Saturday, January 26, 2013

Tulahan : Calon tapisan parti, pengundi, SPRM


Salam,

PRU 13 sudah terlalu hampir, penulis masih di negara orang putih ini . Jika betul ramalan 22 Februari bubar parlimen, maknanya penulis tiada di Malaysia pada ketika itu.

Bila makin hampir pilihanraya, calon-calonnya untuk setiap dun dan parlimen bagi PR sudah ramai yang tahu. Namun bagi BN, sampai sekarang orang BN sendiri masih tertanya-tanya siapa calon yang mewakili BN.

BN tak umum awal bukan pun sangat sebab strategi pilihanraya tapi takut bergaduh , sabotaj dan boikot sesama sendiri jika calon diketahui awal. 

Bila sudah tahu calon yang wakili PR maka calon berkenaan sudah diperkenalkan kepada pengundi di dun dan parlimen tempat mereka bertanding. 

Bila selesai sahaja penamaan calon, PR tidak perlu lagi ambil masa untuk perkenalkan calon kerana pengundi sudah kenal berbanding BN yang calonnya hanya diketahui pada hari penamaan calon.

Calon dari kalangan orang tempatan tiada masalah tapi calon luar jika tidak diperkenalkan awal tentu ambil masa lama untuk pengundi kenal.

Bila bakal calon sudah ramai yang tahu, maka pengundi sudah menilai awal mereka terutama pengundi muda bawah 40 tahun. Pengundi dari kumpulan ini kritikal dalam menilai calon. Mereka mudah mendapat maklumat tentang bakal calon melalui bacaan facebook dan blog pro PR dan BN.

Maka, bakal calon PR yang ada masalah peribadi, tingkah laku dan kepimpinan pastinya tidak boleh lari atau mengelak untuk dinilai oleh pengundi dari kumpulan ini.  Segala cerita baik buruk , sikap dan kejujuran, ketelusan tidak boleh ditutup dengan mudah kerana maklumat mudah diperolehi.

Justeru itu, bakal calon PR yang diperkenalkan awal sebenarnya sudah menerima tapisan dari pengundi sebelum pun masuk bertanding. Bagi calon yang tiada masalah mereka akan melepasi proses ini. Bagi yang bermasalah mereka perlu menerima hakikat bahawa walaupun lepas tapisan parti , tapi mereka tidak lepas tapisan pengundi.

Jika baca tulisan Sayuti Omar bahawa Pas Kelantan akan menilai semula beberapa nama calon untuk diganti dengan calon lain. Jelaslah bahawa proses ini berlaku bukan sahaja di Kelantan tapi di seluruh negara.

Tidak semestinya, bakal calon ini akan menjadi calon kerana jika beliau bermasalah dan pengundi sudah mengemukakan bukti melalui saluran parti atau secara terbuka . Parti akan mengemukakan calon yang lain bagi mengantikan calon yang bermasalah.

Sekiranya, SPRM menyatakan bahawa calon BN sudah dinilai, rakyat masih belum boleh percaya ketelusannya kerana SPRM bukan badan bebas walaupun dikatakan bebas. 

Namun, jika pengundi sendiri yang menilai bakal calon di tempat mereka mengundi. Maka, bakal calon PR ini sebenarnya lebih bersih walaupun mereka tidak dinilai oleh SPRM sebaliknya dinilai oleh pengundi sendiri yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

Bakal calon yang gagal lepasi tapisan pengundi adalah mereka yang memang bermasalah dan dibuktikan masalah mereka itu. Bakal calon lepas tapisan parti, lepas tapisan pengundi untuk peringkat ini. Tak semestinya mereka boleh berasa selesa bahawa mereka sudah diterima pengundi.

Mereka juga mungkin bermasalah tapi bukanlah masalah serius dan tidak ada bukti untuk disabitkan bagi masalah mereka itu. Jangan ada yang dah nak tunjuk lagak , sombong, besar diri kononnya sudah jadi pilihan parti dan pengundi.

Kena ingat , lepas tapisan parti dan pengundi sebelum bertanding tak semestinya akan menang bila bertanding. Bakal calon perlu lebih bersedia menampilkan wibawa diri  agar diterima pengundi semua peringkat umur dan keturunan pengundi.Selamat bertanding... 

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...