Monday, October 17, 2016

Tulahan : Biarkan Pas yang angkuh. PH+Bersatu boleh menang 3 penjuru

Salam,

Image result for lambang Pakatan Harapan dan pbpm

Semakin hampir Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14), semakin banyak analisis tentang PRU 14 yang dibuat. Politik Malaysia semakin bercelaru sama ada di pihak BN dan parti-parti pembangkang.

BN terutama Umno berhadapan krisis yang bertambah parah hari demi hari, ditambah pula dengan penubuhan Parti Bersatu dan Parti Warisan Sabah yang diusahakan Dato’ Shafie Afdal.

Bagaimanapun , perpecahan Umno gagal dimanfaatkan pembangkang yang masih berharap membentuk kesepakatan bertanding 2 penjuru namun tetap gagal. Umno dan BN yang sepatutnya boleh dikalahkan masih bernafas berikutan kegagalan parti-parti pembangkang membentuk gabungan yang kukuh.

Pas masih dengan sikap sombong untuk bersendirian dan membentuk pakatan baru yang diketuai parti berkenaan. Penubuhan Bersatu yang diharap dapat menyatukan pembangkang juga gagal memujuk Pas.

Semakin dipujuk , semakin kuat lagak Pas seolah-olah parti berkenaan sangat diperlukan dalam politik Malaysia. Parti-parti pembangkang juga terlalu mengharapkan Pas sehingga parti berkenaan semakin besar kepala.

Ramai pemerhati politik berpandangan dan Pas sendiri sering menyindir PKR mengharapkan Pas kerana parti berkenaan menghadapi masalah kurang petugas akar umbi . Mustahil , PKR yang sudah 15 tahun bertapak di Malaysia, sudahpun memerintah sebuah negeri masih mengharapkan bantuan petugas Pas untuk menghadapi pilihanraya. Adakah PKR tidak menumpukan kepada pembentukan akar umbi yang kuat selepas PRU 13?

Bersatu pula memerlukan Pas kerana pengalaman Pas yang sudah lama di persada politik negara. Berdasarkan sambutan hebat yang diterima dari parti Bersatu di seluruh negara, parti ini dijangka tidak menghadapi masalah dengan petugas akar umbi.

Berbeza dengan parti Amanah, pada peringkat awal penubuhannya, parti ini sangat mengharapkan Pas menyertai gabungan pembangkang bagi mengelak pertandingan 3 penjuru. Namun , apabila sudah setahun ditubuhkan harapan Amanah kepada Pas semakin mengurang berikutan penambahan kekuatan parti berkenaan termasuk di peringkat akar umbi.

Penulis mengambil contoh kawasan penulis, pada peringkat awal pimpinan Amanah kawasan hanya mahu bertanding parlimen sahaja , satu kerusi DUN lagi mahu diserahkan kepada Pas sahaja. Namun, apabila sudah ramai ahli kawasan, sudah banyak cawangan ditubuhkan . Pimpinan Amanah kawasan bukan sahaja mahu bertanding parlimen malah kerusi DUN termasuk kerusi DUN milik PKR jika PKR setuju menyerahkan kepada Amanah.


Keyakinan Amanah semakin kuat setelah kemasukan Dato’ Husam Musa yang mencetuskan gelombang baru di Kelantan. Dato’ Husam sangat yakin Amanah akan memerintah Kelantan walaupun berhadapan 3 penjuru dengan Pas dan BN.

Benarkah Amanah kuat di Kelantan? Boleh tanya rakyat Kelantan sendiri. Penulis sendiri ada keluarga di Kelantan, dan apabila ditanya pendapat mereka tentang kerajaan Pas sekarang. Mereka menampakkan rasa tidak suka mereka kepada kerajaan Pas, walaupun dulu mereka adalah penyokong Pas.

Penulis yakin semakin lewat PRU 14 berlaku, Amanah akan menambah lebih banyak ahli dan cawangan . Apabila parti ini sudah ramai ahli dan cawangan, Amanah tidak akan menghadapi masalah kekurangan petugas untuk menghadapi pilihanraya.

Adakah Parti pembangkang perlu menunggu Pas sedangkan Pas semakin angkuh dan sombong?

Penulis berharap parti pembangkang membiarkan Pas dengan keangkuhannya. Sebaliknya mengukuhkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu serta parti lain yang mahu bersama.  

Tujuh bulan lalu, dalam satu pembentangan seorang wakil Ilham Centre, penulis ada menyatakan pertandingan 3 penjuru akan menyaksikan persaingan antara PH dan BN , BN dijangka akan menang lebih banyak kerusi daripada PH. Namun, penulis juga menyatakan bahawa keadaan akan sebaliknya berlaku jika Umno juga pecah dan sebuah parti baru ditubuhkan.  

Perpecahan Umno akan mengurangkan undi Melayu kepada BN , justeru undi Melayu kepada PH akan bertambah dan akan memenangkan PH. Perpecahan undi Melayu dalam Umno juga akan menampung kekurangan undi Melayu dalam PH akibat sikap Pas yang mahu bersendirian.

Umno  sudah menjangkakan akan tertubuhnya sebuah parti baru yang dianggotai bekas-bekas ahli Umno. Umno juga tidak yakin akan menang walaupun berlakunya 3 penjuru . Faktor inilah menyebabkan berlakunya persempadan baru kawasan pilihanraya oleh SPR yang menyaksikan pemisahan pengundi mengikut kaum yang ketara.

Sekiranya, Umno yakin akan menang melalui pertandingan 3 penjuru , sudah pasti SPR tidak melakukan persempadanan yang sangat tidak adil ini. Maknanya, Umno tidak yakin Pas mampu membantu melalui pertandingan 3 penjuru jika parti baru pecahan Umno wujud.

Apabila Bersatu ditubuhkan dan seiring dengan itu, SPR mencadangkan persempadanan baru . Sahlah ketakutan Umno dengan kewujudan parti baru pecahan Umno. Ini bermakna, PH dan Bersatu sebenarnya mampu menang pilihanraya walaupun berlaku pertandingan 3 penjuru.

Ramai yang menjadikan contoh keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai bukti pertandingan 3 penjuru menguntungkan Umno. Benar menguntungkan Umno tapi perlu tahu suasana PRK dan PRU sangat berbeza. PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan pengundi Cina hanya memberi undi kepada Amanah kurang daripada 60 peratus berbeza dengan PRU 13 melebihi 80 peratus.

Pengundi Melayu terutama pengundi Umno masih kekal mengundi Umno walaupun Tun Mahathir turun berkempen kerana pada masa itu Bersatu belum ditubuhkan. Orang-orang Umno yang kecewa dengan Umno masih tidak yakin untuk memberi undi kepada calon PH. Ini berbeza jika Bersatu ditubuhkan dan bergabung bersama PH, pastinya wujud keyakinan untuk mengundi calon PH .

Awal tahun ini, penulis ada membuat analisis pertandingan 3 penjuru. Analisis berkenaan merujuk kepada unjuran pertambahan peratus sokongan 10 peratus pengundi Melayu kepada pembangkang. Lihat Unjuran di bawah :

Negeri/ %
Melayu (BN)
Melayu (PR)
Cina (BN)
Cina (PR)
India (BN)
India(PR)
Selangor&KL
62
38
12
88
25
75
PP
62
38
13
87
22
78
NS & Melaka
82
18
8
92
31
69
Perak
63
37
13
87
69
31
Kedah
57
43
10
90
55
45
Johor
84
16
11
89
59
41
Terengganu
53
47




Kelantan
47
53




Peratus undi diterima Parti BN dan PR pada PRU 13


PRU 13
PRU 14
PRU 13
PRU 14
Negeri/ %
Melayu (BN)
Melayu (BN)
Melayu (PR)
Melayu (PH/PAS)
Selangor&KL
62
52
38
48
PP
62
52
38
48
NS & Melaka
82
72
18
28
Perak
63
53
37
47
Kedah
57
47
43
53
Johor
84
74
16
26
Terengganu
53
43
47
57
Kelantan
47
37
53
63
Unjuran pertambahan 10 peratus undi Melayu kepada pembangkang

Negeri/ %
Melayu (PH/PAS)
Melayu (PAS)
Melayu (PH)
Selangor&KL
48
26
22
PP
48
26
22
NS & Melaka
28
15
13
Perak
47
28
18
Kedah
53
32
21
Johor
26
14
12
Terengganu
57
39
18
Kelantan
63
32
31
Peratus undi yang diterima PH dan PAS


Sokongan pengundi Cina melebihi 80 peratus dari pengundi Cina . Lihat jadual di bawah :


PRU 13
PRU 14
PRU 13
PRU 14


Negeri/ %
Cina (BN)
Cina (BN)
Cina (PR)
Cina (PH/PAS)
PH
PAS
Selangor&KL
12
12
88
88
83
5
PP
13
13
87
87
83
4
NS & Melaka
8
8
92
92
87
5
Perak
13
13
87
87
83
4
Kedah
10
10
90
90
85
5
Johor
11
11
89
89
84
5

Sokongan melebihi 60 peratus pengundi India kepada pembangkang. Lihat jadual di bawah :


PRU 13
PRU 14
PRU 13
PRU 14


Negeri/ %
India (BN)
Cina (BN)
India(PR)
India(PH/PAS)
PH
PAS
Selangor&KL
25
25
75
75
40
35
PP
22
22
78
78
47
31
NS & Melaka
31
31
69
69
41
28
Perak
69
40
31
60
36
24
Kedah
55
40
45
60
36
24
Johor
59
40
41
60
36
24

Berdasarkan analisis  penulis, PH dijangka kekal menjadi kerajaan bagi negeri Pulau Pinang dan Selangor. Manakala bagi negeri lain, BN akan menjadi pemerintah termasuk menguasai kerajaan pusat. Rujuk analisis beberapa DUN berikut :

1.      DUN Taman Templer , Selangor
MALAY 51%     CHINESE 35%     INDIAN 13%
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
26.5
13.3
11.2
51
Cina
4.2
1.8
29.0
35
India
3.5
4.2
6.3
14

34.2
19.3
46.5
100

2.      DUN Selat Klang, selangor –
MALAY 63%     CHINESE 25%     INDIAN 10%   
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
32.7
16.4
13.9
63
Cina
3.0
1.3
20.7
25
India
3.0
3.6
5.4
12

38.7
21.3
40.0
100

3.      DUN Gombak Setia, Selangor –
MALAY 77%     CHINESE 12%     INDIAN 9% 
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
40.0
20.0
17.0
77
Cina
1.6
0.6
10.8
13
India
2.5
3.0
4.5
10

44.1
23.6
32.3
100

4.      DUN Sungai Abong, Johor –
MALAY 51%     CHINESE 45%     INDIAN 3% 
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
38.5
7.3
6.2
52
Cina
5.0
2.2
37.8
45
India
1.2
0.7
1.1
3

44.7
10.2
45.1
100

5.      DUN Puteri Wangsa , Johor –
CHINESE 47%     MALAY 40%     INDIAN 12%
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
30.4
5.7
4.9
41
Cina
5.2
2.4
39.4
47
India
4.8
2.9
4.3
12

40.4
11.0
48.6
100

6.      DUN Nusa Jaya, Johor –
MALAY 47%     CHINESE 38%     INDIAN 13%  
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
35.5
6.7
5.8
48
Cina
4.3
1.9
32.8
39
India
5.2
3.1
4.7
13

45.0
11.7
43.3
100

7.      DUN Sungai Rapat, Perak –
MALAY 59%     CHINESE 31%     INDIAN 10%
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
31.3
17.1
10.6
59
Cina
4.0
1.3
25.7
31
India
4.0
2.4
3.6
10

39.3
20.8
39.9
100

8.      DUN Changkat Jering, Perak –
MALAY 63%     CHINESE 26%     INDIAN 11%
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
33.4
18.3
11.3
63
Cina
3.4
1.0
21.6
26
India
4.4
2.6
4.0
11

41.2
20.9
36.9
100

9.      DUN Kubang Rotan , Kedah -   
MALAY 71%     CHINESE 27%     INDIAN 1%  
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
33.4
22.7
14.9
71
Cina
2.8
1.4
23.8
28
India
0.4
0.2
0.4
1

36.6
24.3
39.1
100

10.  DUN Merbau Pulas, Kedah –
MALAY 67%     INDIAN 19%     CHINESE 13%
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
31.5
21.4
14.1
67
Cina
1.4
0.7
11.9
14
India
7.6
4.6
6.8
19

40.5
26.7
32.8
100

(boleh baca artikel ini untuk mengetahui bagaimana penulis membuat unjuran ini)

Analisis di atas dibuat sebelum wujudnya parti Bersatu. Penulis akan membuat jangkaan corak pengundian yang baru selepas Bersatu ditubuhkan. Corak pengundian pengundi Cina dan India dijangka tidak berubah.

Perubahan undi Melayu kepada PH+Bersatu dijangka melebihi 10 peratus di Johor, Kedah , N.S, Melaka dan Selangor  . Manakala di P.P, Perak, Kelantan dan Terengganu peningkatan 5 peratus dijangkakan kepada PH+Bersatu. Rujuk jadual di bawah :


PRU 13
PRU 14
PRU 13
PRU 14
Negeri/ %
Melayu (BN)
Melayu (BN)
Melayu (PR)
Melayu (PH/PAS)
Selangor&KL
62
42
38
58
PP
62
47
38
53
NS & Melaka
82
62
18
38
Perak
63
48
37
52
Kedah
57
37
43
63
Johor
84
64
16
36
Terengganu
53
38
47
62
Kelantan
47
32
53
68
Unjuran pertambahan 5 hingga 10 peratus undi Melayu kepada pembangkang


Negeri/ %
Melayu (PH/PAS)
Melayu (PAS)
Melayu (PH+Bersatu)
Selangor&KL
58
26
32
PP
53
26
27
NS & Melaka
38
15
23
Perak
52
29
23
Kedah
63
32
31
Johor
36
14
22
Terengganu
62
39
23
Kelantan
68
32
36
Peratus undi yang diterima PH+Bersatu dan PAS

Negeri/ %
Melayu (BN)
Melayu (PAS)
Melayu (PH+Bersatu)
Selangor&KL
42
26
32
PP
47
26
27
NS & Melaka
62
15
23
Perak
48
29
23
Kedah
37
32
31
Johor
64
14
22
Terengganu
38
39
23
Kelantan
32
32
36
Peratus undi yang diterima BN, PH+Bersatu dan PAS


Kesan peningkatan undi Melayu akibat penubuhan Bersatu akan menambah undi PH+Bersatu dan mengurangkan undi yang diterima BN. Rujuk analisis beberapa DUN berikut dan bandingkan analisis sebelum Bersatu ditubuhkan.

1.      DUN Taman Templer , Selangor
MALAY 51%     CHINESE 35%     INDIAN 13%
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
21.4
13.3
16.3
51
Cina
4.2
1.8
29.0
35
India
3.5
4.2
6.3
14

29.1
19.3
51.6
100

2.      DUN Selat Klang, selangor –
MALAY 63%     CHINESE 25%     INDIAN 10%   
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
26.5
16.4
20.1
63
Cina
3.0
1.3
20.7
25
India
3.0
3.6
5.4
12

32.5
21.3
46.2
100

3.      DUN Gombak Setia, Selangor –
MALAY 77%     CHINESE 12%     INDIAN 9% 
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
32.3
20.0
24.7
77
Cina
1.6
0.6
10.8
13
India
2.5
3.0
4.5
10

36.4
23.6
40.0
100

4.      DUN Sungai Abong, Johor –
MALAY 51%     CHINESE 45%     INDIAN 3% 
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
33.3
7.3
11.4
52
Cina
5.0
2.2
37.8
45
India
1.2
0.7
1.1
3

39.5
10.2
50.3
100

5.      DUN Puteri Wangsa , Johor –
CHINESE 47%     MALAY 40%     INDIAN 12%
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
26.3
5.7
9.0
41
Cina
5.2
2.4
39.4
47
India
4.8
2.9
4.3
12

36.3
11.0
52.7
100

6.      DUN Nusa Jaya, Johor –
MALAY 47%     CHINESE 38%     INDIAN 13%  
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
30.7
6.7
10.6
48
Cina
4.3
1.9
32.8
39
India
5.2
3.1
4.7
13

40.2
11.7
48.1
100

7.      DUN Sungai Rapat, Perak –
MALAY 59%     CHINESE 31%     INDIAN 10%
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
28.3
17.1
13.6
59
Cina
4.0
1.3
25.7
31
India
4.0
2.4
3.6
10

36.3
20.8
42.9
100

8.      DUN Changkat Jering, Perak –
MALAY 63%     CHINESE 26%     INDIAN 11%
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
30.2
18.3
14.5
63
Cina
3.4
1.0
21.6
26
India
4.4
2.6
4.0
11

38.0
20.9
40.1
100

9.      DUN Kubang Rotan , Kedah -   
MALAY 71%     CHINESE 27%     INDIAN 1%  
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
26.3
22.7
22.0
71
Cina
2.8
1.4
23.8
28
India
0.4
0.2
0.4
1

29.5
24.3
46.2
100

10.  DUN Merbau Pulas, Kedah –
MALAY 67%     INDIAN 19%     CHINESE 13%
Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
24.8
21.4
20.8
67
Cina
1.4
0.7
11.9
14
India
7.6
4.6
6.8
19

33.8
26.7
39.5
100

Analisis ini mungkin tidak dapat diterima sesetengah pihak, namun bagi penulis akan dapat dicapai sekiranya PH dan Bersatu mengukuhkan gabungan tanpa terlalu berharap kepada Pas. Rakyat sedang menanti gabungan PH+Bersatu menyatakan pendirian yang jelas untuk menentang BN walaupun terpaksa menghadapi pertandingan 3 penjuru.

Rakyat sudah faham bukan kehendak PH+Bersatu yang mahu bertanding 3 penjuru, sebaliknya keangkuhan Pas yang tidak mahu bertolak ansur serta menetapkan pelbagai syarat yang tidak boleh diterima PH+Bersatu.

Gabungan PH+Bersatu perlu segera menetapkan pembahagian kerusi dan menentukan lambang yang perlu digunakan dalam PRU 14. Penggunaan lambang yang sama untuk semua parti dalam PH+Bersatu akan memberi keyakinan kepada rakyat kepada gabungan baharu ini.

Memandangkan pelbagai karenah ROS untuk membenarkan satu logo untuk PH+Bersatu . Adalah disyorkan PH+Bersatu menggunakan lambang parti dalam PH yang telah lama bertapak di Malaysia.  Penulis mencadangkan lambang PKR dan DAP digunakan untuk semua calon PH+Bersatu. Lambang PKR digunakan di kawasan majoriti Melayu dan lambang DAP digunakan di kawasan majoriti Cina.

Penggunaan kedua lambang ini akan menyelesaikan masalah lambang parti Amanah dan Bersatu yang masih baru , tidak dikenali pengundi terutama di luar bandar , pengundi wanita serta pengundi saluran 1 dan 2.

Parti Amanah dan Bersatu tidak perlu menjadi ego, sombong dan taksub kepada lambang parti. Kena fikir strategi untuk menang pilihanraya. Apa guna berkeras nak guna lambang parti, bila bertanding pengundi tak kenal lambang dan kalah.

Manifesto bersama PH+Bersatu perlu disediakan segera dan diedar kepada pengundi bagi menambah keyakinan pengundi kepada gabungan PH+Bersatu ini. Calon PM sementara PH+Bersatu perlu dipilih segera bersama kabinet bayangan PH+Bersatu . Ini akan menambah keyakinan rakyat untuk mengundi gabungan PH+Bersatu.

Kerjasama PH+Bersatu perlu diturunkan ke negeri dan kawasan secara rasmi. Kerjasama PH+Bersatu peringkat kawasan akan membantu mengatasi masalah kekurangan petugas parti-parti dalam PH+Bersatu

Jika PH+Bersatu terus mengharapkan Pas sehingga menyebabkan PH+Bersatu gagal menentukan kerusi, lambang , manifesto sehingga hampir pilihanraya. Rakyat akan terus keliru dan tidak ada keyakinan terhadap gabungan pembangkang. Jangan tunggu lagi, pilihanraya makin dekat. Kukuhkan PH+Bersatu dan biarkan Pas yang angkuh.


Wasalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...