Friday, May 25, 2012

Kisah Salman Al-Farisi melihat tanda kerasulan Nabi Muhammad

IslamRasulSalman al-Farisi adalah seorang hamba kepada tuannya seorang Yahudi Bani Quraizah di Kota Yatsrib. 

Ketika dia berada di atas pokok kurma, seseorang datang sambil marah-marah kepada tuannya yang berada di bawah pokok kurma.

“Celakalah Bani Qailah, sekarang mereka berkumpul di Quba’ menyambut kedatangan seorang lelaki  dari Mekah yang mendakwakan dirinya Nabi.”

Salman teringin mendengar berita tersebut dan tidak sabar menemui  nabi yang baru datang. Lalu dia turun dan bertanya kepada tetamu tadi,  ”Apa khabar anda? Cuba khabarkan kembali kepadaku!” 

Tuannya terus marah dan memukul Salman sambil marah, “Kerjakan tugasmu kembali! Ini bukan urusanmu!” Salman terus sedar, dia seorang hamba.

Anak kepada seorang petani kaya dan penganut agama Majusi yang taat, Salman berasal dari Jayyan, Kota Isfahan, Persia. Bapanya juga ingin menjadikan Salman penganut agama Majusi yang taat. Salman dihantar ke kuil supaya menjaga api agar tidak padam. 

Jalan hidupnya berubah setelah tertarik cara orang-orang Nasrani beribadah. Dia keluar dari rumah bapanya dan mengembara dari satu gereja ke gereja yang lain sambil berguru dengan pendeta-pendeta dan akhirnya bertemu dengan seorang pendeta di Amuria.

Setelah guru terakhirnya wafat, dia mengikut satu kabilah Arab yang berjanji akan membawanya ke Tanah Arab. Sebagai imbuhan, Salman menyerahkan semua ternakannya kepada kabilah tersebut. Namun dia ditipu dan kabilah tersebut juga menjualnya sebagai hamba di Yastrib.
 
Keesokkan harinya Salman pergi ke Quba, menghulurkan sepiring kurma kepada Nabi dan menyatakannya sebagai sedekah. Nabi menerima kurma itu, lalu memberi kepada sahabat-sahabat sehingga habis, nabi tidak memakannya. 

Setelah Nabi berada di Madinah, Salman datang lagi menghulurkan sepiring kurma kepada Rasulullah, kali ini dia menyatakan sebagai hadiah. Nabi segera memakan sebiji kurma lalu mempersilakan para sahabat makan bersamanya. 

Salman berfikir apa yang dikatakan gurunya tepat, Nabi yang terakhir itu tidak menerima sedekah, tapi menerima hadiah.

Salman semakin yakin bahawa beliau sememang Nabi terakhir utusan Allah. Untuk lebih kepastian, Salman ingin membuktikan adakah di punggung Nabi terdapat tanda kenabian. 

Kesempatan itu diperolehi semasa di Baqi. Ketika itu itu Nabi mengantar jenazah seorang sahabat, Salman sengaja melingkari Nabi dan berusaha melihat punggung Nabi.

Rupa-rupanya Nabi faham dan menjatuhkan sedikit kain yang menyelimuti punggung sehingga Salman dapat melihat tanda kenabian itu. Serta-merta dia memeluk Nabi, menciumi beliau sambil menangis. 

Itulah perjalanan panjang Salman mencari kebenaran. Berbahagialah Salman al-Farisi pada hari kematian dan ketika dibangkitkan kembali di akhirat. Wallahua’lam….Republica

1 comment:

Suhemi Latib said...

Semoga Allah melimpahi Keberkatan dan Kerahmatan kepadamu, kerana hatimu yang TULUS dalam menjalani DUGAAN Allah dan semoga perjalanan HIDUP MU menjadi IKTIBAR kepada generasi yang kemudian. AMIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...