Sunday, April 30, 2017

Tulahan : AMANAH , PPBM " Kerana logo kalah pilihanraya"

Salam,


Invoke Malaysia telah selesai menjalankan kaji selidik "Vote Transfer" & Kecenderungan Pengundi Terkini . Dapatan kajian telah dibentangkan oleh Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi Ramli.

Seperti biasa kajian ini telah dikritik oleh pemimpin Pas yang tidak dapat menerima hasil kajian. Ada pemimpin Pas yang mendakwa kajian Invoke tak boleh dipercayai, sebaliknya mendabik dada kononnya Pas ada kajian dalaman yang tidak boleh didedahkan.

Dakwa pemimpin Pas itu, Pas ada tiga pusat kajian dan kajian yang Pas lakukan adalah dari rumah ke rumah oleh petugas tanpa gaji hanya mengharap pahala
Bagi yang pernah aktif dalam parti ini pastinya tersenyum membaca kenyataan pemimpin Pas ini. 

Mereka tahu selama dalam parti ini, setiap kali hampir pilihanraya, parti ini akan memanggil NGO-NGO yang membuat kajian seperti Ilham Centre untuk membentang hasil kajian untuk Pas gunakan mengatur strategi.

Jika betul ada kajian oleh tiga pusat kajian Pas , sila bentangkan. Tak perlu hendak mendabik dada jika sebenarnya, Pas tiada kajian pun hendak dibentangkan.

Pemimpin Pas ini juga mendakwa kajian yang dijalankan adalah kajian akar umbi, rumah ke rumah. Mungkin pemimpin Pas ini nak bagi tahu cula yang biasa dilakukan oleh orang-orang Pas atau oleh Ketua 10.

Tak perlulah hendak bermegah-megah dengan culaan ini. Bagi yang tak pernah berada dalam Pas bolehlah nak gebang tapi bagi yang pernah berada dalam Pas , minta maaflah.

Culaan ini hanya berkesan jika petugas Pas benar-benar bersungguh-sungguh melaksanakan culaan ini bukan sekadar mengisi kertas culaan tanpa turun ke medan.

Hanya di kawasan-kawasan yang akar umbi Pas bergerak , culaan ini berhasil diperoleh. Namun, kebanyakan kawasan Pas tidak mempunyai petugas yang benar-benar mampu melaksanakan culaan ini.

Tambahan pula sekarang, orang Pas yang ramai hanya hebat melaungkan ucapan istiqamah , bila diajak buat kerja parti jawapannya ‘isteridirumah

Akhirnya, yang berlaku adalah culaan rambang atau yang paling teruk berlaku ialah cula ayam. Apa dia cula ayam? Cula ayam ialah pengundi yang menerima anak ayam yang Pas sumbang dikira undi bulan.

Bukan Pas sahaja yang melakukan cula , semua parti melakukannya. Umno pun buat kerja cula mengggunakan KEMAS, JASA , JKKK dan sebangainya. Jadi, tak perlulah pemimpin Pas ini menyamakan kerja-kerja cula ini dengan kajian.


Ada seorang pensyarah yang berlindung dibalik papan kritik kajian ini kononnya , tak seimbanglah, psikologilah. Harap pensyarah ini gunakan kepakaran untuk tolong Pas buat kajian. 

Sejak pensyarah yang menyokong Pas tiada diambil tindakan, pensyarah ini tak putus-putus masuk kenyataan dalam akhbar membela Pas.

Kajian yang dijalankan oleh Invoke Malaysia memenuhi piawaian yang ditetapkan dan juga mematuhi spesifikasi antarabangsa.

Kajian kali ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temuramah menerusi telefon.Kaji selidik dijalankan selama dua bulan dari 6 Februari ke 6 April  2017. Pengundi dipilih dan didail secara rawak oleh sistem kaji selidik berkomputer Invoke.

Seramai 1.67 juta orang pengundi berdaftar didail secara rawak. Dari jumlah itu, 116,922 orang pengundi mengangkat telefon dan 10,523 orang pengundi menjawab kesemua 40 soalan yang ditanya.

10,523 responden jumlahnya besar yang mencapai standard kajian iaitu 1000 hingga 10 000 responden. Daripada 10 523 responden ini, 6642 adalah Melayu, 1899 Cina , 941 India dan 1041 Bumiputera

Penulis paparkan dapatan kajian invoke di bawah

Pertandingan 3 Penjuru – BN Vs PKR Vs Pas

PARTI
BN
PKR
Pas
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
TAK MAHU JAWAB
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
MAJ
UNDI (%)
29.8
22.3
11.2
13.7
20.9
2.1
7.5


Pertandingan 2 Penjuru – BN Vs PKR

PARTI
BN
PKR
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
TAK MAHU JAWAB
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
MAJ
UNDI (%)
33
30.4
12.7
20.2
3.7
2.6


Pertandingan 3 Penjuru – BN Vs PPBM Vs Pas

PARTI
BN
PPBM
Pas
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
TAK MAHU JAWAB
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
MAJ
UNDI (%)
30.5
18.4
10.8
14.6
20.9
4.8
12.1


Pertandingan 2 Penjuru – BN Vs PPBM

PARTI
BN
PPBM
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
TAK MAHU JAWAB
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
MAJ
UNDI (%)
34.6
22.6
15.1
21
6.7
12


Pertandingan 3 Penjuru – BN Vs AMANAH Vs Pas

PARTI
BN
AMANAH
Pas
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
TAK MAHU JAWAB
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
MAJ
UNDI (%)
32.2
16.1
12.5
15.9
20.1
3.2
16.1


Pertandingan 2 Penjuru – BN Vs AMANAH

PARTI
BN
AMANAH
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
TAK MAHU JAWAB
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
MAJ
UNDI (%)
36.5
21
16.4
20.2
5.9
15.5


Pertandingan 2 Penjuru – BN Vs Pas

PARTI
BN
Pas
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
TAK MAHU JAWAB
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
MAJ
UNDI (%)
35.9
19
12.8
20.6
11.7
16.9


Undi Kepada PKR dari kompenan PH

DAP
PPBM
AMANAH
87.2
80.3
80.4


Undi Kepada DAP dari kompenan PH

PKR
PPBM
AMANAH
81.7
69.8
85.1


Undi Kepada PPBM dari kompenan PH

PKR
DAP
AMANAH
66.3
61.4
78.0


Undi Kepada AMANAH dari kompenan PH

PKR
DAP
PPBM
61.0
65.5
68.2


Dapatan kajian ini , telah diterangkan secara terperinci oleh YB Rafizi semasa membentangkannya.

Walaupun BN paling tinggi antara parti yang bertanding , parti ini hanya mendapat undi di bawah 37 peratus undi. Peratus ini adalah rendah dan potensi untuk meningkat juga rendah berdasarkan populariti buruk parti ini.

Terdapat 35 peratus pengundi yang tidak tahu dan tidak mahu menjawab adalah penentu kepada kemenangan mana-mana parti. Jika, kumpulan pengundi ini mengundi parti-parti dalam PH maka PH akan berpeluang menang.

YB Rafizi juga tidak membentang secara terperinci dapatan kajian mengikut kaum, mengikut negeri dan mengikut kawasan pilihanraya. PH tentunya mendapat manfaat daripada dapatan kajian secara terperinci ini untuk digunakan mengatur strategi kemenangan.

Parti politik perlu mengambil positif dapatan kajian ini walaupun berlaku pencapaian negatif untuk parti berkenaan. Biarkanlah , parti yang tidak mahu menggunakan dapatan kajian ini dengan kesombongannya.

Parti kompenan PH terutama AMANAH dan PPBM perlu mengambil perhatian serius terhadap dapatan kajian ini. Kedua parti ini mendapat undi paling rendah berbanding PKR dan DAP sama ada bertanding 2 atau 3 penjuru.

Begitu juga perpindahan pengundi dari PKR dan DAP rendah kepada kedua parti ini .Berbeza dengan perpindahan pengundi dari AMANAH dan PPBM kepada PKR.

Perlu diingat bahawa , dapatan kajian ini menunjukkan pengurangan undi pengundi Melayu kepada AMANAH dan PPBM berlaku apabila pengundi Melayu yang mengundi PKR mengundi BN jika PKR tidak bertanding.

Manakala, pengurangan undi pengundi Cina kepada AMANAH dan PPBM berlaku apabila pengundi Cina yang mengundi DAP mengundi  BN jika DAP tidak bertanding.

Penulis dapat membuat kesimpulan bahawa pengurangan undi kepada AMANAH dan PPBM berbanding PKR dan DAP berlaku kerana kedua parti ini masih baru dan tidak dikenali oleh pengundi berbanding PKR dan AMANAH

Dapatan kajian ini perlu diakui berlaku di seluruh negara. Walaupun AMANAH dan PPBM sudah mempunyai bahagian dan kawasan di Semenanjung.  Pengundi di luar bandar terutamanya tidak kenal  AMANAH dan PPBM . Kedua parti ini perlu menyemak di kawasan atau bahagian , berapa peratus pengundi yang mengenali lambang bendera kedua-dua parti.

Pengundi yang sudah berumur dan tinggal di luar bandar dan di komuniti Cina hanya mengenali parti PKR dan DAP selain BN dan Pas. Yakinkah pengundi ini akan mengundi parti yang mereka tidak kenal berbanding BN yang sudah dikenali walaupun BN sudah tidak disukai?

Justeru , pimpinan AMANAH dan PPBM perlu mengkaii perkara ini secara serius. Rugilah kedua parti ini jika tiba pilihanraya , rakyat tidak mengundi kedua parti ini bukan sebab mereka suka kepada BN tapi mereka tidak kenal parti yang baru.

Masa sudah semakin suntuk kepada AMANAH dan PPBM memperkenalkan lambang parti kepada pengundi. 

Penggunaan logo yang sama untuk PH adalah jalan yang terbaik menyelesaikan masalah ini. Jika diluluskan oleh ROS , lambang ini akan mudah diundi kerana semua parti termasuk PKR dan DAP menggunakannya. Namun, adakah ROS akan meluluskannya?

Jangan berharap kepada ROS? Jika ROS tidak membenarkannya, adakah kompenan PH akan menggunakan lambang masing-masing?

Penulis cadangkan pimpinan PH membuat keputusan yang adil kepada semua komponen PH iaitu membenarkan mana-mana kompenan parti dalam PH menggunakan mana-mana lambang 4 parti dalam PH sebagai lambang untuk bertanding pilihanraya.

Maksudnya , calon AMANAH dan PPBM boleh menggunakan lambang PKR dikawasan yang mereka tandingi. AMANAH dan PPBM juga boleh menggunakan lambang sendiri di kawasan yang diyakini pengundi sudah kenal lambang kedua parti ini.

Calon PKR dan AMANAH juga boleh menggunakan lambang DAP jika bertanding dikawasan majoriti orang Cina dan begitu sebaliknya.

AMANAH dan PPBM perlu membuang sikap taksub kepada lambang parti dan boleh menggunakan lambang parti lain demi kelangsungan kedua-dua parti ini.

Jika berlaku sikap taksub kepada lambang sehingga tidak boleh menggunakan lambang parti lain wujud, maka tunggulah peribahasa bertukar dari “kerana pulut santan binasa” kepada “ kerana logo kalah pilihanraya”


Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...