Sunday, September 11, 2016

Tulahan : Al-Fatihah buat ayah

Salam,

Image result for al fatihah

Esok umat Islam menyambut Aidil Adha. Aidil Adha tahun ini , pertama kali penulis dan keluarga beraya tanpa ayah bersama di dunia ini. Terasa sedih bila teringatkan ayah. Sudah dua minggu ayah pergi buat selama-lamanya.

Jumaat hari itu, hari terakhir ayah membuka mulut dan matanya. Selepas solat subuh solat terakhir ayah, keluar dari bilik ayah rebah di sofa. Penulis terus pergi kepadanya bertanya, ayah tidak menjawab  sudah tidak mampu bergerak . Penulis papah dan angkatnya letak atas katil, ayah terus tidak membuka mulut dan mata.

Sampai hari ini, penulis rasa bersalah kerana tidak tahu bahawa ayah diserang stroke . Penulis telefon kakak suruh datang tengok ayah kerana ayah tak mahu bercakap dan buka mata , penulis nak pergi kerja. Penulis telefon abang bagi tahu keadaan ayah.

Dalam kepala penulis pada masa itu, ayah mungkin sedang tidur sebab keadaannya macam tidur dengan mulut dan matanya tertutup. Tidak terlintas bahawa ayah kena stroke, tak teringat langsung bahawa ayah pernah kena minor stroke tujuh tahun lepas.

Penulis masih rasa bersalah kerana penulis pentingkan kerja sehingga tinggalkan ayah dengan emak dalam keadaan begitu sehingga kakak datang. 

Bila penulis telefon kakak tanya keadaan ayah, kakak bagi tahu ayah masih tidak buka mulut dan mata. Kakak bagi tahu abang penulis agak ayah kena stroke dan dia dalam perjalanan dari tempat kerja untuk bawa ayah ke hospital.

Bermain pertanyaan di kepala , kenapa penulis tak bawa ayah terus ke hospital? Kenapa penulis masih nak pergi kerja ?. Bila teringat bahawa itu semua ketentuan Allah, penulis redha. Allah dah tentukan abang penulis yang bawa ayah ke hospital.

Selama seminggu ayah di hospital , doktor pun dah maklum keadaan bahawa ayah tidak ada harapan untuk disembuhkan. Kami adik beradik bergilir menjaga ayah di hospital sehinggalah ayah menghembus nafas yang terakhir.

Masa itu, penulis baru selesai solat Isyak di surau hospital. Bila penulis sampai, abang bagi tahu keadaan ayah semakin tenat. Penulis terus suruh abang ajar ayah mengucap, jangan tinggal. Penulis bagi tahu nurse keadaan ayah . Penulis dan abang berterusan ajar ayah mengucap , penulis ambil HP telefon abang bagi tahu emak dan adik beradik lain supaya segera ke hospital.

Habis telefon, terus bersama abang ajar ayah mengucap. Kali ini hidung penulis yang tersentuh di muka ayah terasa lembut, tak sama ketika penulis menciumnya semasa ayah sedang sakit. Pada masa itulah, ayah menghembus nafasnya yang terakhir. Doktor datang periksa ayah dan sahkan ayah sudah tiada lagi.


Menitis air mata kerana ayah sudah tiada, abang keluar telefon bagi tahu keluarga yang lain. Penulis betulkan tangan ayah, kucup ayah buat kali terakhir. Terasa sangat sedih kerana ayah selama ini berada di depan mata sudah tiada lagi.

Tak lama emak dan adik beradik lain sampai, semuanya menanggis kerana ayah yang kami sekeluarga sangat sayangi sudah pergi menemui Tuhannya. Penulis tenteramkan mereka, bagi tahu ayah pergi dengan baik, ayah pergi dengan tenang kerana saat ayah pergi abang dan penulis di sisi ayah.

Ada yang berkata, ayah meninggal di sisi abang dan penulis kerana abang dan penulis yang banyak menjaga ayah selama ayah uzur di rumah. Namun bagi penulis, semua adik beradik menjaga ayah dengan baik, malah jasa mereka kepada ayah lebih dari penulis. Penulis yakin ayah meninggal di sisi penulis kerana doa berterusan penulis sejak penulis berada di luar negara .

Semasa penulis pergi ke luar negara ayah sudah uzur, pernah kena minor stroke . Luar negara bukan dekat, penulis risau tidak sempat bersama ayah. Sejak itu dalam tahajud , dalam solat setiap Ramadan penulis tak putus berdoa semoga ayah berada di sisi penulis sebelum meninggal dunia.

Bagi penulis , sejak penulis mudah minta tukar untuk tinggal menjaga ayah dan emak di kampung. Allah sudah memakbulkan doa penulis. Bila ayah benar-benar meninggal di sisi penulis, Allah benar-benar memakbulkan doa penulis. Itulah kekuatan doa bila kita dekat dengan Allah semasa solat.

Segala urusan membawa jenazah ayah balik ke kampung berjalan dengan baik. Tak perlu tunggu lama kerana ambulan hospital pun ada untuk membawa jenazah ayah. Kami adik beradik, menantu dan cucu-cucu ayah tak putus membaca al quran dari mula jenazah ayah sampai di rumah sehingga esoknya untuk urusan pengebumian ayah.

Semua urusan memandikan, mengkafan, mengimam, mengebumikan, membaca tahlil dan talkin dilakukan kami adik beradik. Semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Orang kampung pun juga membantu mengali kubur dan membuat keranda.

Sememangnya kami tidak menjangka ramainya yang hadir menziarahi jenazah ayah. Ramainya yang hadir untuk solat jenazah ayah.  Itulah pertama kali dalam sejarah kampung itu, orang ramai yang solat jenazah memenuhi rumah. Kami tidak pun buat amalan memanggil jemaah surau dan masjid di sekitar kampung.

Bagi kami, sesiapa yang tahu hadirlah untuk solat jenazah ayah. Jika tak ramai, tak ramailah. Jika ramai, ramailah . Rezeki ayah,  Allah telah mengerakkan hati orang ramai yang tahu kematian ayah untuk hadir solat jenazah.

Kami juga tidak gunakan van jenazah untuk angkat keranda ayah ke kubur. Kami adik beradik , menantu dan cucu lelaki ayah bersama-sama angkat keranda ayah sebagai khidmat terakhir kepada ayah.

Tiga orang abang turun ke liang untuk menurunkan jenazah ayah. Seorang abang lagi membaca tahlil semasa urusan pengebumian sedang berjalan. Bila selesai, seorang abang lagi menyambung membaca talkin untuk ayah.

Bila abang membaca talkin menyebut nama ayah, menitis air mata kami semua kerana kami akan berpisah dengan ayah buat selama-lamanya. Penulis , orang terakhir meninggal kubur ayah , berdoa semoga Allah menerima ayah dengan baik sebagai hambaNya yang beriman.

Pergilah ayah yang menjaga kami sekeluarga sepuluh beradik buat selamanya. Ayah yang menanggung perit berniaga runcit kerana ramai yang berhutang, Ayah yang hidup susah sanggup meredas air menoreh getah di estet , ayah yang bermandi peluh pagi dan petang meneroka tanah belukar menanam pisang.

Semua itu, ayah buat hanya untuk membesarkan kami, memberi pendidikan kepada kami.  Ayah yang banyak memberi pengalaman berdikari kepada anak-anaknya. Terima kasih ayah untuk segalanya yang kami tak mampu balas.

Ayah telah mengajar kami secara tidak sedar apabila kami membantunya di kebun getah, di kebun pisang. Pengalaman hidup susah banyak mengajar kami . Namun kami tidak secekal emak yang sentiasa bersama ayah mengharung kehidupan susah yang memeritkan semasa kami kecil.

Emak cekal sehingga pada hari pemergian ayah, walaupun penulis tahu emak begitu sedih dengan pemergian ayah. Namun, emak tidak tunjukkan di hadapan anak-anaknya.  Sejak ayah pergi , penulis tahu emak bacakan al quran sedekah kepada ayah setiap kali lepas solat.

Ayah juga sangat disenangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Sifat ayah sesuai dengan namanya yang bermaksud pemurah. Sentiasa dalam kehidupan ayah membantu orang, menyenangkan orang dan tidak suka menyusahkan orang lain.

Sebab itulah, beberapa hari selepas ayah disemadikan. Ada satu viral tentang urusan pengebumian ayah. Seorang abang diberitahu oleh kawan bahawa kisah urusan pengebumian ayah menjadi viral dalam facebook, blog dan whats Apps.

Bila abang tengok, benarlah telah menjadi viral kisah yang telah ditulis oleh seorang anak kepada sepupu yang hadir pada hari pengebumian ayah.

Kisah ini telah di share oleh lebih 11 ribu pengguna facebook. Bayangkan berapa ramai hamba Allah yang telah sedekah bacaan al-Fatihah kepada arwah ayah, berapa ramai yang telah berdoa untuk kebaikan arwah ayah. Bukan kami minta, bukan kami yang suruh. Malah kami pun tidak kenal sangat dengan anak kepada sepupu ini. Inilah yang ayah terima kerana sifat ayah yang pemurah suka menolong orang.

Ada cadangan untuk kebumikan ayah di tempat selain di kampung, tapi penulis tak setuju kerana ayah lahir di kampung, kuburnya biarlah di kampung. Penulis tahu ramai yang tidak solat di kampung, solat jenazah lagilah. Namun , kampung itulah medan dakwah terbaik mengajak orang bersolat. Biar seorang yang ikut, tapi lama kelamaan pasti semakin ramai.

Semasa solat jenazah ayah, sudah ada orang kampung yang penulis ajar telah solat jenazah buat pertama kali. Ada yang masih tidak berani kerana takut silap walaupun tahu solat jenazah. Tak apalah , biar sedikit dahulu lama kelamaan ramailah. Begitu juga solat , biar pun ada pasang surut , orang kampung solat di surau tapi surau itu tidak sepi lagi kerana sudah ada yang kekal solat.

Antara sebab penulis mahu ayah dikebumikan di kampung kerana tanah perkuburan di kampung di tepi jalan,setiap hari penulis melintas dan setiap kali melintas penulis akan sedekah bacaan al-fatihah untuk ayah. Jika dikebumikan di tempat lain, perkara ini tidak berlaku kerana kubur akan mengingatkan kepada ayah.


Menjelang Aidil Adha, takbir yang bergema pasti memberi kesan sedih terkenangkan ayah. Setitis air mata terakhir di mata kiri ayah sebelum meninggal dunia , memberi kesan ingatan penulis kepada ayah. Semoga Allah mencuri rahmat ke atas roh ayah, semoga ayah aman di sana. Al Fatihah

Wassalam

6 comments:

Ariff Khushairi said...

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Abang Man (Pak Njang Man). Kepada seluruh ahli keluarga salam takziah dan harap bersabar. Drp Pak Ak. KokLanas, Kota Bharu, Kelantan.

sudipVSsenduk said...

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah arwah, rahmatilah dia, maafkanlah dia, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-otang yang beriman.

Al-Fatihah.


Saya pernah alaminya ketika kehilangan ibu tersayang. Sabarlah.

ibu irma dari singapura said...

saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
kebetulan saya buka-bukan internet mendapatkan
nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
angka yang kemarin di berikan 4D yaitu 6377 TGL 01-09-2016
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat Rp.250.juta
bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri
apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
ini nomor hp -> (-082-370-357-999-) MBAH SERO
demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
atau silahkan buktikan sendiri..

UMNO PARTI PENJARA said...

Bodohkan Orang Kampung - Perjuangan UMNO Busuk Hingga Ke Usus!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




UMNO PARTI PENJARA - Anak Muda Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<





Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tidak Mahu Menjadi Kuli Batak UMNO Lagi!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<

Zull Fikar said...

Perkenalkan nama saya zull fikar. Dan saya ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH JONOSEUH atas bantuannya selama ini dan saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sukses dan ini semua berkat bantuan MBAH JONOSEUH,selama ini, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang2 dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya usaha Restoran sendiri,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH JONOSEUH atas bantuan nomor togel dan dana ghaibnya, dan saya yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jadi jangan ragu-ragu untuk menghubungi MBAH JONOSEUH karna beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita atau rekayasa tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH JONOSEU di 0823 4444 5588 dan ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang ke 2 kalinya terimah kasih..

PAk JUSTAN DI BATANG said...

Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...