Tuesday, March 13, 2012

Kisah menarik Loo Jo Yee binti Abdullah




Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE!

by: Tengkunizam [dot] com


4 comments:

Alisha Residenc said...

Hello,
Anda boleh menukar pautan blog saya?
http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
Berterima kasih banyak

Alisha

eLLa n aLia said...

saudara baru.. =)

Sara Kitchen's said...

Saya saudara baru tapi saya rasa saya adalah seorang Islam dari sebelum dilahirkan ke dunia. Saya masuk islam kerana ajaran Islam adalah terbaik dan Al Quran itu indah. Saya seorang kristian sebelum ini.Saya ikut kelas untuk pelajari kristian bible tapi apa yg sister dan paderi itu ajar memusykilkan saya,membuat saya berkata dlm otak "TIDAK MASUK AKAL" kerana ayat2 dlm bible tergantung seperti ada yg dipotong. Saya baca bible sampai habis,semua merepek kerana penggunaan nama Islam dlm bible yg bible puji seperti Ismail.kenapa org kristian tak bagi anak mereka ismail? Ayat dlm bible tidak seindah ayat dlm Al Quran!Saya baca bible mahu ambil masa lama untuk faham.tapi saya tak ambil masa lama utk faham ayat Al Quran...iaitu pertama kali saya baca 1 ayat Al Quran dan disaat itu ia menyedarkan saya betapa suci Al Quran !!!Saya baca Al Quran terjemahan bahasa melayu,saya menangis dan rasa hinanya diri ini.Ibubapa saya tak suka saya masuk Islam kerna kata mereka,,,1-saya lahir kristian,jika masuk islam maknanya saya menghina Tuhan yesus. 2-sekali masuk islam,tak boleh keluar lagi. 3-masuk islam,mesti pakai tudung dan rambut sebagai mahkota kecantikan wanita tidak dapat ditonjolkan lagi. banyak lagi tapi ini saja saya ingat.Saya rasa cinta akan agama islam tapi saya tak tau bagaimana nak masuk islam kerana sekeling saya ialah kristian.Suatu hari Allah temukan saya dgn seorang hamba Allah dan saya telah jatuh hati akan jiwa keIslamannya.Saya masuk Islam kerna Allah melalui dia dan bernikah dengan dia.Saya belajar agama Islam dan semakin pelajari,ternyata Islam agama yang suci dan Indah.Malangnya ramai org Islam yg terpesong dari ajaran Islam kerana terpengaruh dgn keseronokan dunia. Alhamdulilah,suami saya bukan seperti itu.

Di akhir zaman ini,saya harap saya dapat menyedarkan ibubapa saya, adik beradik saya,saudara mara saya bahawa Islam adalah agama yg diredhai Allah S.W.T.(saya tak sanggup melihat mereka terseksa di akhirat nanti kerna kekafiran mereka...tapi saya tak tahu bagaimana nak menyedarkan mereka,moga Allah memberi petunjuk..InsyaAllah )

BLUE EYE said...

Salam.
Kepada Sara Kitchen's,

Cuba sedekah AlFatihah kepada ibubapa dan adik beradik setiap kali lepas solat lima waktu kerana dalam AlFatihah itu ada doa mohon ditunjukkan kejalan yang lurus. Disamping itu terus berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.
Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...