Perkembangan politik di Malaysia semakin menarik. Cuba kita menganalisa berdasarkan warna simbol parti dan organisasi. Kenapa BERSIH 2.0 memilih warna Kuning bukan warna lain seperti warna putih yang nampak bersih.
Sebelum itu, cuba perhatikan warna simbol parti politik utama iaitu BN (Biru Tua), UMNO (Merah), PAS (Hijau) dan PKR (Biru Muda) dan DAP (Merah).
Kesilapan memilih warna akan menyebabkan terserlah kemuraman warna tersebut. Contohnya kalau Biru Tua dicampur dengan Merah menjadi Unggu (warna menjadi tidak menarik dan gelap).
Kajian dikalangan orang awam memilih warna Hijau dan Oren sebagai warna yang menarik. Sebab itulah Pakatan Rakyat memilih warna Oren sebagai lambang konvensyen yang diadakan.
Bagaimana Biru boleh menjadi menjadi Hijau dan Merah boleh menjadi Oren? Kuninglah jawapannya.
Biru dicampur dengan Kuning akan menjadi Hijau. Merah dicampur dengan Kuning menjadi Oren.
Kenapa tidak warna Putih ? Kerana bila Biru dicampur dengan Putih akan menjadi Biru Muda dan Merah dicampur dengan Putih akan menjadi Merah Muda. Ertinya warna putih tidak mempengaruhi warna asal.
Bagaimana dengan warna lain silakan dicuba sendiri dengan campuran warnanya.
Kalau dicampur-campur ternyata memang Kuning lebih fleksible (boleh guna dimana saja dan merubah warna asalnya).
Andai Biru berdiri sendiri memang kelihatan muram, Merah berdiri sendiri kelihatan teguh dan bila Kuning berdiri sendiri kelihatan cerah. Tapi kalau Kuning dicampur dengan warna apapun menambahkan suasana cerah dan semangat.
Itulah kelebihan warna Kuning. Warna BERSIH 2.0 menampak semangat dan ceria malah berseri . Semua warna lain tidak mampu mengubah semua warna asal lain . Hanya Kuning yang mampu mengubahnya,dan sekarang telah dibuktikan!
Jika nak tukar pekatnya warna Biru Tua kepada warna Hijau. Gunalah warna Kuning pasti berubah Biru Tua itu. Jadi faham-faham sajalah , UMNO / BN begitu takut kepada warna Kuning.
No comments:
Post a Comment