Nabi Muhammad Saw, adalah orang yang terkenal teguh hatinya.
Maksudnya, ia sangat taat dalam menjalankan kebenaran. Suatu kebenaran
yang datang dari Allah dipertahankannya walau keselamatan beliau
terancam.
Alkisah, Nabi Muhammad Saw, telah menerima wahyu dari Allah. Nabi
diutus kepada seluruh umat manusia untuk menyembah Allah. Sejak itu,
Nabi mulai aktif berdakwah sendirian.
Pada awalnya, beliau berdakwah kepada isterinya, lalu kepada kaum
keluarganya. Kerana Nabi berasal dari suku Quraisy, beliau sering
berdakwah setiap ada perkumpulan suku Quraisy. Nabi tidak mendapatkan
banyak sambutan, tetapi lebih banyak cemuhan.
Semakin lama para tokoh Quraisy mulai gusar juga. Beramai-ramai
mereka menemui bapa saudara Nabi, Abu Thalib. Selama ini, beliaulah yang
menjadi pelindung Nabi setelah datuk Nabi meninggal.
Seseorang berkata,
”Hai, Abu Thalib! Kau tahu anak saudaramu itu telah membuat fitnah
di halaman rumah kita, bahkan perkumpulan kita. Ia mengatakan sesuatu
yang tidak kita sukai. Kami berharap engkau dapat menghentikannya!”
Abu Thalib lalu memanggil puteranya, Aqil. ”Wahai Aqil, pergilah engkau cari Muhammad, dan bawa ia kepadaku!”
Aqil pergi mencari dan mendapati Muhammad berada di sebuah pondok
dari deretan rumah Abu Thalib. Lalu, Muhammad berjalan beriringan dengan
Aqil. Ia kelihatan susah payah berjalan kerana kelaparan.
Sedih, sungguh
mengenang keadaan junjungan kita ini, hati menjadi tersentuh. Beliau memang
sering menahan lapar dan kesejukan ketika sedang berdakwah.
Sesampainya di rumah, Abu Thalib berkata kepadanya, ”Wahai Anak
Saudaraku! Sungguh aku tahu bahawa kau anak baik-baik. Tadi, telah datang
beberapa orang dari kaummu yang menuduh engkau selalu berbuat yang
tidak baik. Engkau mengatakan sesuatu yang mereka tidak suka. Engkau
menyakiti hati mereka. Nah, aku fikir lebih baik engkau hentikan
kata-kata serupa itu!”
Nabi Muhammad termenung seketika mendengar perkataan bapa saudaranya. Pada
mulanya, beliau merasa kecewa. Nabi menyangka bapa saudaranya tidak akan
membelanya lagi. Ia lalu memandang ke atas langit.
”Wahai, bapa saudaraku! Jika mereka letakkan matahari di tangan kananku dan
bulan di tangan kiriku untuk memaksaku berhenti berdakwah, aku tetap
tidak akan meninggalkannya hingga Allah memenangkannya atau aku binasa
kerananya!”
Nabi Muhammad Saw mengucapkannya sambil teresak-esak. Bahkan, beliau sempat menangis sambil terus pergi meninggalkan bapa saudaranya.
Abu Thalib merasa serba salah. Lalu, ia kembali memanggil Muhammad.
“Wahai, Anak Saudaraku! Teruskan dan serukanlah apa yang kamu inginkan. Sungguh, aku akan tetap membelamu!”
Oh, sungguh ucapan ini menambah keteguhan hati Nabi Muhammad Saw.
Inilah salah satu perkara yang membuat beliau begitu mencintai bapa saudaranya.
Kelak, ketika bapa saudaranya wafat dan juga isterinya, Nabi Saw sangat berduka
sekali. Tahun wafatnya dua orang tersebut, terkenal dengan sebutan
“Tahun Duka Cita”.
Selepas meninggalnya Abu Thalib, Nabi Muhammad Saw tetap bersemangat
untuk berdakwah. Namun, ia kehilangan orang yang membelanya selama ini.
Akibatnya, para pemimpin Quraisy pun mulai merancang mengenakannya
Bahkan, ada yang ingin membunuhnya.
Suatu ketika, Nabi berada di Ka’bah. Beliau hendak melaksanakan
solat. Ketika itu dengan diam-diam, datanglah Uqbah bin Abu Mu’aith.
Tiba-tiba, Uqbah membelitkan selembar kain ke tengkuk nabi Muhammad Saw.
Kain itu disentakkan dengan kuat sekali. Nabi Muhammad tercekik dan
jatuh tersungkur. Orang-orang yang melihat kejadian itu menjerit. Mereka
menyangka Nabi telah wafat.
Abu Bakar r.a., sahabat beliau, melihat kejadian itu. Ia dengan cepat
menghampiri Uqbah dan melepaskan cekikannya. Abu Bakar pun membentak
Uqbah,
”Apa ini? Apakah engkau hendak membunuh orang yang
mengatakan bahawa Tuhanku adalah Allah’?”
Uqbah tidak menjawab pertanyaan Abu Bakar r.a. Ia terus berlalu pergi, dan berkumpul kembali dengan para pemimpin Quraisy.
Nabi Muhammad Saw, tetap bersabar menerima perlakuan itu. Ia tidak
berkata sepatah pun. Ia malah bangkit, lalu menunaikan solatnya yang
terganggu.
Sedemikian teguh hati Nabi dalam menerima celaan, hinaan, bahkan siksaan.makalah sekolah
No comments:
Post a Comment