Thursday, October 14, 2010

Tulahan : Hidup berulang

Salam,



Tahun
Tempoh
Dari
Ke
Jarak
Kekerapan
Kenderaan
1998
1 tahun
Nibong Tebal
Jelutong
70 Km
Setiap hari bekerja
Motorsikal
1999
6 bulan
Nibong Tebal
Kuantan
600 Km
Dua minggu sekali
Bas
2001
1 tahun
Maran
Kuantan
90 Km
Setiap hari bekerja
Kereta
2008
6 bulan
Parit Buntar
Kuantan
600 Km
Dua minggu sekali
Bas
2008 - 2010
2 tahun
Kuantan
Parit Buntar
600 Km
Dua minggu sekali
Bas
2010/11
2 tahun
Parit Buntar
Australia
Jauh sangat
Ikut tiket murah
Kapal terbang


Berulang itulah yang penulis tempoh untuk berapa jangka masa yang penulis pun tak tahu bila akan berakhir. Kadang2 timbul persoalan , kenapa selalu kena berulang ? . Persoalan itu hilang bila penulis fikir bahawa tentu ada hikmah Allah tentukan begini.

Setengah orang ingat penulis seronok pergi luar negeri. Muka memang nampak macam seronok tapi hati Allah sahaja tahu. Bukan senang nak tinggalkan ayah dan mak di kampung yang uzur. Tambahan pula ayah baru saja keluar hospital.

Bukan senang nak tinggalkan jamaah di kampung yang mengharapkan penulis membimbing mereka menghadapi Ubn. Tak da sapa anak kampung yang boleh diharap membantu, moga Allah akan gerakkan hati seorang dua anak kampung untuk bantu jamaah di kampung.

Penulis pun tak tahu adakah penulis akan boleh hidup tanpa buat kerja jamaah di luar negeri. Penulis dah rasa peritnya hidup tanpa perjuangan di Maran. Hidup jadi kosong , memang tak boleh hidup macam tu.


Sebab tu penulis sanggup berulang dua minggu sekali untuk buat kerja jamaah bila duduk di Kuantan. Penulis tak mahu termasuk di kalangan mereka yang gugur di medan perjuangan.

Sedih, bila lihat mereka yang dulu duduk dalam perjuangan tiba2 lari dari perjuangan kerana sebab2 yang peribadi. Apakah yang mereka jawab di hadapan Allah nanti?. Mungkin mereka tidak tahu bahawa tidak sama orang yang berjuang dengan yang tidak berjuang di sisi Allah.

Penulis tak kisah, walaupun ada sorang dua yang fitnah penulis hanya kerana penulis sanggup berulang buat kerja jamaah. Yang fitnah akan tanggung dosa atas perbuatan fitnah itu.

Penulis harap akan dapat terus buat kerja jamaah yang mampu dibuat walaupun berada di luar negeri. Semoga Allah tetapkan hati dalam perjuangan suci ini dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...