Sunday, January 23, 2011

Tulahan : Mengapa hanya calon PAS ? calon Umno juga Islam

Salam,

PRK Tenang telah membuka satu lagi perbincangan mengenai adab orang Islam. Isu bersalam calon PAS ini ditimbulkan oleh Presiden MCA dengan nada menghina dan memperlekehkan adab umat Islam di Malaysia.

Sehingga hari ini, Umno sekutu rapat MCA tidak mengeluarkan kenyataan memperbetulkan tindakan biadap Presiden MCA. Malah, blogger Umno ada yang menyokong kenyataan yang menghina Islam ini.

Sekiranya, isu ini ditimbul oleh pemimpin DAP sudah pasti bergemuruh satu Malaysia desakan menyuruh pemimpin DAP memohon maaf. Umno , Perkasa, Jamil Khir, Harusani disokong media massa dikuasai terutama Utusan , TV3 dan RTM setiap hari akan menyerang pemimpin DAP.

Persoalannya, mengapa calon PAS sahaja dipersoalkan sedangkan calon Umno pun beragama Islam. Adakah kerana calon itu dari Umno , terlepas dari dosa bersalam dengan wanita bukan muhram. Jamil Khir dan Harussani tentu ada jawapannya.


Isu bersalam antara lelaki dengan perempuan bukan mahram menjadi topik yang selalu diperkatakan. Apabila berada dalam majlis utama atau pergi ke satu majlis. Ada wanita atau lelaki bukan mahram menghulurkan tangan untuk bersalam.

Kita menjadi tak tentu hala, menundukkan sedikit badan dan sekadar meletakkan tangan di dada atau memaling tangan kebelakang.

Ada wanita dan lelaki memahami. Ada juga wanita atau lelaki bukan Islam mungkin juga tertanya-tanya. Mengapakah terjadi sedemikian? kerana kita tidak pernah memahamkan mereka tentang adap-adap orang Islam.


Umno memerintah Malaysia bersama MCA sejak merdeka masih tidak dapat memahamkan pemimpin MCA tentang adap orang Islam. Sedangkan PAS baru sahaja berkawan dengan DAP , banyak perkara tentang adab orang Islam sudah difahami pemimpin DAP.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad tidak bersalam dengan wanita walaupun dalam majlis besar, antarabangsa dan gambar lagaknya menghiasi hampir semua laman dan blog di seluruh dunia.

Kita mungkin banyak berselisih dengan fahaman Syiah tetapi nilai yang ditunjukkan oleh Mahmoud Ahmadinejad adalah contoh yang amat baik untuk memahami Islam bagi mereka yang bukan Islam.

Tapi malangnya bagi mendapat sokongan rakyat terutama bukan Islam, kita 'tersasul' dan meninggal konsep kefahaman yang sepatutnya kita tonjolkan seperti yang di tunjukkan oleh Presiden Iran.

Kesilapan ini harus dibetulkan supaya kefahaman Islam yang seragam digambarkan kepada masyarakat bukan Islam negara ini.

Ada hikmahnya , PAS meletakkan calon wanita dalam PRK kali ini. Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami adab orang Islam melalui penerangan dalam kempen PAS di Tenang.

Tidak boleh mengharapkan Umno kerana pemimpin Umno sendiri tidak mengikut adab Islam ini. Mana mungkin mereka hendak memahamkan orang bukan Islam. Buktinya,kita akan saksikan bila calon Umno bila bertemu wanita bukan muhram.


Wassalam

2 comments:

ijoks2009 said...

Mantap N3 ni.
kaca dulang paku serpih,
lu sambung la sendiri..
hehehe

anoy88 said...

ni kalau BN/UMno/Mca nampak ni habis kena hina ni..apa hal dia ni tak jabat tangan. MCA kata nak jabat tangan pun tak mau, umno kata ya ,betul islam tak larang jabat tangan BN kata islam potong tangan,penyokong umno kata islam umno betul itulah islam sebenar rakyat mesti sokong dan bersyukur..lu pikir sendirila rakyat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...