Pernah suatu hari Rasulullah SAW pulang dari perjalanan jihad
fisabilillah. Beliau pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu
gerbang kota Madinah nampak Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh kerinduan .
Rasa rindu kepada Rasulullah SAW sudah sangat terasa. Akhirnya
Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah. Aisyah r.a dengan
sukacita menyambut kedatangan suami tercinta.
Tiba Rasulullah SAW
dirumah dan beristirehat melepas rasa letih. Aisyah dibelakang rumah sibuk
membuat minuman untuk suaminya. Lalu minuman itupun dihidangkan kepada
Rasulullah SAW.
Beliau meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan
minuman tersebut tiba tiba Aisyah berkata “ Ya Rasulullah biasanya
engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini
tidak kau berikan gelas itu?”.
Rasulullah SAW diam dan hendak
meneruskan meminum habis air digelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, Yaa
Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tapi
kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”
Akhirnya Rasulullah
SAW memberikan sebahagian air yang berbaki di gelas itu Aisyah r.a meminum
air itu dan ia terus terkejut terus memuntahkan air itu.Ternyata air
itu terasa masin bukan manis.
Aisyah baru tersedar bahawa minuman yang ia
buat dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah r.a terus
meminta maaf kepada Rasulullah.
Itulah sebahagian dari banyaknya kemuliaan akhlak Rasulullah SAW.
Dia
memaklumi kesalahan yang dilakukan oleh isterinya, tidak memarahinya atau
menasihatinya dengan kasar. Rasulullah SAW memberi kita teladan
bahwasanya akhlak yang mulia boleh kita mulai dari persekitaran terdekat
dengan kita.
Sebuah hadits menyebutkan, “ Lelaki yang paling baik
diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya kepada isterinya”.
Semoga kita diberi taufik untuk boleh meneladani akhlak Rasulullah SAW.Kisah Islami
No comments:
Post a Comment