Wednesday, August 29, 2012

Tulahan : "Sanggupkah bermadu dengan isteri pertamaku, Jamaah"


Salam, 

http://izzuddinyussof.com/wp-content/uploads/2012/02/baitul-muslim-dyg2.jpgBila masuk semula berjuang di medan kampus, maka timbullah semula pelbagai kenangan lama semasa berjuang di kampus tempatan.  Bukan penulis nak masuk campur tapi penulis terpaksa mendengar, melihat isu-isu ini dibincangkan  oleh adik-adik yang berjuang.

Sama sahaja dulu dan sekarang, isunya tetap sama cuma orang dan kampusnya sahaja berbeza. Isu yang sering dibincangkan adalah bagaimana mereka mahu terus istiqamah bekerja untuk jamaah hingga ke luar kampus.

Penulis melihat adik-adik ini memang serius mahu terus istiqamah, samalah macam penulis dan sahabat seperjuangan di kampus dulu. Kadang-kadang bila membaca pandangan mereka di facebook dan email , penulis tersenyum sendirian bukan nak memperkecilkan mereka. 

Tersenyum mengenangkan sahabat seperjuangan yang bercakap perkara yang sama tapi bila keluar ke medan sebenar , mereka gugur tiada tanda.

Berbincang untuk terus istiqamah, mereka akan memperkatakan tentang bagaimana untuk terus istiqamah bila sudah berada di medan sebenar. Isu BM / pasangan hidup adalah topik panas. Nak istiqamah mestilah suami / zaujah sefikrah. Benarkah begitu?

Benar , tapi ada yang tidak benar. Hatta Amir pasangannya Amirah pun boleh lesap entah ke mana bila berada di medan sebenar. Bukan melawak tapi itulah hakikatnya berdasarkan pengalaman sahabat di kampus.

Walaupun begitu, paratus pasangan sefikrah terus aktif adalah lebih tinggi berbanding pasangan berlainan fikrah. Maksudnya, jika Amir pasangan Amirah tak boleh nak istiqamah bolehlah nilai pasangan yang tak sejamaah lagilah tipis.

Pasangan hidup yang memahami perjuangan akan banyak membantu seseorang untuk terus istiqamah. Sanggupkah seorang isteri mempunyai suami yang setiap malam tiada di rumah kerana berjuang, setiap hari suami pulang 2, 3 pagi, waktu cuti suami tiada di rumah kerana program jamaah.

Sanggupkah seorang isteri menjaga anak-anak kecil di rumah, yang kerap menangis , yang nakal dalam keadaan suami sering tiada di rumah.
Sanggupkah seorang isteri merelakan masa , tenaga dan wang suami dikongsi bersama jamaah.

Dalam erti kata lain, sanggupkah isteri bermadu dengan 'isteri pertama' suami iaitu jamaah.


Jika sanggup, percayalah suaminya akan terus istiqamah. Begitulah sebaliknya , suami yang isterinya berjuang.

Jika pasangan sefikrah pun , ramai yang gugur. Inikan pasangan yang salah seorang tak faham perjuangan. Penulis beri contoh paling dekat iaitu saudara penulis yang gugur kerana halangan dari isteri yang tidak faham perjuangan walaupun menyokong jamaah.

Macam mana pula pasangan yang berlainan jamaah boleh istiqamah ke? Boleh istiqamah, tapi istiqamah dengan jamaah sahabat bukan jamaah sendiri. Banyak contoh , muslimat memilih pasangan berlainan jamaah akan ikut jamaah suami. 

Buktinya juga dekat dengan penulis di bumi orang putih tempat penulis tinggal. Siap jadi Murabbi lagi untuk anak usrah muslimat jamaah sahabat.

Mungkin muslimin tak kot? Memang tidak, tapi mampukan zaujahnya memahami perjuangan. Akhirnya, gugur juga menjadi pemerhati perjuangan.

Faktor BM memang penting tapi bagi penulis, apa yang lebih penting terletak pada individu yang kini bergerak di kampus. Adakah benar-benar ingin terus istiqamah? 

Ramai yang keluar dari kampus gugur bukan disebabkan faktor BM tapi faktor takut. Takut dengan Akujanji, bukan seorang takut suami isteri sefikrah dua-dua takut. Bab takut ini penulis dah tulis dalam N3  Takut bayang - bayang sendiri bacalah…

Tinggallah yang berani. Mereka yang berani ini pula jika tak sanggup bersusah juga tak boleh kekal. Bersusah macam mana? Bersusah kena balik lewat malam, bersusah keluar belanja sendiri , bersusah korbankan masa dan bersusah itu dan ini kerana jamaah.

Ramai yang gugur pada peringkat ini, akhirnya perlahan-perlahan meninggalkan perjuangan kerana tak sanggup bersusah.  

Berjuang di medan sebenar memang berlainan berbanding dalam kampus. Suasana, taraf intelek, tahap berfikir, tahap tarbiyah semuanya berbeza.

Perkara pertama sebelum masuk ke medan, perbetulkan niat hanya kerana Allah. Bukan kerana nak jadi pemimpin besar, bukan nak jadi wakil rakyat, bukan nak tunjuk pandai. Jika niat betul ditambah dengan keikhlasan nak berjuang, Insyaallah akan istiqamah.

Bila masuk ke medan lakukanlah apa sahaja kerja untuk jamaah walaupun kadang-kadang nampak tak sesuai dengan taraf akademik kita. Ramai yang gugur ditahap ini kerana tak sanggup nak melakukan kerja-kerja rutin yang dilakukan ahli akar umbi jamaah.

Kutip derma masa ceramah, kutip sampah lepas ceramah, jadi trafik kawal lalu lintas, tampal poster, susun kerusi dan macam-macam lagi. Janganlah berharap jamaah di kawasan akan bagi tugas elit sahaja pada kita.

Penulis lakukan semua kerja akar umbi ini sejak mula bergiat dengan pemuda jamaah di Penang. Bila mula bergiat dengan jamaah kawasan sekarang,  penulis masih ingat kerja dibuat hampir setiap hari semasa PRU 1999 ialah tekap block  kain rentang kempen. Masa itu, belum ada lagi kain rentang print.

Kesungguhan dan keikhlasan melakukan kerja akar umbi inilah menyakinkan pimpinan jamaah sesuatu kawasan untuk melantik kita memegang jawatan dalam jamaah. Bukan sangat kerana kita pimpinan mahasiswa, bukan kerana pimpinan jamaah kampus.

Walaupun penulis pernah ada jawatan tinggi dalam jamaah kawasan, kerja-kerja akar umbi ini tetap penulis lakukan. Kerana apa? Kerana penulis dapat merasai sendiri kesusahan, keletihan, rasa rendah diri ahli-ahli yang melakukan kerja akar umbi.

Mesti sanggup turun ke bawah, bergaul dengan ahli akar umbi yang pelbagai. Turunkan tahap berfikir cara di universiti kepada tahap berfikir orang kampung. Barulah , kerja-kerja jamaah mudah dijalankan. 

Maksudnya, walau sebagaimana hebat pun kita di universiti jika ingin istiqamah buangkan rasa ego, rasa megah, rasa hebat, rasa aku pandai.
 
Bergerak dalam jamaah juga bukan hanya untuk menjadi penceramah kerana semasa di kampus dulu kita hebat berpidato. Tugas penting kita adalah menjadi pengerak kepada jamaah, laksanakan urus tadbir jamaah  supaya tersusun. Tugas penceramah bagilah kepada pimpinan jamaah lain yang ramai boleh berceramah.

Memang penulis tak nafi banyak kali naik pentas berceramah di kawasan utara sampai ke Perlis tapi atas kapasiti mantan Presiden PMI. Selalunya , berceramah bersama dengan MP Jerai sekarang, dialah yang banyak syorkan jamaah kawasan di kawasan utara untuk jemput penulis berceramah.

Selepas itu, penulis tak berceramah secara terbuka lagi. Sekali sekala sahaja jadi pengerusi majlis ceramah.

Ramai juga yang bersemangat bila masuk ke medan, harapannya tinggi kepada jamaah. Namun, apabila melihat sendiri gerak kerja jamaah kawasan yang disertai , ada yang lemah semangat. 

Kena faham gerak kerja jamaah di kawasan tidak sama dengan gerak kerja jamaah di kampus. Cara berfikir mereka terutama orang lama di kawasan berbeza. Jangan lemah semangat sebaliknya, bantu mereka untuk urus tadbir parti yang lebih kemas.

Pengalaman kampus kita akan banyak membantu jamaah kawasan bergerak dengan baik, tersusun dan lebih professional. Namun , ada juga kawasan kurang memberi kepercayaan kepada orang muda . Boleh baca N3 penulis  Lantiklah pemuda aktifkan kawasan

Syukurlah, di kawasan penulis antara pengerak penting jamaah adalah pemuda yang dulunya aktif di kampus.

Kena ingat walaupun ramai yang gugur, masih ramai juga yang terus istiqamah dan bertebaran di seluruh pelosok negara.  

Berbicara tentang istiqamah , penulis ambil kesempatan di sini ucap tahniah kepada mereka yang bersama berjuang di kampus dan istiqamah sehingga sekarang. 

Semoga terus istiqamah.

Wassalam.

1 comment:

Kump. Anak2 Muda Keluar UMNO said...

.

(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...