Saturday, June 23, 2012

Tulahan : Najib punya pasal, tak balik - balik Malaysia


Salam,

http://www.fuhsantai.com/wp-content/uploads/2012/04/Pilihan-Raya-Umum-13.jpgSejak balik Malaysia bulan September  tahun lepas, penulis menunggu-nunggu Najib bubar parlimen sebab nak balik Malaysia. Ingat Najib nak bubar bulan Mac, tak bubar. Tunggu bulan Mei, tak juga bubar. Tunggu pula bulan Jun tak juga bubar.

Sekarang dah lebih 6 bulan penulis tak balik. Memang penulis bercadang setiap 6 bulan nak balik Malaysia bantu kerja jamaah kawasan. Najib punya pasal segalanya dah berterabur.

Jika penulis balik , risau pula Najib bubar kena balik lagi. Penulis bukan kerja part time macam dulu, senang nak bercuti. Sekarang, jika nak cuti bukan boleh sekejap-sekejap cuti. Jadi terpaksa tunggu Najib bubar parlimen.

Rasa nak balik, bila tengok program-program jamaah kawasan yang banyak memang hati tergerak nak balik. Terbaru ceramah Abang Mat kat markas baru Kuala Kurau, tengok kat internet ramai yang datang.

Bukan sebab nak tengok orang ramai datang, tapi nak tengok tapak markas kat Kuala Kurau. Sebelum penulis ke luar negara, penulis ada bagitau beberapa orang kuat jamaah kat Kuala Kurau supaya tinjau-tinjau jika ada tanah nak jual untuk buat markas.

Syukurlah, Allah mempermudahkan perjuangan . Ada hamba Allah , tokoh pejuang muslimat yang wakafkan rumahnya untuk dijadikan markas apabila beliau meninggal dunia.

Penulis dapat tahu, tokoh ini telah dipilih untuk menerima anugerah tokoh muslimat kawasan dalam mesyuarat agung jamaah kawasan tahun ini. Namun , beberapa hari sebelum tarikh mesyuarat agung, beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Tak sempat terima anugerah berkenaan.

Memang menyedihkan, menitis air mata terutama muslimat yang bersama -sama berjuang sejak sekian lama dengannya. Bila beliau meninggal dunia, diberitahu tentang wasiat beliau mewakafkan rumahnya untuk perjuangan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh tokoh pejuang ini.

Walaupun tak boleh balik, penulis tidak risau sangat tentang gerak kerja jamaah di kawasan sebab ramai yang boleh jadi pengerak.  Program terus bergerak, sambutan rakyat bertambah kuat hanya menanti parlimen dibubarkan.


Penulis kini berhadapan dengan masalah di negara orang putih ini. Berjuang bersama jamaah kawasan berlawan dengan parti assabiyah lebih mudah berbanding bersaing dengan tiga kumpulan yang mengaku jamaah Islam yang juga mendakwa memperjuangkan Islam.

Kumpulan pertama mudah bergerak atas nama NGO yang diiktiraf oleh kerajaan. Mudah menarik adik-adik baru tanpa berselindung . Panggil ke program secara terbuka, tunggu adik-adik baru siap di airport siap dengan banner lagi.

Kenapa mudah? Kerana perjuangan kumpulan ini tidak menentang pemerintah di Malaysia malah kumpulan ini kerap mengkritik secara terbuka kerjasama politik jamaah dalam PR serta konsep negara berkebajikan yang dibawa jamaah.

Adik-adik baru memanglah tidak akan rasa takut-takut sertai program dan kumpulan ini. Mudahnya, perjuangan Islam mereka. Tidak ada halangan, tidak ada sekatan.  Perjuangan Islamkah kalau mudah begitu? 

Kumpulan kedua adalah kumpulan yang sama penulis hadapi semasa di kampus tempatan. Cuma nama sahaja bertukar. Dulu menyokong kerajaan , sekarang menyokong parti yang memperjuangkan Islam dalam negara.

Makudnya, kumpulan ini menyokong jamaah yang bertanding dalam pilihanraya. Jadi apa masalahnya? Masalahnya, tarbiyah kumpulan ini terlalu umum. Ahlinya ditempat penulis berbahagi wala’ dengan tok syeikh mereka yang berfahaman wahabi aliran salafi.

Kumpulan wahabi aliran salafi adalah kumpulan ketiga yang sebenarnya bukan sahaja cabaran kepada penulis tapi satu masalah besar kepada kerajaan jika tiada diambil tindakan segera.

Oleh kerana tiada guru agama dari Malaysia yang kerajaan hantar di luar negara, pelajar Malaysia yang dahagakan ilmu agama berguru dengan tok syeikh berfahaman wahabi aliran salafi ini. 

Penulis pada awalnya, tidak melihat satu masalah dengan tok syeikh ini. Namun bila melihat kepada pembawaan pelajar yang berguru setiap minggu dengan tok syeikh ini, penulis rasa pelajar yang taksub kepada fahaman ini akan menimbulkan konflik kepada keluarga dan masyarakatnya apabila pulang nanti.

Apa tidaknya, sudah ada yang menghalang kawan lain menunaikan solat hajat kerana tok syeikhnya bagi tahu hadis solat hajat adalah hadis dhaif. Sedangkan ulama dalam negara bersepakat harus beramal dengan hadis dhaif.

Itu satu contoh, jika dibiarkan pasti bertambah kuat taksub mereka dengan fahaman ini. Mungkin kerajaan tidak akan ambil kisah sebab aliran salafi ini tidak menentang kerajaan, malah diserapkan melalui ulama muda Umno.

Kerajaan  tidak sedar bahawa, sudah ada yang tidak mahu pulang ke Malaysia kerana mahu berjuang bersama kumpulan ini di luar negara.

Bagi mad’u jamaah , penulis dah bagi kefahaman kepada mereka supaya tidak seratus peratus ikut apa yang tok syeikh ini ajarkan. Kena sesuaikan dengan amalan yang disepakati ulama dalam negara . 

Cabaran penulis memang besar di sini. Mad’u perlu digilap tahap demi tahap , memang ambil masa untuk memahamkan mereka. Susah hati apabila mencari seorang dua pengerak yang boleh mengantikan penulis bila penulis balik.

Walaupun mad’u dah ramai , tapi jika tiada mad’u yang mampu jadi pengerak , satu masalah juga. 

Setiap hari menadah tangan berdoa kepada Allah mempermudahkan perjuangan ini. Berharap Allah akan memberanikan mad’u menjadi pengerak kepada adik-adik baru yang bakal sampai. Rasa takut , bila penulis balik jamaah ini tiada pengeraknya , tiada penyambungnya.

Berbeza sungguh berjuang dalam dunia kampus dengan medan sebenar. Penulis dah lalui tahap pertama berjuang di kampus tempatan semasa ijazah pertama. Penulis dah lalui berjuang di medan sebenar bersama jamaah di kawasan. 

Kini penulis sedang lalui perjuangan di luar negara yang berbeza. Tidak ramai yang mampu membantu seperti berjuang dalam negara. Hanya bersama dua tiga orang membina jamaah yang baru di bumi ini.

Walaupun begitu, yang penting bagi penulis adalah pengalaman berjuang . Pengalaman ini amat besar faedahnya , apabila berjuang semula di medan sebenar apabila pulang nanti. Ini semua adalah tarbiyah yang tidak semua pejuang boleh memperolehnya.

Jika diperhatikan di negara Arab. Berlaku kejatuhan puak sekular satu persatu dan jamaah Islam telah memerintah seperti di Maghribi, Tunisia dan mungkin Mesir. Jamaah Islam yang memerintah ini tidak menghadapi masalah dengan puak sekular yang sudah kalah, tapi berhadapan dengan kumpulan yang mengaku jamaah Islam beraliran salafi.

Tidak mustahil cabaran jamaah di negara selepas ini bukan lagi parti asobiyah melayu tapi kumpulan yang mengaku jamaah Islam asabiyah melayu serta kumpulan salafi yang mula berakar dalam parti asobiyah. 

Pejuang jamaah dalam negara mungkin tidak nampak perkara ini, namun yang berada di luar negara sudah nampak masalah ini. Justeru bersedialah mulai sekarang.

Memandangkan , sudah lama penulis tak balik. Tak banyaklah dapat menulis mengenai aktiviti jamaah kawasan. Penulis ikuti tapi tak sepenuhnya. Sebab itu, penulis menunggu-nunggu pengumuman Najib. Tapi , Najib tak berani bubar lagi. 

Oleh kerana, Najib tak berani bubar. Penulis ambil keputusan balik juga September ini, tiket pun dah ambil. Dah lama sangat tunggu, ayah dan emak dah lama tunggu di kampung.

Wassalam

2 comments:

Putra IJ80 said...

Salam.,

Tak kira lah di mana kita berada.,

Di situ bumi di pijak di situ langit di junjung....

Tapi Allah tetap satu dan ia berada hampir dgn kamu.,berdoa lah nascaya Allah akan Makbulkan cuma cepat atau lambat.

Alfatihah pada pejuang wanita yg.mengwakafkan umh nya utk d jdikan markas.,untung lah dia sempat berbuat amal kekal sebelum pemergiannya.

Buat anda di sini tak rindukah gulai ikan keli....Kuala Kurau?

hihi

Jgn Maree.

Unknown said...

Salam Tn empunya blog,

Mohon pertukaran link

http:// cikgu-pencen.blogspot.com

Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...