Saturday, June 2, 2018

Tulahan : Menang berstrategi, kalah dicemar akhlak


Salam,
Image result for parti amanah parit buntar

Sudah lama tak menulis, penulis cadang nak menulis sebelum pru 14 tapi tak sempat. Bila ada kesempatan ini, penulis dapatlah menulis sikit tentang perjuangan bersama parti baru.

Sebelum pru 14, parti baru kawasan penulis terus bergerak melaksanakan program. Penambahan ahli baru dan cawangan terus berjalan tapi agak perlahan kerana banyak tumpuan kepada pilihanraya.

Program kebajikan parti baru sama macam parti lama berjalan lancar malah lebih banyak sumbangan kebajikan disampaikan kepada yang memerlukan. Program seumpama cakna rakyat ajuran parti lama turut dapat dijalankan parti baru dengan nama lain iaitu mini karnival harapan.

Setahun sejak tulisan terakhir , tumpuan lebih banyak kepada gerak kerja pilihanraya. Zahir Nampak macam parti baru tak banyak program politik . Dalam masa setahun , program politik terbuka yang dibuat hanya tiga ceramah besar sahaja, ceramah kelompok langsung tiada.

Benarkah tiada program politik ? Inilah yang membezakan parti baru dengan parti lama. Dunia politik sekarang sudah banyak berubah. Pengundi berumur 55 tahun ke atas semakin kurang. Pengundi di bawah umur 55 tahun semakin bertambah.

Justeru, kempen paling berkesan adalh kepada kumpulan umur 55 tahun ke bawah. Pengundi kumpulan umur ini rata-ratanya mempunyai handphone yang boleh akses internet walaupun tinggal di kampung-kampung. Majoritinya mempunyai facebook dan Whats Apps . Selama setahun, kempen melalui media sosial ditumpukan kepada kumpulan umur ini setiap hari.


Selama setahun sehingga hari pilihanraya , pengundi ini menerima bahan kempen. Mereka melihat dan membaca walaupun tidak ramai yang memberi maklum balas, menekan ‘like’ di facebook kerana takut dilabel dan diketahui menyokong pakatan harapan.

Yang ‘like’ hanya yang berani dan kuat menyokong PH. Yang melawan pun tak ramai, Cuma yang melawan ini mereka zahirkan penentangan mereka melalui komen yang penuh dengan maki hamun, caci nista, cemuhan dan sindiran kepada parti baru. Komen melawan sebegini datangnya dari penyokong tegar parti lama

Setahun lamanya, pengundi atas pagar melihat gelagat penyokong parti lama memberi komen tidak berakhlak. Mereka mendabik dada, merekalah pejuang Islam tapi komen mereka sungguh tidak berakhlak dan lari terus dari akhlak pejuang Islam.

Yang pastinya mereka tidak sedar bahawa pengundi atas pagar melihat setiap komen yang mereka tuliskan. Pengundi atas pagar yang hendak menyokong parti lama berubah kepada menyokong PH atau BN.

Bila bubar parlimen, kecaman dan maki hamun semakin teruk . Macam-macam yang mereka komen merendahkan parti baru sehingga ke tahap meletak parti baru terlalu rendah, tidak ada petugas, tidak ada bendera , tidak akan mendapat sokongan langsung dan akan hilang deposit .

Sememangnya, penulis risau dengan petugas, berapa ramai petugas yang berani menunjukkan muka bekerja semasa tempoh berkempen. Penulis tahu, ramai yang menyokong tapi tak ramai yang berani ke depan kerana takut dilabel dan dipulau.

Percubaan pertama , hendak melihat ramai atau tidak petugas pilihanraya adalah dengan mengadakan pelancaran pusat operasi dan petugas pilihanraya pada waktu siang hari. Jika buat pada waktu malam , tidak dapat melihat keberanian petugas.

Alhamdulillah, kehadiran pada petang itu melebihi 500 orang, semua kerusi penuh. Petugas semua parti dalam PH hadir menunjukkan komimen untuk bertugas. Penulis rasa lega melihat kehadiran pada petang itu kerana risau juga jika tak ramai hadir pasti hari penamaan calon lagi teruk.

Pada hari penamaan calon , 600 helai baju habis dipakai , ramai yang tidak dapat baju namun tetap berarak menunjukkan sokongan. Memanglah tidak dapat mengatasi jumlah kehadiran parti lama tetapi menjawab tohmahan mereka bahawa parti baru tidak ada sokongan.

Tempoh kempen pilihanraya, strategi kempen semasa dalam tempoh kempen memang berbeza dengan parti lama dulu. Tumpuan kempen berfokus kepada Daerah Mengundi (DM) yang mampu melonjak undi PH. DM lain sudah cukup setahun pengundi menerima bahan kempen PH.

Pendekatan kempen yang lebih terbuka dan mesra pengundi memang menampak kejayaan. Pengundi lebih yakin dengan kemampuan calon PH melalui kempen terbuka. Ucapan terbuka di pasar , pasar malam dan pasar sehari diikuti ceramah terbuka menarik kehadiran dan keyakinan pengundi

Berbeza dengan dengan parti lama dan BN, pendekatan kempem mereka lebih tertutup . Masih dengan cara lama, ceramah kelompok di pos parti masing-masing, ceramah kepada penyokong parti . Strategi mereka lebih kepada mengepung pengundi parti masing-masing. Tidak ada ceramah terbuka menyebabkan pengundi tidak dapat melihat penampilan dan kewibawaan calon.

Sahabat penulis dalam parti lama ada bagi tahu parti lama juga buat kempen media sosial diurus student u . Namun bagi penulis kempen yang mereka lakukan tidak sepenuhnya, ala kadar sahaja. Mereka mungkin dah yakin boleh menang bila tengok peningkatan ‘like’ page parti lama. Mereka tidak sedar yang ‘like’ itu bukan semua pengundi tempatan sebaliknya dari seluruh negara. Memang jika dilihat ‘like’ page-page facebook parti lama mengila semasa tempoh kempen pilihanraya.

Calon BN pun ada buat kempen media sosial selepas hari penamaan calon. Namun, page facebooknya dihentam teruk penyokong parti lama. Penuh dengan caci maki, cercaan, sindiran yang penulis sendiri tak sanggup baca. Kesilapan calon BN ini ialah melayan komen-komen ini. Penulis simpati dengan calon BN ini kerana dia juga pernah menjadi rakan sekerja penulis.

Sebelum pilihanraya , Bilik Operasi kami  dah menjangkakan PH akan menang di parlimen dan satu Dun yang mempunyai lebih 35% pengundi bukan Melayu. Kami jangkakan akan sengit di Dun yang mempunyai hanya 25% pengundi bukan Melayu dan kami jangkakan persaingannya adalah dengan parti lama bukan dengan BN kerana BN sememangnya sebelum-sebelum ini sokongan pengundi Melayunya di bawah 40% . Tambahan pula dengan pelbagai isu negatif yang ada pada BN. Tentulah undi Melayu BN akan makin berkurang.

Pada hari pengundian, semua pusat pengundian dikuasai oleh pondok panas parti lama dan BN. Sememangnya, pondok panas PH tidak banyak didirikan terutama di kawasan majoriti Melayu kerana tahu penyokong PH tidak akan berani berada di pondok panas PH takut dilabel dan dipulau. Justeru lebih baik tiada daripada ada.

Kami lebih menumpukan kepada persiapan penyediaan petugas PACA di semua saluran peti undi. Semua saluran mempunyai PACA PH, ramai sukarelawan dan NGO yang membantu . Pun begitu kebanyakan petugas PACA adalah pengundi dalam kawasan yang ditugaskan di pusat mengundi berlainan.

Setengah jam sebelum tamat pengundian, penulis dimaklumkan masih ramai yang beratur di beberapa pusat mengundi. Pada masa dah rasa peratus mengundi meningkat. Tamat masa mengundi, PACA mula memaklumkan jumlah yang keluar mengundi. Lebih 83% keluar mengundi, ada harapan untuk menang. Walaupun tinggi masih kurang dibanding pru 13 iaitu lebih 86%. 

Mungkin kerana pilihanraya pada hari Rabu yang menyebabkan rendah sedikit .
Sejam kemudian, Whats Apps borang 14 petugas PACA mula masuk dan ternyata benar jangkaan bilik operasi parlimen dan satu Dun dimenangi PH. Hanya satu Dun sangat sengit untuk ketiga-tiga parti. Di sinilah kita dapat melihat keberkesanan tumpuan kempen di beberapa Daerah Mengundi (DM). 

Semua DM tumpuan mencatatkan lonjakan sangat tinggi menutup kekurangan undi di DM yang lain. Semua kaum Melayu, Cina dan India memberi undi yang tinggi di DM tumpuan. Hasilnya, setelah ditolak undi pos dan undi awal , calon PH menang dengan majoriti 140 undi mengatasi calon BN di kedudukan ke 2.

Paling mengejutkan ialah kedudukan parti lama yang mempunyai sejarah parti terkuat di kawasan penulis berada di kedudukan ke 3 di ketiga-tiga kerusi. Undi parti lama berkurangan berbanding pru 2004 kerana pru 2004 adalah pilihanraya di mana parti lama mendapat undi solid hanya dari penyokong parti. Jelas, pengundi parti lama berkurangan kerana pengundi parti lama telah memberi undi kepada PH dan BN.

Kesilapan parti lama ialah terlalu yakin akan menang apabila melihat ‘like’ di page facebook yang melonjak, bendara yang banyak dan pondok panas yang meriah. Namun, mereka tidak tahu bahawa PH sudah berkempen terus kepada pengundi sejak setahun lamanya. Pengundi sekarang tidak melihat kepada bendera yang banyak dan pondok panas yang ramai.

Pengundi sekarang bermaklumat, mereka menilai bahan kempen yang masuk ke dalam handphone mereka. Pada hari mengundi seolah-olah mereka bersama parti lama tapi di dalam peti undi mereka memberi undi kepada PH.

Ada sahabat parti lama bagi tahu parti lama akan menang jika dua DM tidak dikeluarkan dari Dun berkenaan. Tidak juga, bila penulis buat semakan dengan memasukkan keputusan undi di dua DM tersebut ternyata yang menang bukan parti lama tapi BN. BN akan menang dengan majoriti 14 undi jika dua DM ini tidak dikeluarkan. Kasihan BN, SPR dipergunakan mengeluarkan dua DM yang majoriti pengundi parti lama untuk memenangkan BN tapi sebaliknya pula berlaku.  

Kekalahan parti lama di kedudukan ke 3 sepatutnya menjadi pengajaran kepada parti lama. Jangan sombong, jangan angkuh, jangan suka menghina, jangan suka memaki, mencaci parti baru. Jangan anggap parti lama seperti agama. 

Allah tidak suka sombong, parti lama sombong, Allah tidak suka caci maki, parti lama caci maki. Insaflah , bukan satu keizinan hanya kerana berada dalam parti lama boleh berakhlak buruk. Jangan putuskan silaturrahim hanya kerana saudara seagama menyokong parti baru. Inggatlah, Allah mengutuk dan melaknat orang yang memutuskan silaturrahim.

Walaupun menang 3-0, tidaklah parti baru merasa megah kerana banyak kerja yang perlu dibuat. Cawangan parti baru perlu ditambah bagi mengukuhkan akar umbi. Ahli yang setiap hari bertambah perlu diuruskan. Program kebajikan perlu diteruskan dan dipertingkatkan. Program dakwah yang strategik perlu diperkenalkan. Menjadi kerajaan tidak bermakna selesai kerja. Banyak yang perlu dilakukan. Selamat berjuang……

Wassalam

7 comments:

shukor said...

pengalaman orang yg mentadbir pilihanraya.

aprilia said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Akmal Farabi said...

Hello Everybody

boleh kenal

im kontengaptek

please visit

my blog

kamr said...


شركة مكافحة حشرات برأس تنورة

شركة مكافحة حشرات براس تنورة

roaa mohamed said...

وهي خدمة خاصة بوضع عفش الزبون داخل مستودعات تابعة لشركة بغاية تخزينها، فقد يريد تحديث البيت فيعوقه وجود العفش بيه فيطلب خدمة تخزين العفش لحين الحاجة إليه، وتمتاز خدمة تخزين العفش برخصها، وتقديمها لشهادة ضمان للزبون بعدم تعرض أثاثه لأي مكروه طول مرحلة التخزين، فالشركة تأمن مخازنها مقابل اعمال الإستيلاء والتلف، مقابل التعرض للنداوة والبلل، مقابل التعرض لأشعة الشمس المؤذية، مقابل التعرض للحشرات، مقابل التعرض للحرائق، واخيراً مقابل الخدش أو الكسر.
شركه نقل اثاث من الرياض الى القصيم
شركه نقل عفش من الرياض الى القصيم
شركه نقل عفش

seif said...

شركه المثاليه تم تصنيفها علي انها من افضل شركات نقل العفش بالدمام والبلاد المحيطه بها والمملكه باكملها حيث يوجد لدينا افضل عماله متميزه ومتمكنه في هذا المجال وافضل السيارات الناقله للعفش حيث يقومون باشياء لا يقدر علي فعلها الفرد العادي حيث نضمن لعملائنا سلامه العفش خلال عمليه النقل ويتغلف العفش باغلفه تضمن له عدم الخدش او المساس بشكله من جميع النواحي وبافضل اسعار ممكنه لعملائنا عليكم فقط بالاتصال بشركه المثاليه شركة المثالية لنقل العفش بالدمام ويوجد ايضا لدي شركه المثاليه قسم خاص بمكافحه الحشرات حيث لا يوجد مكان للحشرات للتعايش بيننا وعلينا ان نتخلص منها بافضل شكل ممكن بحيث لا تعود مجددا ونتميز نحن بامتلاكنا افضل المبيدات الحشريه التي تقضي عليها تماما وبطرق امنه بحيث لا توذي افراد المسكن وبافضل اسعار ممكنه تجدها لدينا عليكم فقط بالاتصال بنا من خلال شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالدمام التنظيف هو عمليه روتينيه تحاتجها المنازل بطريقه دوريه ويجب ان تتم بعنايه فائقه وباجهزه ومعدات حديثه كي تمم بافضل طريقه ممكنه وتحتاج الاماكن الكبيره الي عماله كبيره ذات خبره وهذا ما يتوفر لدينا فالفلل والمنازل والاماكن التجاريه دائما تحتاج الي عماله كبيره ذات خبره فائقه وهذا مايتوفر لدينا وعليكم فقط بالاتصال بنا شركة المثالية للتنظيف بالدمام ولدينا ايضا جميع مستلزمات التنظيف التي يحتاجها جميع الاماكن التي تحتاج الي تنظيف بشكل عام وبافضل اسعار ممكنه يصل الي خصم 40%

seif said...

واحده من افضل الشركات الرائده في نقل الاثاث داخل الرياض والبلاد المحيطه بها بفضل ماتعتمد عليه من معدات وادوات التي تعتمد علي استخدام التكنولوجيا التي تستخدم في نقل العفش والتي تضمن لجميع عملائنا سلامه العفش الذي ينقل من مكان اللي مكان اخر وعليكم ان تودعو اساليب التلقيديه المستخدمه في نقل الاثاث لانها عمليه لايكن علي الفرد العادي ان يقوم بها فقط عليكم الاتصال بشركه الصفراتشركة الصفرات لنقل الاثاث بالرياض وايضا يوجد لدي شركه الصفرات خدمات اخري مثل خدمات تسليك المجاري وشفط البيارات بجميع انواعها التي تسبب الروائح الكريهه ونعمل علي اختفائها بشكل نهائي ونملك افضل معدات واجهزه تعمل علي معالجه انسداد المجاري التي تسبب ازمه في المكان فقط عليكم الاتصال بشركه الصفرات شركة الصفرات لتسليك المجاري بالرياض كما يوجد ايضا لدي شركه الصفرات خدمه عزل الخزانات من ضمن الخدمات التي تقدمها شركه الصفرات لعملائها كما ان شركه الصفرات تعتبر افضل شركه للخدمات المنزليه وعزل ولحام الخزانات في الرياض وجميع مدن الممكله من خلال ما تملكه من معدات واجهزه متخصصه في المجال وافراد ذوي خبره في المجال فقط عليكم الاتصال بشركه الصفرات شركة الصفرات لعزل الخزانات بالرياض كما يوجد ايضا لدي شركه الصفرات خدمه كشف التسريبات لان تعتبر مشكله تسريبات المياه من المشاكل التي لها اضرار بالغه علي المنازل والتي تخل بالمنازل ويوجد لدي شركه الصفرات مجموعه متميزه من المعدات والاجهزه وايضا العماله ذات الخبره في هذا المجال وبافضل اسعار شامله الخصومات عليكم فقط الاتصال بشركه الصفرات شركة الصفرات لكشف التسربات بالرياض اذا كنت ترغب ف الحصول علي اعلي معدل نضافه للمنازل والفلل والتخلص من الاوساخ والرواسب التي تلازم منزله والتخلص من البكتيريا التي تتسبب في انتشار الامراض عليك فقط الاتصال بشركتنا حيث تجد افضل اسعار وافضل خدمه من خلال شركة الصفرات للتنظيف بالرياض شركه الصفرات من افضل الشركات الموجوده في مجال مكافحه الحشرات بشكل خاص وفي مجالات النظافه بشكل عام ولا يوجد في حياتنا مجال للحشرات للتعايش معانا ويجب ان نتخلص منها بافضل طريقه بحيث الا تظهر مجددا ونتميز نحن بافضل اساليب للتخلص من الحشرات من خلال افضل مبيدات وادويه للتخلص منها عليكم فقط بالاتصال بشركه الصفرات شركة الصفرات لمكافحة الحشرات بالرياض شركه الصفرات تتشرف ان تقدم لعملائها افضل خدمات تنظيف وغسيل وتطهير الخزانات بحيث ان تنظفها بافضل طرق للتخلص من الاوساخ الموجوده بداخلها ونقدم لعملائنا افضل الطرق في تنظيف الخزانات والمحافظه علي تدفق المياه بداخلها وعليكم فقط بالاتصال بشركه الصفرات حيث تجدو افضل الاسعار شركة الصفرات لتنظيف الخزانات بالرياض حيث انه يوجد لدينا جميع ادوات واجهزه التنظيف الحديثه ونتشرف باتصالكم بنا في اي وقت لاننا نعمل خلال 24 ساعه

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...