tapi tak nampak je.

Tulisan sebegini hanya menyemak sahaja, mereka yang dipertanggungjawabkan tidak akan mengambil peduli.

Wassalam

1 comment:

Tulahan said...

Komen terdahulu :

Mohd Shubhi said...

setuju !

February 12, 2011 8:02 AM

ALahaI sI LunCAi said...

TAK ULAS KE BLOG LUCAH PAS YANG SENGAJA DIWUJUDKAN UNTUK MENARIK PERHATIAN ANAK MUDA?

TAK DAPAT NAK BAGI CONTOH, BANYAK SANGAT.

February 12, 2011 8:47 AM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...