Friday, April 20, 2012

Tulahan : Tulisan terbuka buat penganjur Bersih 3.0 dan pimpinan utama PR :Jika tidak mahu Himpunan Bersih 3.0 GAGAL, arahkan berhimpun hanya di DATARAN MERDEKA

Himpunan duduk bantah Bersih 3.0 tinggal beberapa hari lagi. Namun suasana nampak berbeza dari dua himpunan Bersih sebelum ini.  Waktu-waktu begini semasa dua himpunan Bersih lalu sudah amat panas dengan provokasi pihak penentang Bersih.

Penulis rasa tak selesa dengan suasana ‘nyaman ‘ Bersih 3.0. Penulis yang hari-hari update FB dan blog jamaah dapat melihat berbezanya sambutan pengguna FB dan bloggers. Friends FB jamaah yang dulunya ramai yang tukar profile picture dengan pelbagai tema kuning Bersih kini tidak lagi. 

Tidak meriah lagi kuning pada profile picture pengguna FB , begitu juga blogger yang ramai masih tidak menukar background blog dengan kuning. Kenapa ini berlaku?

Apabila ada anak muda friends FB jamaah bertanya macam mana cara nak pergi himpunan Bersih 3.0 maka seperti biasa penulis hubungi sabahat jamaah kawasan di Malaysia bertanya persiapan untuk pergi himpunan Bersih 3.0.

Terkejut penulis kata sahabat , “ Kita berhimpun Padang Polo tahun ni” . Kenapa di Padang Polo, sahabat bagi tahu , himpunan Bersih 3.0 diadakan di seluruh negara yakni di setiap negeri. Penulis kata kepada sahabat , “habislah Bersih kali ini”

Sahabat juga sependapat dengan penulis. Katanya , dulu masa-masa ini jamaah peringkat negeri dah beberapa kali panggil aktivis jamaah kawasan terutama pemuda untu bincang persiapan ke himpunan Bersih. Namun untuk kali ini , tiada lagi mesyuarat untuk bincang cara pergi ke himpunan Bersih 3.0.

Penulis agak keadaan ini berlaku kerana suasana selesa yang diberikan kerajaan . Tiada lagi ugutan, tangkapan yang ramai, provokasi yang berlebihan oleh pihak penentang. Tiada lagi publisti percuma dari media massa perdana walaupun negatif. Lebih melemahkan apabila setiap negeri ada buat himpunan yang sama.

Penulis ucap terima kasih kepada keberanian mahasiswa yang kekal berkhemah di Dataran Merdeka hingga himpunan Bersih 3.0. Merekalah yang sedikit memanaskan himpunan Bersih 3.0. Mereka orang cerdik tahu cara nak ambil perhatian kerajaan dan rakyat.

Penulis juga ucap terima kasih kepada samseng-samseng Umno yang pi belasah mahasiswa di Dataran Merdeka. Terima kasih bukan kerana tindakan tidak bertamadun itu, terima kasih kerana memanaskan suasana sebelum Bersih 3.0 yang muram. Tidak cerdiknya samseng-samseng Umno juga pemimpin yang mengarahkan mereka.

Berbalik kepada himpunan Bersih 3.0 di setiap negeri. Penulis sangat hairan kepada penganjur Bersih 3.0 yang tidakkah terfikir bahawa jika buat di setiap negeri menyebabkan peserta himpunan Bersih ada pilihan untuk pergi ke himpunan Bersih. Jumlah yang ramai ke Dataran Merdeka kini sudah berpecah ke negeri-negeri.


Jangkaan dan harapan penganjur Bersih 3.0 untuk capai 500 000 berhimpun di Dataran Merdeka bolehkah tercapai dengan keadaan ini. Bukankah lebih baik semua rakyat diarah berhimpun di Dataran Merdeka supaya momentum rakyat nampak besar. 

Dah banyak kali himpunan peringkat negeri dibuat , selalunya paling tinggi 1000 yang hadir. Kenapa kurang yang berhimpun ikut negeri? Kerana semangat nak berhimpun yang tak sama berbanding sama-sama berhimpun di satu tempat di ibu negara. 

Himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka dan di seluruh dunia tak jadi masalah kerana peserta himpunan Bersih 3.0 macam penulis yang duduk negara orang putih tiada pilihan untuk balik ke Malaysia. Kena berhimpun juga di luar negara.

Masa masih ada beberapa hari ini, penganjur Bersih 3.0 dan pimpinan utama parti-parti dalam PR perlu berbuat sesuatu supaya wujud momentum kepada rakyat untuk hadir himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.

Kena ada arahan semua rakyat berhimpun di Dataran Merdeka , batalkan himpunan ikut negeri. Jika nak buat juga, buatlah tarikh selepas itu. Kena jadikan ramainya peserta himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka sama seperti peserta himpunan di Dataran Tahrir yang datang dari seluruh Mesir.

Jangan harap Himpunan Bersih 3.0 akan dapat dapat liputan meluas dari media seluruh dunia tanpa provokasi dari pihak penentang. Himpunan yang aman tanpa gangguan pun tidak akan menjadi perhatian jika yang berhimpun tidak ramai.

Kena gagalkan usaha kerajaan yang menukar strategi dari keras kepada berlembut supaya himpunan Bersih 3.0 tiada sambutan. Kerajaan sudah ada dua pengalaman sebelum ini, jika berkeras maka ada sambutan dan dapat liputan seluruh dunia.

Sudah tahu rakyat sudah kurang semangat kerana kurang publisti negatif dalam media massa perdana, jangan lemahkan lagi dengan berhimpun pula ikut negeri.

Penulis merayu kepada penganjur Bersih 3.0 dan pimpinan utama PR , jika tidak mahu himpunan Bersih 3.0 GAGAL , arahkan semua rakyat berhimpun hanya di DATARAN MERDEKA.

Wassalam.

1 comment:

FEDO said...

bersuara di seperti perhimpunan begitu bisa menakutkan penduduk sekeliling.. jadi lebih baik buat di meja rundingan secara aman. daripada nak berhimpun begitu.. ingatlah keselmatan negara harus diutamakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...