Tuesday, December 6, 2016

Tulahan : Pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Kedah, cadangan untuk PRU 14

Salam,

PRU 14 semakin hampir, ramai meramalkan akan berlaku pada tahun 2017 . Maksudnya sudah terlalu hampir, namun pakatan pembangkang masih caca merba disebabkan terlalu berharap kepada Pas.

PKR dan Bersatu masih mengharapkan Pas menyertai pakatan pembangkang untuk menghadapi BN dan mengelakkan pertandingan 3 penjuru. Pas pula semakin sombong dan angkuh untuk menghadapi PRU 14 secara bersendirian.

BN pula walaupun sudah lemah masih boleh bernyawa setelah rancangan memecah pembangkang melalui Pas menampakkan hasil lumayan. Sampai hari ini, tiada keputusan mutlak mengenai kedudukan pembangkang yang bakal wujud untuk menghadapi BN.

Pandangan penulis , Bersatu perlu memberi keyakinan kepada rakyat dengan menyertai Pakatan Harapan . Penyertaan Bersatu dalam Pakatan Harapan akan mengukuhkan pakatan pembangkang walaupun tanpa Pas.

Penentuan satu logo, manifesto dan pembahagian kerusi perlu diselesaikan diantara semua parti dalam Pakatan Harapan. Biarkanlah Pas bersendirian kerana pertandingan sebenar dalam PRU 14 adalah antara Pakatan Harapan dan BN.

Penulis akan memberi cadangan agihan kerusi parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk beberapa buah negeri. Cadangan ini dibuat hasil tinjauan kekuatan parti-parti dalam Pakatan Harapan serta rujukan parti bertanding semasa PRU 13.


Penulis akan mulakan dengan Kedah dengan cadangan agihan seperti di bawah :
PARLIMEN/ DUN
% M
%C
%
I & L
PRU 13
CADANGAN PRU 14
LANGKAWI
91
6
3
PKR
BERSATU
Ayer Hangat
95
2
3
PAS
BERSATU
Kuah
86
11
3
PKR
PKR
JERLUN
91
8
1
PAS
BERSATU
Kota Siputeh
92
7
1
PAS
AMANAH
Ayer Hitam
90
8
2
PAS
BERSATU
KUBANG PASU
86
9
5
PAS
BERSATU
Bukit Kayu Hitam
89
8
3
PKR
BERSATU
Jitra
83
11
6
PAS
AMANAH
PADANG TERAP
92
6
2
PAS
AMANAH
Kuala Nerang
97
2
1
PAS
BERSATU
Pedu
87
12
1
PKR
PKR
POKOK SENA
80
18
2
PAS
AMANAH
Bukit Lada
90
8
2
PAS
BERSATU
Bukit Pinang
93
6
1
PAS
AMANAH
Derga
56
39
5
DAP
DAP
ALOR SETAR
61
34
5
PKR
PKR
Bakar Bata
68
27
5
PKR
BERSATU
Kota Darulaman
62
31
7
DAP
DAP
Alor Mengkudu
73
24
3
PAS
AMANAH
KUALA KEDAH
78
21
1
PKR
PKR
Anak Bukit
88
11
1
PAS
AMANAH
Kubang Rotan
71
27
2
PAS
BERSATU
Pengkalan Kundor
76
23
1
PAS
AMANAH
PENDANG
88
6
6
PAS
AMANAH
Tokai
91
9
0
PAS
AMANAH
Sungai Tiang
86
11
3
PAS
BERSATU
JERAI
79
15
6
PAS
AMANAH
Sungai Limau
93
7
0
PAS
AMANAH
Guar Chempedak
88
11
1
PAS
BERSATU
Gurun
56
27
17
PKR
PKR
SIK
93
5
2
PAS
AMANAH
Belantek
93
5
2
PAS
AMANAH
Jeneri
92
62
2
PAS
BERSATU
MERBOK
65
18
17
PKR
PKR
Bukit Selambau
53
26
21
PKR
PKR
Tanjong Dawai
80
13
7
PAS
BERSATU
SUNGAI PETANI
59
29
12
PKR
PKR
Pantai Merdeka
96
6
2
PAS
AMANAH
Bakar Arang
43
42
15
PKR
PKR
Sidam
41
28
21
PKR
PKR
BALING
89
5
5
PAS
BERSATU
Bayu
93
4
3
PAS
BERSATU
Kupang
91
5
4
PAS
AMANAH
Kuala Ketil
82
11
7
PAS
AMANAH
PADANG SERAI
56
23
21
PKR
PKR
Merbau Pulas
67
13
19
PAS
AMANAH
Lunas
46
28
26
PKR
PKR
KULIM BANDAR BARU
68
19
13
PKR
PKR
Kulim
60
22
18
PKR
PKR
Bandar Baharu
78
15
7
PAS
AMANAH

Parlimen Langkawi dan DUN Ayer Hangat – Bersatu ada kekuatan memandangkan Ketua Wanitanya Puan Anina Saadudin ada di sini . Penduduk Langkawi juga sangat menghormati Tun M yang merupakan tokoh yang banyak peranan membangunkan Langkawi.

DUN Kuah – Kerusi ini pun sepatutnya ditandingi Bersatu tetapi perlu diberi kepada PKR sebagai bukti kesatuan Pakatan Harapan juga memandangkan kerusi ini ditandingi PKR pada PRU 13.

Parlimen Jerlun dan DUN Air Hitam – perlu ditandingi Bersatu memandangkan DS Mukhriz adalah ADUN Air Hitam Kedah. Sokongan pengundi kepada Bersatu dalam Parlimen Jerlun adalah kuat kerana kepimpinan DS Mukhriz

DUN Kota Seputeh – DUN ini perlu ditandingi Amanah yang juga ada kekuatan di Parlimen Jerlun

Parlimen Kubang Pasu dan DUN Bukit Kayu Hitam – Bersatu perlu bertanding di sini memandangkan kerusi parlimen ini adalah kerusi ditandingi Tun M semasa menjadi PM

DUN Jitra – Perlu diberi kepada Amanah kerana pengaruh dan kekuatan Ketua Wanita Kedah Dr Rohani Abdul Mutalib yang juga bekas calon di sini.

 Parlimen Padang Terap dan DUN Kuala Nerang – Sesuai ditandingi Amanah atau Bersatu . Sekiranya Bersatu bertanding di Parlimen Padang Terap , Amanah di DUN Kuala Nerang atau sebaliknya

DUN Pedu – Perlu ditandingi PKR memandang bekas Pengerusi PKR Kedah Ir Zamri Yusuf sudah lama bertapak di sini

Parlimen Pokok Sena dan DUN Bukit Pinang – Parlimen Pokok Sena perlu kekalkan Dato Mahfuz sebagi calon. Pastinya dia tidak dicalonkan oleh Pas. Amanah sudah pasti pilihan Dato’ Mahfuz . Begitu juga DUN Bukit Pinang yang sesuai ditandingi Amanah.

DUN Bukit Lada – Perlu diberi kepada Bersatu kerana satu-satunya kerusi dimenangi Umno/BN dalam parlimen Poko Sena

DUN Derga – DUN ini milik DAP yang menang kerusi ini pada PRU 13

Parlimen Alor Setar dan Kota Darul Aman – Perlu diberi kepada PKR dan DAP kerana kedua parti ini menang kerusi ini pada PRU 13

DUN Bakar Bata – Sesuai ditandingi Bersatu kerana kerusi ini adalah kerusi MB Kedah Dato’ Ahmad Bashah

DUN Alor Mengkudu – Amanah juga ada kekuatan dalam Parlimen Alor Setar dan kerusi yang sesuai ditandingi ialah DUN Alor Mengkudu

Parlimen Kuala Kedah – PKR memenangi kerusi ini pada PRU 13 , jadi perlu diserah kepada PKR.

DUN Anak Bukit dan DUN Pengkalan Kundur – Amanah paling kuat di Kuala Kedah dan kedua-dua kerusi ini seharusnya menjadi milik Amanah

DUN Kubang Rotan – Sepatutnya kerusi ini juga diberi kepada Amanah kerana kuatnya Amanah Kuala Kedah , namun perlu diberi kepada Bersatu sebagai tanda persefahaman Pakatan Harapan

Parlimen Pendang dan DUN Tokai – Parlimen Pas paling kuat terutama DUN Tokai. Oleh itu kedua-dua kerusi ini sesuai ditandingi Amanah

DUN Sungai Tiang – Bersatu layak bertanding di sini kerana kawasan ini mempunyai kawasan felda

Parlimen Jerai dan DUN Sungai Limau – Juga merupakan kubu Pas terutama DUN Sungai Limau. Justeru sesuai ditandingi Amanah

DUN Guar Chempedak – DUN yang sukar ditembusi pembangkang sejak sekian lama. Maka Bersatu paling layak bertanding di kerusi ini

DUN Gurun – Perlu diberi kepada PKR kerana PKR bertanding di sini pada PRU 13

Parlimen Sik dan DUN Belantek – Satu lagi kawasan parlimen yang Amanah sangat aktif dengan program kebajikan digerakkan ketuanya Saudara Leman Raja Lawan . Kedua kerusi ini layak ditandingi Amanah

DUN Jeneri – Perlu diserah kepada Bersatu sebagai tanda persefahaman walaupun Amanah kuat di sini

Parlimen Merbok dan DUN Bukit Selambau – Kedua kerusi milik PKR dan PKR menang di DUN Bukit Selambau. Justeru sesuai ditandingi PKR

Dun Tanjung Dawai – Bersatu sesuai bertanding walaupun Amanah juga ada kekuatan di sini

Parlimen Sungai Petani , DUN Bakar Bata dan DUN Sidam – PKR patut bertanding kerana ketiga-tiga kerusi ini dimenangi PKR pada PRU 13.

Dun Pantai Merdeka – Sesuai ditandingi Amanah dan Amanah juga aktif di parlimen ini

Parlimen Baling dan DUN Bayu – Pakatan Harapan perlu memberi peluang Bersatu bertanding di kedua kerusi ini kerana kedua-dua kerusi ini dimenangi Umno/BN pada Pru 13

DUN Kupang dan DUN Kuala Ketil – Amanah juga aktif di parlimen Baling. Kedua-dua DUN ini seharusnya diserahkan kepada Amanah untuk ditandingi

Parlimen Padang Serai dan DUN Lunas - PKR patut bertanding kerana kedua-dua kerusi ini dimenangi PKR pada PRU 13.

DUN Merbau Pulas – Amanah paling layak bertanding di kerusi ini

Parlimen Kulim Bandar Baru dan DUN Kulim - Kedua kerusi ini milik PKR justeru sesuai ditandingi PKR

DUN Bandar Baharu – Kerusi ini sesuai ditandingi calon Amanah

Secara keseluruhan pembahagian kerusi di Kedah melibatkan dua parti Amanah dan Bersatu. Kerusi-kerusi yang ditandingi PKR dan DAP tidak banyak berubah. Kepimpinan PKR sendiri berjanji akan memberi kerusinya kepada Bersatu untuk merealisasikan kemenangan Pakatan Harapan.

Jumlah kerusi parlimen dan DUN semua parti dalam Pakatan Harapan di Kedah agak seimbang. Kedudukan kerusi untuk parti-parti dalam Pakatan Harapan adalah seperti berikut :

PARTI
PARLIMEN
DUN
PKR
6
8
AMANAH
5
14
BERSATU
4
12
DAP

2
JUMLAH
15
36

Sekiranya, Pas bersama Pakatan Harapan. Pembahagian kerusi akan melibatkan kerusi ditandingi Amanah dan Bersatu kerana kerusi-kerusi ini ditandingi Pas pada PRU 13.

Oleh itu, anda dapat menjangka mengapa Pas tidak mahu bersama Pakatan Harapan. Jawapannya, kerana tamak untuk bertanding banyak kerusi. Oleh itu , Pas sanggup bersendirian walaupun tahu akan kalah jika bertanding 3 penjuru. Next Perak......


Wassalam

1 comment:

Unknown said...

setuju.buat sekarang.jgn lambat.cepat dan cepat dan laju.biar rakyat kenal bakal calun2 ph.kenal maka cinta.dapat undi mudah.tak celaru.nak pangkah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...