Monday, July 4, 2011

10 penjaring terbanyak di Piala Dunia


1. Ronaldo (Brazil) – 15 gol (1994, 1998, 2002, 2006).
Pemain legenda ini dikenang kerana penampilan gemilangnya di Piala Dunia 2002. Selain membawa Brazil menjadi juara, Ronaldo juga menjadi penjaring terbanyak dengan jaringan lapan gol, termasuk dua gol di pertandingan akhir menentang German.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnIAgTDsR-ooKmF9iKU57l_w0iv7zy1XjgxxPq1TEBqu4v-5z0RQmdLXA7lTstjTct4-3_AniDGscxqsJ1ORpCNlxYQvoBEZwGcp_KmFGKrhX_eZ8_Hx6ALBD92g-3328E-iyOqaNzvnw/s1600/gerd-muller-west-germany.jpg
2. Gerd Muller (German Barat) – 14 gol (1970, 1974).

Disebut-sebut sebagai penyerang di kotak penalti terbaik sepanjang masa. Muller menjaringkan sepuluh gol semasa German Barat mendapat tempat ketiga di Piala Dunia 1970. Beliau kemudiannya menjaringkan empat gol pada 1974, termasuk gol penentu kemenangan negaranya ke atas Belanda di pertandingan akhir.


3. Just Fontaine (Perancis) – 13 gol (1958).
Seperti Kosics, Fontaine hanya tampil sekali di Piala Dunia. Namun sampai sekarang ini beliau adalah penjaring gol terbanyak dalam satu pertandingan, dengan menjaringkan 13 gol untuk Perancis yang menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 1958.

10 haiwan dengan penampilan menarik

1. Hatchetfish

Ikan penghuni jurang ini sangat kecil (spesies terbesar hanya berukuran 12 cm), dan tidak berbahaya, tetapi wajahnya sangat buruk. Hatchetfish adalah bukti bahawa kita tidak perlu gigi tajam atau mata bersinar merah untuk menjadi seram.

Ikan ini ditemui di perairan tropika dan subtropika di seluruh dunia, memakan makhluk-makhluk yang lebih kecil di jurang, seperti copepoda (sejenis Crustaceae).


2. Kelawar Hidung Jantung


Ditemui di hutan hujan Filipina, kelawar ini terancam pupus dan memiliki salah satu wajah teraneh di antara mamalia. Telinganya yang gelap ditutupi bintik kuning, mata oren dan tentunya hidung jantung yang membuat penampilannya seperti kartun.

Kelawar ini kebanyakan memakan buah ara dan buah-buahan lainnya, tetapi kadang-kadang memakan serangga.

3. Axolotl


Spesies yang hanya ada di Danau Xochimilco, Mexico, axolotl (ertinya "monster air" dalam Nahuatl, bahasa Aztec) sebenarnya salah satu jenis salamander. Selain wajahnya yang lucu, haiwan ini juga memiliki rambut merah unik yang merupakan insang yang menyerupai bulu.
Spesies salamander ini biasanya mempertahankan kemampuan tubuhnya di seluruh hidupnya (disebut juga neotheny). Sayangnya, amfibi aneh ini terancam pupus kerana pencemaran dan diburu di beberapa bahagian Mexico untuk dimakan.

Sunday, July 3, 2011

12 manusia dengan organ terbesar di dunia

Manusia mempunyai bahagian tubuh yang normal dalam ukuran yang normal, namun bagaimana jika salah satu bahagian tersebut besar dan panjang? Pasti akan menjadi suatu keistimewaan dan menjadi perhatian di mata masyarakat. Berikut adalah 12 manusia dengan organ tubuh terbesar di dunia.

1. Stephen Taylor - lidah terpanjang di dunia

Deria rasa yang lazimnya kita miliki biasanya hanya sepanjang 5 hingga 6 sentimeter. Rekod lidah terpanjang di dunia dipegang oleh lelaki warganegara England bernama Stephen Taylor.
Beliau mempunyai lidah sepanjang 9,5 sentimeter dari hujung sehingga bahagian tengah lidah dalam keadaan mulut tertutup. Stephen menerima gelaran tersebut dalam acara 'Lo Show dei Record' di Milan, Itali pada 5 Januari 2006 yang lalu dan hingga sekarang ini belum ada yang berjaya memecahkan rekod tersebut.

2. Francisco Domingo Joaquim - mulut terbesar di dunia

Francisco Domingo Joaquim dari Sambizanga di Angola telah dianugerahi gelaran manusia dengan mulut terlebar di dunia. Dengan demikian Francisco Domingo Joaquim boleh juga menjadi manusia dengan mulut dan rahang terlebar di dunia.
Lelaki yang lebih popular dikenali dengan nama Chiquinho ini menyertai pertandingan mulut terbesar di dunia di Roma, Itali. Susah untuk dibayangkan sebuah tin minuman softdrink boleh dimasukan sepenuhnya dalam mulut lelaki yang berusia 20 tahun ini.

3. Mehmet Ozyurek - hidung terbesar di dunia

Semasa pertandingan hidung terbesar di dunia tahun 2005, Mehmet Ozyurek dari Turki tercatat mempunyai hidung terbesar di dunia dengan rekod 8.8 cm. Hujung hidung sahaja mencapai 3,5 cm.

10 ular paling berbisa di dunia

1. Fierce Snake atau Inland Taipan (Oxyuranus Microlepidotus )
Hidup di Australia, ini adalah ular yang paling berbisa didunia. Bisanya yang 11 omg boleh untuk membunuh 100 orang atau 250.000 tikus. Bisa ular paling bahaya di dunia ini setara dengan 750 kali bisa ular kobra.

2. Australian Brown Snake (Pseudonaja Textilis )
Hidup di Australia, Papua New Guinea dan Indonesia. Hanya satu per empat belas ribu bisanya boleh membunuh manusia. Ular berbisa ini mampu bergerak cepat dan sangat agresif.


3. Malayan or Blue Krait (Bungarus Candidus )
Ular berbisa ini ditemuI di Asia. Bisanya juga membunuh atau setara dengan 15 kali bisa ular kobra.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMNzKC7SJCpgITsz5WDIL02ukK_o_jaOlCwPm2c4jllDTqaEh8qphn-11dlAKxKbe__uB5FPk2HTpGGMQAj7e6AecHGZzth7ktPARJ3HfnF4l3wW_m5C4jGln_duEn6SX2oYyL_rieFJcw/s320/125628716_4a0f25aaa6.jpg

Saturday, July 2, 2011

11 penjara paling kejam di dunia

Apa yang kita tonton di filem-filem Hollywood tentang kehidupan di penjara, sebenarnya bukan fiksyen tapi memang begitulah keadaannya. Yang ganas dan mengerikan, sehingga anda tak mampu membayangkannya, terjadi di penjara berikut ini.

1. Candiru Prison (Brazil)

Penjara ini pernah mengemparkan Brasil juga dunia ketika berlaku rusuhan besar di penjara tersebut pada tahun 1992. Tragedi pembaunuhan yang melibatkan polis tempatan. Ratusan mangsa terkorban, 103 (ada yang mengatakan 111 banduan) di antaranya telah terbunuh.

Tragedi Caradiru bermula dari meletusnya perang antara kumpulan di penjara tersebut, yang merebak hingga melibatkan banyak banduan. Polis kemudian datang mengawal keadaan.

Sebenarnya semasa itu banyak banduan telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka . Mereka meminta perlindungan polis. Namun dijawab polis dengan menembak mereka.

2. Bang Kwang Prison (Thailand)


Dikenali sebagai “Bangkok Hilton”. Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak layak lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan tenaga penjaga banduan. Banduannya dirantai. Banyak banduan jadi gila akibat tekanan bermula bulan-bulan pertama di penjara itu.

Pengarah Penjara Khun Nattee mengakui, penjaranya adalah paling teruk di seluruh Thailand. Di sini kemudahan sangat minima, termasuk rawatan kesihatan terhadap banduan sangat kurang. Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu datangnya ubat (jika ada)

3. ADX Florence Supermax Prison: (Colorado)


Penjara ini dibina sebagai respon atas serangan terhadap penjaga banduan dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika. Di penjara ini menerapkan maximum security untuk mencegah terjadinya serangan banduan terhadap penjaga banduan dan kakitangan penjara.

Akibatnya banduan diasingkan dari kakitangan penjara. Banduan menerima penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan di selnya. mereka tak boleh ke mana mana.

Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk tidak boleh dilupakan oleh mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling teruk dari yang terburuk. Banduan yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas pertama termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah “neraka” penjara yang boleh mengakibatkan derita seumur hidup.

Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan diberitakan mati terbunuh di ADX Florence. Salah seorangnya Lawrence Klaker. Ada yang menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang mengatakan beliau membunuh diri.

10 topi berdasarkan sejarah dan populariti

Kadang-kadang kepala kita memerlukan sesuatu sebagai pelindung yang kita sebut sebagai topi.
Berikut adalah senarai 10 topi yang berdasarkan unsur gaya, sejarah dan popularitinya di dunia.
10. Fez


Topi jenis ini adalah simbol relaksi
9. Boater

Topi jenis ini biasanya digunakan semasa cuaca sedang panas . Sering kelihatan di jalanan semasa musim panas.
8. Bowler



Topi jenis ini identik dengan seseorang yang elegan dan juga mantap, terutama di negara England. Biasanya digunakan oleh orang-orang dengan jenis pekerjaan pengacara, pegawai bank atau ketua pelayan.

Friday, July 1, 2011

10 binatang aneh yang hidup di Antartika

Satu kajian di lakukan secara besar-besaran di Antartika (Kutub Selatan) oleh pengkaji dari pelusuk dunia. Pendokong utama dalam ekspedisi ini adalah National Institute of Water and Atmospheric Research dari Selandia Baru.
 
 Pengkaji mengumpulkan kira-kira 30.000 binatang laut (banyak diantaranya belum ditemui sebelum ini) sepanjang kajian kira-kira 35 hari di perairan Antartika di bulan Februari dan Mac. Berikut ialah 10 daripada beberapa binatang unik dan baru ditemui .

Sejenis bintang-laut kecil pada kedalaman sekitar 492 feet (150 meter).

Ikan bergigi pisau dan bermata biru safir.

Sejenis Crustacean yang mirip udang ditemui pada kedalaman 985 feet.

Tulahan : Analisa warna - Hanya KUNING boleh mengubah semua warna lain

http://mynewshub.my/bm/files/2011/06/8-Lelaki-Pakai-Baju-Kuning-Bertulis-Bersih-Ditahan.jpg

Perkembangan politik di Malaysia semakin menarik. Cuba kita menganalisa berdasarkan warna simbol parti dan organisasi. Kenapa BERSIH 2.0 memilih warna Kuning bukan warna lain seperti warna putih yang nampak bersih.

Sebelum itu, cuba perhatikan warna simbol parti politik utama iaitu BN (Biru Tua), UMNO (Merah), PAS (Hijau) dan PKR (Biru Muda) dan DAP (Merah).

Kesilapan memilih warna akan menyebabkan terserlah kemuraman warna tersebut. Contohnya kalau Biru Tua dicampur dengan Merah menjadi Unggu (warna menjadi tidak menarik dan gelap).

Thursday, June 30, 2011

Hotel yang diperbuat daripada emas tulen

Swisshorn Gold Palace Hotel di Hong Kong : Sebagai usaha menarik pelangan yang ramai maka semua furniture hotel ini diperbuat daripada emas tulen.
Luas Bangunan ini 650m2 ,dari produsen perhiasan Lam Sai. . Mr Lam memutuskan untuk membina hotel mahal ini berasal dari keinginan Raja Han yang ingin membina istana dan dihadiahkan kepada isterinya.

Wednesday, June 29, 2011

10 kelab bolasepak terkaya di dunia

Dua kelab besar Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona tercatat sebagai kelab dengan jumlah pendapatan tertinggi di dunia. Sementara Manchester United, yang terbelit dengan hutang besar, turun ke posisi ketiga.

Berikut senarai dengan jumlah pendapatan tertinggi berdasarkan laporan Deloitte serta dari sumber Reuters.

http://varolmak.com/realmadrid/real-madrid-2.jpg
1 (posisi tahun sebelumnya: 1) REAL MADRID
Total pendapatan : 401,4 juta euro
Pendapatan dari tiket pertandingan: 101,4 juta euro
Hak siaran : 160,8 juta euro
Komersial: 139,2 juta euro

http://www.fcbarcelona.com/web/downloads/sala_premsa/fotos/FUTBOL_Foto_oficial_temporada_2006-07.jpg
2 (3) FC BARCELONA
Total pendapatan: 365,9 juta euro
Pendapatan dari tiket pertandingan: 95,5 juta euro
Hak siaran: 158,4 juta euro
Komersial: 112,0 juta euro

http://www.solarnavigator.net/sport/sport_images/manchester_united_fc_team_group_photo_2005.jpg
3 (2) MANCHESTER UNITED
Total pendapatan: 327,0 juta euro
Pendapatan dari tiket pertandingan: 127,7 juta euro
Hak siaran: 117,1 juta euro
Komersial: 82,2 juta euro

http://freekicker.files.wordpress.com/2007/07/bayern-munich.jpg
 4 (4) BAYERN MUNICH
Total pendapatan: 289,5 juta euro
Pendapatan dari tiket pertandingan: 60,6 juta euro
Hak siaran: 69,6 juta euro
Komersial: 159,3 juta euro

23 lukisan termahal di dunia

Kasimir Malevich “Suprematist Composition” in 1916.
It was sold in 2008 for $ 60.0 million.


Vincent van Gogh, “Portrait of Dr. Gachet” in 1890. Sold May 15, 1990 for $ 82.5 million

Leonardo da Vinci’s “Portrait of Mrs. Lisa Giocondo” 1503-1505 years. The only painting in the Louvre, which is not insured, as they say in the Louvre, “Because it is invaluable.” In 1962, before the show in its U.S. insurance cost was estimated at $ 100 million.

Tuesday, June 28, 2011

10 pantai dengan ombak terganas di dunia

Sukan papan luncur memerlukan ombak sebagai salah satu unsur yang memegang peranan penting. Makin ganas ombak, makin rancak dan menarik pula pertunjukkan papan luncur. Tak hairan jika banyak atlet peluncur yang mencari pantai dengan ombak ganas di seluruh dunia.

Dari data yang bersumber dari International Surfing Association, terdapat 10 pantai yang mempunyai ombak terganas.
1. Cyclops (remote south coast Western Australia)


2. Teahupoo (Tahiti)


3. Shipsterns (Tasmania, Australia)


4. Dungeons (Cape Town, South Africa)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh82T6TLBhj-TCX0GbkLZiTWKfWfTtWUJLbahhEkt2u2g8hzxTkNCyHiocKCku07ZQ4mzvYX4-qKt537tJY4uUakzP1Cb-r6QRwFVDc4kAdOZm0ez-fMgJW7iO6Cr4RBIe76yifHRantrQ/s400/4.jpg

Monday, June 27, 2011

10 kesan merokok kepada perokok

Jika anda merokok, anda sudah tahu anda patut berhenti. Merokok buruk bagi jantung anda, paru-paru, otak, dan malah kehidupan seks anda.

Tapi anda sudah berhenti dari semalam jika kesan buruk merokok itu jelas kelihatan. Contohnya, jika setiap rokok menimbulkan tompok hitam di muka anda , baru anda mahu berhenti.

Merokok telah merosakkan penampilan anda. Baca terus untuk menemui 10 kesan merokok yang akan merosakkan penampilan anda.

Selaput bawah mata dan katarak mata
Jangan anda benci kalau anda tidak boleh nyenyak tidur malam kerana merokok dan anda akan kelihatan tidak cukup tidur.

Menurut kajian John Hopkins perokok 4 kali lebih besar kemungkinan tidak boleh berehat dibandingkan yang tidak merokok.

http://yoancosmos.files.wordpress.com/2010/05/katarak.jpg
Katarak adalah sejenis kerusakan mata yang menyebabkan lensa mata berselaput dan rabun. Lensa mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya, bervariasi sesuai tingkatannya dari sedikit sampai keburaman total dan menghalangi jalan cahaya.
Semakin banyak merokok, semakin besar kemungkinan mata terkena katarak. Hati-hati, kawan, katarak boleh menyebabkan buta.
Kulit bersisik


Kulit bersisik boleh menimpa sesiapa sahaja termasuk yang tidak merokok. Tetapi resiko kulit bersisik amat tinggi bagi perokok.

Menurut sebuah kajian tahun 2007, jika anda mengisap satu bungkus rokok sehari selama 10 tahun atau kurang, risiko kulit bersisik meningkat 20%, 11-20 tahun risiko anda adalah 60% lebih tinggi, dan bagi mereka yang merokok lebih dari 20 tahun resiko meningkat 50 %,(malah kesan merokok semasa hamil atau masa kanak-kanak dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi.)
http://www.aafp.org/afp/20001015/1823_f2.jpg

Gigi kuning


Apakah anda tida suka gigi yang putih? Kalau anda merokok sila ucapkan selamat tinggal buat gigi putih.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJ6Y04w29R1eJkm9bEv245M2_CLE-66aoRWQshNlRtehykGQNvfIO2oL-dOoiaOQvi-xccZjdy7XJhEoara2N7ImqBxpACKHP8KdVsa26uaMOy3CgYAw7Edea_3fgUz0gF9Mn-f5WlfwYk/s1600/gigi_kuning_perokok_100506065036.jpg

14 negara yang gagal

1. Somalia


Somalia adalah sebuah negara di pesisir Afrika Timur yang ada secara de jure. Somalia tidak mempunyai pemerintah pusat yang diakui, tidak ada mata wang nasional atau ciri-ciri lain yang berhubungan dengan sebuah negara berdaulat.

Kuasa pemerintahan berada di tangan pemerintah yang tidak diakui, iaitu Somaliland, Puntland dan Gembong iaitu kumpulan militan kecil yang saling bermusuhan, di mana ketiga-tiganya memimpin pemerintahan . Somalia telah menduduki peringkat 1 Failed State Index selama beberapa tahun terakhir.

2. Zimbabwe


Ekonomi Zimbabwe terus mengalami kemorosotan selama beberapa waktu. Inflasi negera ini terus meningkat hingga 2,2 juta peratus,[1] yang menjadi inflasi tertinggi di dunia.[2] Akibat inflasi yang tinggi tersebut, bank sentral Zimbabwe sudah mengeluarkan 4 versi mata wang sehingga sekarang.

Terakhir sekali bank sentral Zimbabwe mengeluarkan pecahan $ 100,000,000,000,000 (100 triliun dolar!!!!) yang menjadi wang dengan nominal terbesar di dunia yang kemudian digantikan dengan dolar versi ke-4 di mana setiap $ 100,000,000,000,000 (100 triliun dolar) wang lama digantikan menjadi $1 wang baru.

Dengan ekonomi yang terus buruk sekarang bank sentral Zimbabwe memutuskan untuk membenarkan rakyatnya menggunakan mata wang dolar Amerika sebagai mata wang untuk menstabilkan kembali ekonomi Zimbabwe.

3. Sudan


Sudan adalah negara yang terletak di timur laut Afrika. Sudan adalah negara terbesar di Afrika dan di daerah Arab dan kesepuluh terbesar di dunia. Lokasi sekolah hanya terdapat di sejumlah bandar, yang mana kebanyakan sekolah yang terletak di bahagian Selatan dan Barat telah rosak malah hancur akibat konflik di negara tersebut.

Pada tahun 2001, Bank Dunia menganggarkan bahawa jumlah pelajar Sekolah Dasar adalah 46% dan 21 % dari pelajar sekolah menengah yang terdiri dari pelajar yang memenuhi syarat. Tahap pencapaian persekolahan di Sudan sangat pelbagai, di beberapa bahagian hanya mencapai di bawah 20 %.

Sudan mempunyai 19 universiti berbahasa Arab. Pendidikan di tingkat menengah dan pendidikan tinggi di universiti mengalami masalah halangan yang serius disebabkan oleh sebahagian besar penduduk lelaki terlibat dengan operasi ketenteraan sebelum dapat menyelesaikan pendidikan mereka.

Sunday, June 26, 2011

Hagia Sophia dari gereja menjadi masjid

Sebelum menjadi masjid, Hagia Sofia adalah gereja umat Kristian Timur yang dibina oleh Constantius, putera Kaisar Constantine Agung. Gereja ini sering jatuh bangun dilanda gempa.

Walaupun bangunannya dibuat berbentuk kubah tahan gempa, tapi tetap runtuh. Pada tanggal 7 Mei 558 M, semasa Kaisar Justinianus, kubah sebelah timur runtuh terkena gempa.

Pada tanggal 26 Oktober 986, pada masa pemerintahan Kaisar Basil II (± 958-1025), sekali lagi masjid ini terkena gempa.



Hagia Sophia dari luar


Ketika Konstantinopel jatuh ke tangan tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad II bin Murad II Turki Usmani (yang terkenal dengan julukan ‘al-Fatih’ / sang penakluk) pada tanggal 27 Mei 1453.

Ketika memasuki kota itu, al-Fatih turun dari kudanya dan melakukan sujud syukur kepada Allah SWT. Lalu beliau pergi ke Gereja Hagia Sofia dan memerintahkan untuk mengubahnya menjadi Masjid yang terkenal dengan nama Masjid Aya Sofia.

Nama Konstantinopel pun beliau ganti menjadi Islam Pol (Kota Islam) yang ucapannya berubah menjadi Istanbul.

Hagia Sophia dari dalam

10 sungai terpanjang di dunia

Sungai merupakan jalur aliran air dari darat ke laut yang umumnya airnya berasal dari air hujan, titisan salji atau dari mata air. Air sungai biasanya mempunyai rasa yang tawar dengan warna dan kandungan yang berbeza-beza antara sungai yang satu dengan yang lain. Berikut ini adalah senarai 10 sungai terpanjang di dunia :

10. Sungai Lena berada di Eropah (Rusia) mempunyai panjang 4400 km

sungai lena

9. Sungai Amur berada di Eropah dan Asia mempunyai panjang 4444 kilometer

sungai amur

8. Sungai Congo berada di Afrika mempunyai panjang 4700 kilometer

sungai kongo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...