Sunday, January 3, 2010

Tulahan : Antara MC , sakit dan wala'

Salam,

Karpal Singh berkerusi roda hadir ke parlimen

Minggu lepas, penulis ada bersembang dengan sahabat sejamaah berkaitan peristiwa yang berlaku di parlimen. Penulis tahu, sahabat ni nak tahu komen penulis sebab yang tak hadir tu melibatkan wakil rakyat Parit Buntar.

Sahabat ni, terkejut bila penulis kata wakil rakyat jamaah yang tak hadir tanpa alasan dibenarkan syara' kianat kepada jamaah, kianat kepada ahli jamaah, kianat kepada pengundi mereka.

Sahabat ni mungkin ingat penulis nak membela wakil rakyat Parit Buntar sebab wakil rakyat penulis. Sebenarnya dia silap, kerana prinsip penulis yang salah tetap salah walaupun melibatkan wakil rakyat jamaah.

Peristiwa di parlimen ini bukan perkara kecil yang boleh dipandang ringan. Ia melibatkan maruah dan boleh menjatuhkan kerajaan BN. Perkara sepenting ini, wakil rakyat jamaah kena hadir walaupun sakit, kecualilah sakit sampai tak boleh bangun.


Penulis masih ingat, ada wakil rakyat jamaah di Kelantan yang terpaksa dipapah kerana sakit untuk hadir sidang DUN kerana pada masa tu, beza wakil rakyat jamaah dan BN hanya satu sahaja.

Ia juga melibatkan persoalan wala' kepada arahan Presiden. Presiden tentu sudah mengarahkan wakil rakyat jamaah supaya hadir, mengapa masih ada pelbagai alasan untuk tidak hadir. Malah mereka juga tak kan tidak baca aturan parlimen, bila akan diadakan undian.

Ada yang kata kenapa hanya wakil rakyat jamaah saja kita kritik, sedangkan wakil rakyat PKR dan DAP lagi ramai tak hadir. Wakil rakyat jamaah 5 orang sahaja.

Wakil rakyat DAP dan PKR pun kita marah tetapi tidak sama dengan wakil rakyat jamaah yang dah terima tarbiyyah, yang tahu persoalan wala'. Wakil rakyat PKR dan DAP tidak terima tarbiyyah jamaah, tidak tahu persoalan wala'.

Wakil rakyat jamaah ni membawa amanah jamaah, ahli jamaah dan pengundi. Tidakkah mereka terfikir perasaan ahli jamaah yang bersusah payah siang dan malam untuk memenangkan mereka sebagai wakil jamaah. Tidakkah mereka fikir perasaan pengundi di kawasan yang mereka wakili.

Pelbagai alasan boleh diberi tetapi bagi penulis, tidak akan dapat membuang prasangka rakyat bahawa wakil rakyat ini telah gagal menunaikan amanah.

Adakah apabila sudah ada MC maka tanggungjawab terhadap jamaah selesai, tanggungjawab kepada ahli jamaah tidak boleh dilaksanakan, tanggungjawab terhadap pengundi sudah terbatal.

Perkara sudah berlaku, wakil rakyat yang tak hadir ni kena muhasabah diri jika alasan yang mereka beri tidak memenuhi kehendak syara'. Jika salah mengakulah kesalahan, perbaiki kesilapan.

Jangan ingat bila kita dah jadi wakil rakyat, kita tak boleh ditegur lagi. Kena ingat bahawa wakil rakyat jamaah adalah hak jamaah, hak ahli jamaah dan hak pengundi mereka. Bukan seperti pegawai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap ketua jabatan dan kerajaan.

Jadi bila ada rakyat panggil bila ada kematian ka, musibah ka atau kenduri ka. Jangan bagi tahu rakyat, Saya MC hari ini tak boleh pergi. Jawablah, saya minta maaf saya sakit sangat hari ini tak boleh nak pergi . Tapi kena betul-betul sakit la.

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...