Wednesday, December 29, 2010

Tulahan : 'Pertemuan gelap' mengapa berlaku setelah tahu PAS tidak tangguh pemilihan?

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHsMmoiDaPcWhEcwwIbE544f7sC_4OyNp3VI43r0UdvtRN5Ws-BcfKoHuBWf6huz4e67wxXPS5433eC2nXmwMKOEHazgtGV5SRqdCcYkGlEDyDsCzPjuSaf2TA46bJInuHzqLHACAvxds/s1600/gelap.jpg

Apabila baca artikel dalam blog ini , timbul rasa gelisah.Betulkah 'pertemuan gelap' masih berlaku sedangkan muktamar sudah memutuskan komitmen bersama Pakatan Rakyat dan tidak ada lagi idea 'kerajaan perpaduan'.

Jika benar berlaku 'pertemuan gelap' mungkin pimpinan ada jawapannya. Namun, penulis musykil kenapa 'pertemuan gelap' ini diatur setelah diumumkan PAS tidak akan menangguhkan muktamar pemilihan?.

Bukankah ini perangkap Umno, memecahbelahkan pimpinan PAS, memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Jika idea ini datang dari Umno, sah lah memang ini agendanya.

 
Setelah Umno melalui media arus perdana melakukan serangan bertali arus semasa pemilihan PKR, sehingga timbul keraguan rakyat terhadap kepimpinan PKR.

Selepas itu, serangan diarah kepada pemilihan DAP negeri. Walaupun serangan ke atas DAP gagal, tetapi kesan tetap juga ada. DAP sendiri telah menangguhkan pemilihan DAP pusat kerana bersiap untuk PRU 13.

Percayalah Umno juga mahu menimbulkan keraguan rakyat terhadap kepimpinan PAS. Umno tahu pimpinan PAS pernah berbalah mengenai idea 'kerajaan perpaduan' . Justeru, cara memecahbelahkan pimpinan PAS adalah menimbulkan semula perbalahan mengenai perkara ini.

Caranya, mudah sahaja . Aturkan 'pertemuan gelap' pimpinan tertinggi kononnya ikhlas untuk masa depan Melayu dan Islam di Malaysia. Bila berlaku 'pertemuan gelap' yang pastinya tidak pun membuahkan hasil yang baik kerana Umno tidak ikhlas.

Kemudian,cerita 'pertemuan gelap' ini pasti bocor. Jika bukan dari PAS , Umno sendiri akan membocorkannya. Sebagaimana , pengakuan Pak Lah selepas PRU 12.

Bila dah bocor, maka tentunya timbul kemarahan bukan sahaja ahli PAS malah pimpinan PAS akan tak puas hati. Selepas itu akan berlakulah , perbahasan tentang isu ini kembali .

Timbullah kenyataan bercanggah antara pimpinan PAS terutama pimpinan yang suka buat kenyataan kepada media. Blogger pro 'kerajaan perpaduan' dan blogger anti ' kerajaan perpaduan' saling serang menyerang.

Maka berjayalah Umno memporak perandakan PAS. Media arus perdana akan mengambil kesempatan memutarbelit kenyataan bercanggah pimpinan PAS. Blogger-blogger Umno pula akan menambah fitnah mereka melalui isu yang diputar belit media arus perdana.

Setiap hari, berita TV , Utusan Meloya, Berita Hairan memburukkan pimpinan PAS yang tidak sehaluan. Pimpinan DAP dan PKR juga mula timbul curiga dengan 'pertemuan gelap' ini. Kenyataan tidak puas hati pimpinan DAP dan PKR akan diguna sepenuhnya media untuk menyerang PAS.

Rakyat yang selama ini memuji PAS sebagai parti yang kukuh mula rasa curiga, yang dulu akan mengundi PAS akan berubah fikiran. Pada masa itu, Najib tidak akan teragak-agak untuk membubar parlimen kerana parti yang akan bersaing kerusi dengan Umno iaitu PAS sudah menghadapi masalah.

Penulis berharap pimpinan PAS tidak terperangkap dengan permainan politik buruk Umno ini. Janganlah sesuka hati membuat kenyataan peribadi yang bercanggah mengenai 'pertemuan gelap'. Pimpinan yang tidak puas hati salurkan melalui saluran yang betul.

Jangan menggunakan blog, facebook , twitter untuk meluahkan pandangan peribadi kerana akan digunakan sepenuhnya oleh media arus perdana untuk dihidangkan dalam bentuk putar belit kepada rakyat Malaysia.

Ada perasaan bimbang penulis bila membaca mengenai ' pertemuan gelap'. Janganlah kita memberi peluang kepada Umno memecahbelahkan jamaah yang kita sayang.

Wassalam

2 comments:

jelah said...

pertemuan memang akan berlaku, cuma tak tau gelap ke terang....

hussin said...

grup ug mana faham semua tu. dalam kepala depa ada benda lain. sebab depa tahu ahli pas ni pengikut setia. apa depa buat semuanya betul tak ada yang tak betul. lagi pun pengikut2 setia ni langsung tak layar blog2 ni. mana otak nak fikir, analisa, akibat jika sesuatu tindakan pemimpin.

ini yang memparahkan pas! tidak bermaklumat. dekat pilihanraya bari sibuk itu ini. sebelum, seminar sana seminar sini, program sana program sini. tengok, lepas pru 12, relaks besar2an. keputusan muktamar dibakulsampahkan. tahu rakyat dah tolak umno, bukan nak buat kerja perkasakan parti, tetapi lebih seronok rosakkan pas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...