Thursday, May 28, 2020

Tulahan : Maufakat Nasional bukan pilihan terbaik Pas


Assalam,

Serahkan kami kerusi dimenangi Umno, Muhyiddin beritahu PAS | Free ...

Apabila tersebar berita Tun dan PH sudah cukup kerusi mengatasi PN , hanya menunggu parlimen bersidang untuk mengemukakan usul tak percaya kepada TS Muhyiddin. Ramai pemimpin terutama pemimpin Umno meminta TS Muhyiddin segera mengadap Agung membubarkan parlimen.

Mengapa pemimpin Umno sangat berharap parlimen dibubarkan ? kerana Umno sudah berkira akan menang besar apabila dicampur undi BN dan Pas akan memenangi banyak kerusi termasuk mengatasi undi PH di banyak kerusi yang dimenangi PH.

Namun, TS Muhyiddin pasti tidak mengikut mengikut saranan Umno ini memandangkan Umno tidak mahu mengikat perjanjian dengan Bersatu kerana kerusi-kerusi yang ditandingi PPBM adalah kerusi-kerusi yang sama ditandingi Umno dan Pas.

Sekiranya parlimen dibubarkan , Bersatu dan kumpulan Azmin pasti akan kecundang di semua kerusi yang ditandingi. TS Muhyiddin dan Azmin sedang berusaha mempertahankan kerajaan PN . Jika berjaya, mereka akan memperkukuhkan Bersatu dengan membentuk pakatan baru menghadapi PH dan BN dalam PRU 15.


Oleh sebab itulah ada berita Azmin meminta semua pengikutnya yang bukan Melayu menyertai Gerakan kerana Bersatu adalah parti Melayu. Kemungkinan juga Azmin menyertai Gerakan atau menubuhkan parti baru yang berbilang bangsa mirip PKR.

Adakah Pas akan kekal bersama Umno dalam Maufakat Nasional? Pas adalah parti yang mempunyai impian yang besar dan bukan sebuah parti yang mudah menyerahkan kerusi yang ditandingi kepada parti lain.

Sejarah membuktikan Pas sanggup bertanding 3 penjuru walaupun sudah ada perjanjian dengan parti lain yang bertanding di kerusi berkenaan. Contohnya, semasa PRU tahun 2013, Pas meletakkan calon di kerusi Kota Damansara walaupun kerusi berkenaan dipersetujui ditandingi PKR.

Maufakat Nasional yang dibentuk oleh Pas dan Umno setakat ini masih belum diuji kukuhnya ikatannya. Walaupun sudah mempunyai kerajaan negeri masing-masing , tapi kerajaan negeri Pas dan kerajaan negeri BN tidak dapat mewujudkan kerajaan Maufakat Nasional.

Kerajaan negeri Pahang dan Perlis yang di kuasai BN tidak dilantik wakil Pas sebagai exco, manakala kerajaan Kelantan dan Terengganu yang dikuasai Pas tidak dilantik wakil Umno sebagai Exco.

Pas juga tidak dilantik sebagai exco dalam kerajaan PN di Johor yang diketuai Umno. Sedangkan wakil Umno dilantik sebagai Exco dalam kerajaan PN di Kedah yang diketuai Pas.

Bersatu nampaknya lebih memberi ruang kepada Pas dalam kerajaan negeri yang diketuainya di Perak. Dua exco dan Timbalan Speaker dari Pas dilantik walaupun Pas hanya ada 3 adun.

TS Muhyiddin juga banyak memberi  jawatan penting kepada Pas dalam kerajaan Pusat selain Menteri dan Timbalan Menteri. Perlantikan wakil Pas sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang adalah bukti TS muhyiddin memberi perhatian kepada Pas walaupun Lembaga Pertubuhan Peladang menjadi tumpuan Umno untuk dikuasai.

Umno sangat bersungguh dengan Maufakat Nasional kerana Umno akan mendapat keuntungan besar hasil dari maufakat ini. Pas pula nampaknya hanya mengikut sahaja haluan yang dibawa oleh Umno , walaupun hakikatnya Pas akan rugi besar jika terus bersama Umno.

Umno sekarang cukup beruntung bersama Pas kerana musuh sebenar Umno sejak dahulu adalah Pas. Malah, dalam PRU 14 banyak kerusi-kerusi yang dimenangi Umno disaingi rapat oleh Pas bukan Pakatan Harapan.

Sekiranya, Pas berjaya dijinakkan oleh Umno. Umno akan bergaya mempertahankan kerusi-kerusi tersebut ,walaupun sebenarnya sekiranya Pas tidak bersama Umno dan mengikat kerjasama dengan parti lain . Banyak kerusi-kerusi tersebut boleh ditandingi oleh Pas dan Pas boleh memenangi banyak kerusi pada PRU 15.

Merujuk negeri Perak pada PRU 14 , 12 kerusi yang ditandingi Pas berada di kedudukan kedua di belakang Umno. Sekiranya Pas bersama Umno, semua kerusi-kerusi tersebut akan kekal ditandingi Umno kerana Umno memenangi kerusi tersebut pada PRU 14.

Namun, sekiranya Pas bersama parti lain , Pas berpeluang bertanding di semua kerusi tersebut kerana berada lebih tinggi daripada PH

BIL
DUN
PRU 14
MAJ BN
PARTI BERTANDING PRU 15
MAJ PAS+PH
PARTI BERTANDING PRU 15
1
SELINSING
BN
97
BN
3919
PAS
2
LUBUK MERBAU
BN
409
BN
3770
PAS
3
ALOR PONGSU
BN
1162
BN
3433
PAS
4
BOTA
BN
1822
BN
2248
PAS
5
BATU KURAU
BN
2308
BN
743
PAS
6
TRONG
BN
1898
BN
648
PAS
7
KAMPUNG GAJAH
BN
3345
BN
516
PAS
8
PENGKALAN HULU
BN
2375
BN
336
PAS
9
BELANJA
BN
2729
BN
142
PAS
10
TEMENGOR
BN
3935
BN
-          129
PAS
11
KOTA TAMPAN
BN
2302
BN
-          468
PAS
12
KENERING
BN
3268
BN
-          1436
PAS

Begitu juga di Pahang , terdapat 20 kerusi yang ditandingi Pas berada di kedudukan kedua di belakang Umno. Sekiranya Pas bersama Umno, semua kerusi-kerusi tersebut akan kekal ditandingi Umno kerana Umno memenangi kerusi tersebut pada PRU 14.

Namun, sekiranya Pas bersama parti lain , Pas berpeluang bertanding di semua kerusi tersebut kerana berada lebih tinggi daripada PH.

BIL
DUN
PRU 14
MAJ BN
PARTI BERTANDING PRU 15
MAJ PAS+PH
PARTI BERTANDING PRU 15
1
KUALA SEMANTAN
BN
474
BN
5621
PAS
2
CEKA
BN
202
BN
2728
PAS
3
TIOMAN
BN
1280
BN
1749
PAS
4
PULAU TAWAR
BN
587
BN
1386
PAS
5
SUNGAI LEMBING
BN
1968
BN
719
PAS
6
PADANG TENGKU
BN
1244
BN
59
PAS
7
JENDERAK
BN
1713
BN
 -          91
PAS
8
PULAU MANIS
BN
2334
BN
 -          233
PAS
9
BUKIT IBAM
BN
2478
BN
-          352
PAS
10
INDERAPURA
BN
2165
BN
-          359
PAS
11
KERDAU
BN
1934
BN
-          636
PAS
12
KUALA SENTUL
BN
2039
BN
-          740
PAS
13
GUAI
BN
3295
BN
-          748
PAS
14
DONG
BN
3832
BN
-          1490
PAS
15
BATU TALAM
BN
4320
BN
-          1879
PAS
16
MUADZAM SHAH
BN
4840
BN
-          2059
PAS
17
JELAI
BN
3507
BN
-          2209
PAS
18
CHINI
BN
4622
BN
-          3557
PAS
19
PERAMU JAYA
BN
7182
BN
-          4538
PAS
20
BEBAR
BN
5720
BN
-          4752
PAS

Pas juga tidak akan sanggup membenarkan kerusi yang dimenangi di Terengganu dan Kelantan diserahkan kepada Umno kerana kerusi berkenaan sudah dimenangi Pas.

Umno hanya memenangi 10 daripada 32 kerusi di Terengganu dan 7 daripada 45 kerusi di Kelantan. Pas pastinya akan mempertahankan 22 kerusi yang dimenangi, malah Pas juga mempunyai impian merampas 3 kerusi yang dimenangi Umno dengan majoriti sangat kecil iaitu Kuala Besut (143), Batu Rakit (299) dan Bukit Besi (46).

Pas akan lebih mudah mengikat perjanjian dengan parti lain selain Umno untuk memastikan Pas merampas 3 kerusi berkenaan serta menyerahkan 7 kerusi lagi yang dimenangi Umno kepada parti lain.

BIL
DUN
MAJORITI
PARTI
1
KUALA BESUT
143
BN
2
KOTA PUTERA
1,181
PAS
3
JERTIH
1,381
BN
4
HULU BESUT
1,469
BN
5
JABI
55
PAS
6
PERMAISURI
1,970
BN
7
LANGKAP
3,446
BN
8
BATU RAKIT
299
BN
9
TEPUH
2,717
PAS
10
BULUH GADING
4,567
PAS
11
SEBERANG TAKIR
1,884
BN
12
BUKIT TUNGGAL
2,344
PAS
13
WAKAF MEMPELAM
7,378
PAS
14
BANDAR
2,091
PAS
15
LADANG
363
PAS
16
BATU BURUK
5,288
PAS
17
ALUR LIMBAT
4,194
PAS
18
BUKIT PAYUNG
4,488
PAS
19
RU RENDANG
6,028
PAS
20
PENGKALAN BERANGAN
490
PAS
21
TELEMUNG
4,159
BN
22
MANIR
2,844
PAS
23
KUALA BERANG
1,070
PAS
24
AJIL
4
PAS
25
BUKIT BESI
46
BN
26
RANTAU ABANG
4,452
PAS
27
SURA
7,162
PAS
28
PAKA
3,405
PAS
29
KEMASIK
2,164
PAS
30
KIJAL
1,265
BN
31
CUKAI
4,881
PAS
32
AIR PUTIH
746
PAS

Umno pula mustahil hanya menyerah sahaja untuk bertanding di 10 kerusi yang di menangi pada PRU 14. Sedangkan Umno Terengganu mempunyai hasrat untuk merampas kembali Terengganu dari Pas.

Kemenangan Pas pada PRU 14, adalah penolakan sementara rakyat Terengganu terhadap Umno . Rakyat Terengganu akan memilih kembali Umno jika Umno sudah berubah. Pas pernah memerintah Terengganu pada PRU 1999 namun pada PRU 2004 , Umno merampas semula Terengganu dari Pas.

Umno hanya memerlukan hanya 7 kerusi untuk memerintah Terengganu dengan mengekalkan 10 kerusi yang dimenangi pada PRU 14. Terdapat  8 kerusi yang dimenangi Pas menjadi tumpuan kerana majoritinya kecil iaitu Ajil (4), Jabi (55), Ladang (363), Pengkalan Berangan (490), Air Putih (746), Kuala Berang (1070), Kota Putera (1181) dan Jertih (1381)

Bagaimana pula dengan kerusi di Kedah dan negeri-negeri lain. Terdapat 13 kerusi daripada 15 kerusi yang dimenangi oleh Pas di Kedah mengatasi Umno bukan PH. Manakala 3 kerusi yang dimenangi oleh Umno dengan majoriti tipis di bawah 700 undi mengatasi Pas bukan PH.

Persaingan dikerusi-kerusi majoriti Melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah , Pahang dan Perak adalah antara Umno dan Pas. Sekiranya Pas kekal dalam Maufakat Nasional dan mengikut sahaja haluan yang dibawa Umno pastinya merugikan Pas.

Pas perlu mencari rakan baru yang boleh memberi keuntungan kepada Pas di negeri-negeri yang menjadi tumpuan Pas. Parti yang akan menjadi rakan baru Pas pastinya bukan PH kerana PH disertai Dap.

Pas juga tidak mendapat sokongan penuh ahli akar umbi selama kerjasama dengan Umno. Pas akan kehilangan undi akar umbi jika terus bersama Umno. Pas masih mendapat undi kumpulan ini kerana bertanding bersendirian pada PRU 14.

Umno juga adalah parti yang terpalit dengan rasuah dan tabiat ini masih berakar dalam Umno. Pas juga tahu hakikat jika bersama Umno, parti Islam ini akan turut dikaitkan dengan tabiat buruk Umno ini. Pas perlu mencari parti lain yang lebih bersih dan diterima ahli akar umbi.

Pas juga tentu tidak mahu terus kekal bekerjasama dengan Mca yang bersama Umno dalam BN kerana Pas serang teruk kerana gagal menentang kehendak Mca. Tiada bezanya Mca dengan Dap malah Mca lebih teruk lagi anti Islam dan rasisnya.

Justeru, parti yang paling selesa dimanfaatkan oleh Pas adalah gabungan Bersatu, parti baru Azmin serta Gerakan.

Semuanya bergantung kepada Pas, Pas sebuah parti yang sudah lama bertapak di Malaysia . Pas mempunyai pengalaman bertanding bersendirian, Pas mempunyai pengalaman bergabung dengan parti lain dalam CCC, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, Gagasan Sejahtera dan kini Maufakat Nasional. Pas juga pernah menyertai Barisan Nasional yang akhirnya ditendang keluar oleh Umno pada tahun 1978. 

Wassalam


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...